Pelakon dan penyanyi bersuara ‘seksi’ Wann yang popular dengan lagu berjudul Bossanova, Joget Siapa Dia dan Lamunan Hati ini masih kekal menawan walaupun kini usianya sudah mencecah 52 tahun. Apatah lagi dengan penampilannya yang manis berselendang, sejuk mata memandang.
Keunikan suaranya telah menjadikan Wan seorang penyanyi yang punya identiti tersendiri. Suara ‘meneran’ Wann bukan sebarangan ya. Suara itulah yang dianggap para peminatnya amat seksi dan sedap didengar.
Wann atau nama sebenarnya Wan Rashidah Meor Abdul Rashid yang berasal dari Perak ini sangat terkenal pada era lewat 90an. Dia memulakan karier seninya pada usia 18 tahun.
Pada zaman kegemilangannya, Wann disenaraikan sebagai artis paling banyak mengadakan persembahan pentas. Dalam sebulan, Wann dikatakan menerima undangan menyanyi antara 20 ke 25 show dengan kadar bayaran antara RM2,000 dan RM3,000 untuk setiap satu show.
Berkat rezekinya itu, Wann mampu memiliki kereta mewah Mazda Eunos berharga ratusan ribu ringgit.
Sepanjang kariernya juga, Wann yang ketika itu sinonim dengan imej seksi disifatkan sebagai satu-satunya artis wanita yang bersih dari sebarang gosip dengan mana-mana V1P mahupun artis.
Niatnya bergelar penyanyi adalah untuk menyara keluarga. Ibunya, Junaidah Shaari atau Miss June adalah insan terpenting yang menjadi pengurusnya ketika itu.
Ads
BAHAGIA BERSAMA KELUARGA Ketika menamatkan zaman bujang, nama Wann masih berada di puncak kegemilangan. Hasil perkahwinannya dengan kakitangan MediaCorp, Mohamed Thazah Hamzah sejak 29 tahun lalu mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Mohd Israfael, 27, dan Natasha, 25. Kini Wann bahagia bersama keluarga di Singapura, tempat kelahiran suaminya.
Walaupun jauh, selain bergelar suri rumahtangga sepenuh masa Wann masih menerima tawaran menyanyi termasuklah pernah menyertai pertandingan Gegar Vaganza 6 (GV6). Wann bertuah kerana suami tercinta tidak pernah menghalang minatnya terhadap nyanyian sebaliknya sentiasa menyokong dari belakang.
Ads
Biarpun hidupnya kini jauh dari dunia glamor, sekurang-kurangnya Wann merasa bahagia dikeliling suami dan anak-anak. Pastinya seorang ibu gembira dapat melihat anak-anak membesar di hadapan mata.
Bagi seorang wanita, kebahagiaan sebenar adalah kasih sayang suami dan anak-anak yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.
ANAK-ANAK CANTIK & TAMPAN Wann juga dilihat sering berkongsi gambar dan video keluarganya di media sosial. Ternyata, wajah anak-anaknya mencuri perhatian ramai.
Ads
Wajah anak perempuannya Natasha saling tak tumpah seperti Wann. Memiliki tubuh yang langsing dan tinggi memberi kelebihan buat Natasha. Natasha juga mempunyai minat dan bakat yang sama seperti ibunya.
Seawal usia empat tahun lagi, Natasha telah pun dimasukkan ke kelas piano. Bayangkan kalau suatu hari nanti ibu dan anak ini bergabung dalam satu persembahan. Natasha main piano dan ibunya pula menyanyi, pasti mantap!
Manakala anak lelakinya pula, Israfael turut memiliki raut wajah yang tampan persis bapanya.
NONA mendoakan agar Wann kekal bahagia bersama keluarga tersayang.
Kredit Foto: Instagram Wan Rashidah, Natasha Sushi
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wanita mana tak risau bila tiba-tiba tengok cermin, kulit bibir jadi bertambah gelap dan kusam. Macam perokok pun ada. Mungkinkah sebab pemakaian lipstik yang mengandungi plumbum? Atau adakah kerana faktor usia yang semakin meningkat?
Apa punca kondisi bibir yang merah berubah gelap? Usah khuatir! Kini tidak perlu lagi bersembunyi di sebalik palitan rona gincu bibir yang menyerlah, kelak anda juga akan menyerah.
Apa kata anda ikuti tip dan petua yang boleh diamalkan ini untuk mencerahkan bibir semula.
Anda boleh gunakan berus lembut atau berus gigi untuk menanggalkan sel kulit mati atau rekahan bibir yang kering. Apabila sel kulit mati telah dibuang, sel kulit yang baru akan kembali, sekali gus melembutkan bibir.
