Dikurniakan wajah yang cantik serta bijak adalah rezeki dan ianya satu anugerah. Pun begitu, makna kecantikan itu cukup subjektif.
Pasangan kembar yang berusia 23 tahun ini, Sun Yumeng dan Sun Yutong telah menarik perhatian ramai kerana mereka bukan sahaja cantik malah bijak.
Dua beradik cantik ini merupakan lulusan Sarjana dari universiti paling berprestij, Universiti Harvard. Kedua-duanya menamatkan latihan perguruan di sana.
Ads
Lebih mengujakan, kedua-duanya baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Muda di Universiti Fudan, Shanghai setahun sebelumnya.
Tidak hairanlah gadis kembar seiras ini telah menarik perhatian ramai dan menjadi bualan hangat di China.
Ads
Semasa di Harvard, kedua-duanya dikatakan tidak pernah berpisah dan sentiasa mengulang kaji pelajaran bersama-sama.
Ads
Apa pun, memang kagum dengan pasangan kembar ini. Memiliki pakej lengkap, bukan sahaja cantik bahkan cemerlang dalam pelajaran. Siapa tak kagum, kan? Inspirasi!
Kredit Foto: goodhousekeeping.com/Alyson Aliano
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sangka kehidupan bermula dalam sebuah keluarga biasa tetapi kerana cinta telah merubah gadis ini menjadi keluarga diraja. Maharani Michiko Shoda, 85, adalah seorang wanita bertuah yang berjaya menawan hati Putera Mahkota Jepun ketika itu.
Perkahwinan di antara Maharani Michiko yang memegang status wanita kebanyakan dengan Maharaja Akihito, 86 tahun, telah mencipta sejarah dalam instutusi keluarga diraja Jepun. Ini kerana perkahwinan yang dilangsungkan pada tahun 1959 ini merupakan perkahwinan pertama keluarga diraja Jepun dengan gadis biasa.
Lebih 500,000 orang membanjiri jalan untuk meraikan hari bersejarah itu dengan pasangan tersebut diarak menaiki kereta kuda.
Sudah tentu Maharani Michiko ini mempunyai aura yang luar biasa sehingga Maharaja Akihito sanggup memperisterikannya walaupun mendapat tentangan keluarga diraja.
Umpama sebuah cerita dongeng apabila mendengar cerita, cinta pasangan diraja ini bersemi di gelanggang tenis. Mereka berdua bertemu dalam satu kejohanan tenis musim panas pada tahun 1957. Mungkin pada ketika itu Mahkota Akihito telah terkena panahan asmara lalu mempelawa Michiko untuk bertanding dalam perlawanan tenis tersebut.
Sama ada Akihito benar-benar kalah atau sengaja memberi kemenangan kepada Michiko ketika perlawanan tersebut nyata berbaloi kerana dapat merebut cinta anak gadis kepada pasangan Hidesabuto Shoda dan Fumiko Soejima.
Michiko bukan sebarangan gadis kerana dilahirkan dalam keluarga kaya dan berpendidikan tinggi. Sejak kecil, Michiko telah dibentuk menjadi golongan sosialit dan belajar di sekolah Inggeris aliran Kristian. Michiko berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Kesusasteraan Inggeris di University of the Sacred Heart, Tokyo, Jepun.
Selama 60 tahun hidup sebagai keluarga diraja, Michiko pernah menyatakan bukan mudah hidup sebagai isteri Putera Mahkota dan seterusnya bergelar Maharani. Mujur pendidikan yang telah diberi oleh ibu bapanya sangat membantu dalam meneruskan hidup sebagai kerabat diraja.
Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Putera Mahkota Naruhito, 59; Putera Akishino, 53, dan Puteri Sayako, 49.
Perjalanan hidup Michiko sentiasa menjadi perhatian rakyat Jepun dan juga dunia. Pengunduran suaminya, Maharaja Akihito dan memberi laluan kepada anak sulungnya, Putera Mahkota Naruhito menaiki takhta pada 1 Mei 2019 turut mencipta sejarah institusi diraja Jepun.
Maharaja Akihito yang dilahirkan pada 1933 mewarisi takhta diraja Jepun pada 1989 menggantikan ayahandanya Maharaja Hirohito sekali gus bergelar pemerintah ke-125 dalam sejarah panjang keluarga diraja negara itu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biarpun sudah setahun Allahyarham Ashraf Sinclair pulang menemui Ilahi, namun kisah cintanya dengan isteri, Bunga Citra Lestari masih kuat menyentuh hati masyarakat di Indonesia dan Malaysia.
Sebagai balu, kekuatan Bunga dalam mengharungi hidup bersendirian menjadi perhatian ramai. Meskipun masih terkesan dengan pemergian Ashraf, namun beliau kini kelihatan lebih terbuka berkongsi keadaannya dalam program ‘The Untold Story About Love Story’.
Program yang disiarkan pada Sabtu (13/2/2021) melalui YouTube peribadi, IT’S ME BCL itu turut menampilkan sahabat baik Bunga iaitu Daniel Menanta. Tanpa berselindung, beliau menceritakan bagaimana sukarnya menerima hakikat kehilangan orang paling disayangi.
Allahyarham Ashraf disahkan meninggal dunia pada tanggal 18 Februari 2020 pada usia semuda 40 tahun. Sebak rasanya apabila Bunga mengungkap penyesalannya selama arwah masih hidup. Kala itu prioriti beliau adalah kerjaya sebagai penghibur.
“Priority is work at that time, jadi kayak one of my biggest regret,” kata Bunga.
“I wish gua bisa lebih have more time if i know, but nobody knows,” sambungnya.