Letakkan madu di bibir anda selama 15 minit sebelum dibasuh dengan air. Lakukan pada waktu malam sebelum tidur.
Letakkan ubat gigi pada bibir selama 3 minit dan dibasuh dengan air. Lakukan setiap hari sehingga warna bibir menjadi agak cerah.
Sapukan santan kelapa pada bibir untuk membantu mencerahkan kulit bibir. Sapuan dilakukan sebelum tidur pada setiap malam sampaikan bibir cerah kembali.
Kurangkan merokok. Perokok tegar yang terdedah dengan nikotin akan menyebabkan bibir menjadi gelap.
Hadkan daripada pengambilan kopi dan teh berlebihan. Makan buah-buahan segar dan sayuran serta minum air dengan secukupnya.
Amalkan makan buah kurma. Kurma dikenali sebagai buah yang dapat membantu meningkatkan peredaran darah dalam badan dan membantu memperbaharui kulit anda.
Urut bibir anda dengan setengah sudu teh minyak zaitun atau castor oil, setengah sudu teh gliserin dan setengah sudu teh jus lemon dicampurkan bersama-sama. Biarkan semalaman sebelum dibasuh dengan air biasa. Boleh membantu dalam mencerahkan warna bibir anda dan mencegah kekeringan.
Sebelum membeli gincu, anda boleh buat patch test Sapukan gincu pada tangan anda. Jika anda merasa gatal-gatal atau alahan, elakkan dari membeli gincu itu. Selain itu tanggalkan gincu sebelum tidur, bersihkan bibir anda DAN jangan gunakan gincu yang sudah tamat tempoh.
Jika anda keluar rumah, jangan lupa untuk sapukan pelembap bibir bagi melindungi bibir daripada sinar UV. Jangan tak tahu, pancaran matahari bukan saja boleh menggelapkan kulit, tapi juga boleh menggelapkan bibir.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kolagen adalah istilah yang wajib difahami setiap wanita yang teruja mengambil kolagen untuk cantik tetapi tidak mengkaji dengan lebih terperinci apakah sebenarnya kolagen itu. Promosi produk kecantikan membuat wanita bagai tidak sabar untuk cantik dengan mudah dan segera.
Kolagen merupakan bahan utama dalam otot, kulit, tulang, tendon dan pelbagai tisu di dalam tubuh. Hampir 70 peratus kolagen terbentuk di bawah lapisan dermis. Kolagen berfungsi membantu pertumbuhan sel kulit baru dan mengekalkan kelembutan kulit. Manakala di dalam sendi rawan pula kolagen berfungsi sebagai kusyen akibat bebanan daripada pinggul, sendi dan lutut.
Namun, peningkatan usia telah mengurangkan penghasilan kolagen dalam tubuh. Pengurangan kolagen ini menyebabkan kedutan di wajah, kulit kendur, sakit di bahagian sendi dan tulang merapuh. Penghasilan kolagen ini berkurang apabila usia mencecah 26 tahun dengan pengurangan 5 peratus setiap tahun. Pengurangan kolagen semakin ketara dengan pengamalan diet yang tidak seimbang dan gaya hidup yang tidak sihat.
Bagi menampung keperluan harian tubuh kolagen tambahan sangat diperlukan. Kolagen tambahan boleh diperoleh melalui tiga kaedah iaitu kolagen dalam bentuk pil atau minuman. Kolagen melalui oral ini membantu mengurangkan penyakit tulang, mengurangkan berat badan, membina otot dan meremajakan kulit. Manakala krim kolagen pula membantu menegangkan kulit melalui lapisan luar kulit. Kolagen tambahan yang paling popular adalah melalui suntikan. Suntikan kolagen ini membantu menegangkan kulit dan mencerahkan kulit.
Tip Memilih Kolagen
Kolagen adalah sejenis protein yang mempunyai struktur besar dan tidak boleh diserap begitu sahaja. Kolagen biasa yang diambil melalui oral akan diuraikan kepada molekul asid amino untuk membentuk struktur kolagen dalam darah. Justeru, penting untuk memilih kolagen yang mempunyai struktur yang halus.
Terdapat lebih 20 jenis kolagen yang terbentuk di dalam badan. Kolagen untuk kulit, sendi, tulang dan organ dalaman. Kolagen daripada sumber lembu hanya memberi kebaikan untuk sendi dan bukan untuk kecantikan. Sumber kolagen daripada sumber marin membantu menjaga kecantikan dan kesihatan dalaman.
Ada dua sumber utama kolagen iaitu Bovine derived collagen dan Marine derived collagen. Kolagen yang dihasilkan daripada sumber marin (sumber laut dalam) adalah 60 peratus lebih asli daripada Bovine kolagen (lembu).
Rata-rata saiz kolagen di pasaran adalah di antara 2000 hingga 5000 dalton. Saiz kolagen yang lebih kecil adalah lebih bagus dengan penyerapan yang optimum serta kesan yang lebih cepat. Namun penghasilan saiz kolagen yang kecil adalah lebih mahal dan secara tidak langsung menyebabkan kolagen yang mempunyai saiz yang kecil adalah agak mahal.
Pastikan setiap kolagen mempunyai bahan yang merangsang pembentukan asid hyaluronic memberi kesan tegangan pada kulit kerana fungsinya adalah untuk mengikat kolagen dengan serat elastin.
Kolagen yang ada di pasaran sekarang kebanyakannya mengandungi kolagen untuk sendi dan meremajakan kulit anda. Pastikan ianya diadun bersama marin kolagen bagi mendapatkan kolagen yang berkualiti.
Mengandungi antioksida yang tinggi bagi mengurangkan proses penuaan dan mengawal kulit dari sinaran UV.
Lebih baik pilih dalam bentuk makanan dari di suntik untuk memastikan sintesis enzim mengoptimumkan serapan ke dalam tubuh badan.
Pastikan setiap pemilihan kolagen mempunyai emolien yang unggul dan boleh mengunci kelembapan yang berpanjangan.
Kolagen juga penting bukan sahaja untuk kekal cantik tapi kesihatan sendi juga perlu dijaga maka adanya kandungan glucosamine adalah kunci utama untuk mendapat sendi yang sihat.
Badan manusia memerlukan empat hingga lima gram setiap hari bagi membekalkan bahan bina yang mencukupi untuk kegunaan badan. Jumlah pengambilan yang betul dapat memastikan kolagen yang diambil benar-benar berkesan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalaulah kulit kita boleh berkata-kata … pasti anda tidak akan sewenang-wenangnya menggunakan produk kecantikan dan kosmetik sembarangan. Tahukah anda, secara purata seorang wanita menyerap sehingga 2.3 liter bahan kimia setahun menerusi produk kecantikan yang digunakan. Malah, dianggarkan 515 bahan kimia sintetik ‘hinggap’ di tubuh seorang wanita setiap hari tanpa mereka mengetahuinya.
Prihatin terhadap penularan kesan sampingan ini kepada wanita, Melvita iaitu jenama organik nombor satu di Perancis mengambil inisiatif mendidik orang ramai agar bijak membuat pilihan. Sama ada untuk produk penjagaan kulit, badan mahupun kelengkapan peribadi, setiap orang khususnya wanita perlu MENOLAK bahan yang boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan.
Antara kandungan bahan berbahaya yang patut dielak adalah:
Minyak mineral
Garam aluminium
Silikon
Propilena Glikol
EDTA
Formaldehid
SLS
Paraben
Mengapa pilih organik?
Kerana bahan-bahan organik membolehkan manusia menikmati gaya hidup lebih sihat, kulit yang lebih cantik dan alam sekitar yang bersih. Melalui penggunaan produk-produk organik, seseorang itu dapat bebas daripada perkara berikut.
Terhindar daripada bahan kimia berbahaya
Kurang risiko penyakit dan kesan sampingan
Mengelak pencemaran alam yang terhasil daripada sisa buangan bahan kimia
Memelihara alam sekitar untuk generasi seterusnya
Tidak berkompromi dengan sebarang ujian ke atas haiwan
Kelebihan produk rumusan organik
Selesa & lembut pada kulit
Demi kesejahteraan bersama, rumusan produk organik memberi sentuhan ajaib kepada tubuh anda. Selain itu, ia diperkaya dengan bahan bermutu, tekstur pekat dan mengandungi minyak tumbuh-tumbuhan serta khasiat bunga yang menghasilkan aroma semula jadi memikat.
Trend masa depan
Revolusi yang kian mendapat perhatian kerana selain memberi manfaat kepada kesihatan manusia, produk organik juga mengurangkan risiko pencemaran alam sekitar yang dalam masa sama menjamin nilai-nilai ekologi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tun Dr Mahathir Mohamad seorang negarawan yang disegani ramai bukan sahaja di Malaysia bahkan di serata dunia. Ketajaman fikiran dan kebijaksanaan figura ini mentadbir negara meraih perhatian pemimpin dunia. Tidak hairanlah Tun Mahathir diberi kepercayaan mentadbir Malaysia ...