Daniel Mananta kelihatan tidak bersetuju dengan ucapan tersebut. Menurutnya, jika waktu diputar kembali pun tak akan ada yang berubah.
Daniel juga meminta BCL untuk berhenti menyalahkan dirinya sendiri.
“What would do differently kalau misalnya saat itu lu nggak memprioritaskan work, nggak juga.”
“I’m sorry Bunga, lu nggak boleh nyalahin diri lu seperti itu juga,” terang Daniel.
Mendengar ucapan Daniel, Bunga terlihat menyeka air matanya.
Ibu kepada Noah Sinclair itu juga menceritakan tentang apa yang direnungkan setelah pemergian Ashraf. Akui Bunga, beliau baru merasa jika apa yang dikejar selama ini sia-sia belaka, setelah kehilangan Ashraf.
“Ini yang gua rasain, gue tu kayak lari terus gitu lho Niel, larii ngejar apa sih? Ngejar apa nggak ada.”
“Gua lari dengan diri gua sendiri, dengan karier, gua lari,” keluhnya.
Meskipun telah berusaha membahagikan waktu dengan bijak, namun kerana persaingan yang begitu sengit dalam dunia hiburan bagai ‘memaksa’ Bunga mengutamakan kerjaya lebih dari segala-galanya.
“Gua punya aturan dalam hidup gua, gua punya waktu buat kerjaan, buat keluarga, gua ada aturannya.”
“Gua udah bagi semuanya, gua tetap masak di rumah segala macem. If i know, waktunya cuma segini, pasti pilihan gua akan beda.”
“This things happened itu menyadarkan gua kalo selama ini gua lari, in a competition with everyone, tapi nggak tau mau ke mana,” dedah Bunga dalam nada sebak.
Kini Bunga mengaku lebih santai dalam menjalani hidup dan menikmati setiap momen yang ada. Kebetulan beberapa hari selepas pemergian Ashraf, pandemik COVID-19 menular di seluruh Indonesia. Beliau berusaha menggunakan waktu tersebut untuk dirinya sendiri.
“Just slow down and enjoy every little moment.”
“When Ashraf pergi and then the pandemic happen, di situlah gua bener-bener stop,” ujarnya.
Bunga turut merasa bahawa selama ini beliau terlalu banyak menyenangkan hati orang hingga lupa terhadap dirinya sendiri.
“I’m taking my time, ga siap buat gue selama ini terlalu berdedikasi menyenangkan banyak orang,” akhirinya.
Sumber: Tribunnews
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Akibat tidak tahan menanggung sakit, isteri kepada selebriti chef terkenal Dato’ Fazley Yaakob bersyukur telah selamat menjalani pembedahan membuang cyst yang dikesan membesar di bahagian belakang badannya. Tak disangka, rupa-rupanya kesakitan yang mula dirasai pada hujung minggu adalah cyst.
Kongsi Datin Azrene Ahmad di laman media sosialnya, “Satu pengalaman mengerikan pada hujung minggu lalu apabila satu benjolan membesar di belakang badan dalam tempoh 48 jam. Sakitnya sukar digambarkan! Pada pagi Isnin, saya tak dapat menahan daripada kesakitan walau lima minit sehingga menggigil,” coret wanita yang gemar tersenyum ini.
Walau bagaimanapun Datin Azrene telah membuat keputusan yang tepat, tidak berlengah membiarkan kesakitan menghantui dirinya. “Sekarang saya dah lega selepas menjalani pembedahan kecil. 10 hari tanpa hiking atau aktiviti berat, 10 hari tanpa perlu hadap tekanan kerja. Badan saya memerlukan tempoh berehat yang cukup untuk baik-pulih sepenuhnya, doakan saya,” kata Datin Azrene yang mengharapkan doa agar segera sembuh.
Sebelum ini Datin Azrene pernah berkongsi kisahnya yang mengalami 10 kali keguguran sebelum mendapat puteri bongsunya. “Alayna Selma merupakan puteri sulung dan anak bongsu kami kerana saya mengalami keguguran sebanyak 10 kali. Kelahiran kali ini juga melalui kaedah pembedahan demi usaha mendapatkan cahaya mata perempuan.
Ini bermakna keempat-empat anak saya dilahirkan melalui pembedahan dan dinasihatkan oleh doktor pakar untuk tidak hamil lagi. Bagi saya kehadiran empat orang cahaya mata ini sudah cukup untuk melengkapkan kebahagiaan kami suami isteri. Bukan serik untuk mengandung lagi tetapi boleh dikatakan setiap kali saya mengandung saya mengalami pengalaman pahit yang berbeza-beza.
Sebelum mengandungkan anak pertama, saya mengalami keguguran sebanyak empat kali. Fariedz, anak sulung kami sepatutnya mempunyai adik kembar tetapi kembarnya tidak dapat diselamatkan. Fieradz pula terpaksa dilahirkan pada usia 34 minggu dan akibatnya mengalami laryngomalacia kronik dan alahan.
Fierudz pula saya mengalami alahan teruk di trimester pertama dan pada usia kandungan 28 minggu terpaksa ulang alik ke hospital kerana hampir bersalin awal. Di bilik pembedahan pula saya mengalami penumpahan darah yang teruk dan hampir meninggalkan suami dan anak-anak buat selama-lamanya.
Di antara Fierudz dan Alayna saya gugur sebanyak 10 kali dan paling teruk adalah keguguran anak kembar pada usia kandungan 20 minggu dan terpaksa bersalin secara normal,” jelas Datin Azrene yang mendirikan rumahtangga pada tahun 2007.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!