Keadaan cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini bukan sahaja memberi kesan terhadap kesihatan, malah ia turut menyebabkan timbulnya beberapa masalah pada kulit. Jika tidak diberi perhatian yang khusus, sudah tentu ia akan mencacatkan penampilan seseorang. Selain perubahan cuaca terdapat beberapa perkara yang turut menyumbang ke arah masalah kulit. Tentu saja masalah stres, kitaran menstruasi, kondisi kulit serta pengaruh iklim tropika yang sudah lumrah sering dikaitkan dengan masalah ini. Jika anda mengalami masalah yang sama, jom kenal pasti masalah dan rawat dengan cara yang betul.
Mengapa Wajah Berminyak?
Kulit wajah yang cenderung sensitif memerlukan kandungan semula jadi yang sangat ringan. Jadi, produk dengan kandungan mineral merupakan penyelesaian terbaik. Namun anda perlu tahu kelebihan kandungan mineral dalam produk kecantikan yang berada di pasaran.
Anda harus memilih produk yang bersifat non comedogenic bermaksud tidak menyumbat pori-pori dan tidak menyebabkan jerawat. Paling menarik, produk dengan kandungan mineral memiliki butiran yang berukuran nano partikel sehingga mudah meresap ke dalam kulit. Kebiasaannya, produk yang mengandungi mineral juga tidak mengandungi wangian sintetik, pewarna, minyak mineral dan pengawet sehingga anda boleh meminima berlakunya alahan kulit.
Ads
Beberapa doktor dan pakar kecantikan seringkali menyarankan untuk menggunakan kosmetik berasaskan mineral pada wanita yang baru saja menjalani perawatan laser, mikrodermabrasi, dan pengelupasan kimia. Namun, tidak semua kandungan mineral dapat digunakan. Berikut adalah beberapa kandungan mineral yang sesuai dan terkandung dalam sebahagian besar produk kecantikan.
Merawat Kulit Berminyak
Ads
Minyak pada kulit wajah penting untuk menjaga kelembapan kulit. Namun minyak yang berlebihan juga tidak baik untuk kulit hingga mengundang rasa tidak selesa. Tahukah anda, masalah ini antaranya berpunca disebabkan pola pemakanan yang salah. Akibatnya, kulit berminyak memerangkap kotoran membuat kulit terlihat kusam.
Untuk mengatasi kulit berminyak ialah mencuci wajah secara teratur. Basuh wajah minima dua kali sehari dengan pembersih wajah yang lembut dan tidak menyebabkan alahan. Lebih bagus lagi jika anda memilih pembersih wajah yang dibuat dari formulasi herba.
Gosok dengan pembersih wajah 2 kali dalam seminggu.
Ads
Ada beberapa pembersih wajah yang berfungsi seperti lulur yang menyingkirkan kotoran dan kulit mati hingga wajah menjadi bersih dan cerah. Wajah berminyak lebih mudah memerangkap debu hingga membentuk lapisan di atas wajah. Jadi anda disarankan memilih produk yang selamat dan terbukti berkesan bagi mengurangkan masalah kulit wajah.
Selepas mencuci wajah menggunakan produk pembersih wajah, jangan lupa untuk mengaplikasikan penyegar dan pelembap. Perawatan ini tidak hanya diperlukan untuk kulit berminyak malah juga sesuai untuk kulit tidak berminyak. Pelbagai produk dijual di pasaran seperti penyegar air mawar dan dan teh hijau.
Tidak kira apa jua produk penjagaan wajah yang menjadi pilihan, sebaiknya dapatkan nasihat dari pakar dermatologi agar permasalahan ini dapat diatasi dan memberikan kesan yang positif terhadap kulit seseorang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walau sudah 18 tahun fenomena sinetron Indonesia ‘Bawang Merah Bawang Putih’ berlalu namun impak drama tersebut masih terkesan di hati penonton tanah air hingga ke hari ini.
Gandingan mantap Revalina S. Temat sebagai Bawang Putih dan Nia Ramadhani yang membawa watak Siska ketika masing-masing baru mencecah usia remaja turut membuatkan ramai penonton Malaysia tertarik dengan kecantikan mereka berdua.
Seiring peredaran zaman dan peningkatan usia, Revalina atau nama sebenarnya Revalina Sayuthi Temat yang kini berstatus isteri dan ibu dua anak masih cantik menawan dengan aura tersendiri.
Mendirikan rumah tangga pada 15 Mac 2015 dengan jejaka pilihan, Rendy Aditwa Gunawan, Revalina yang ketika zaman gadisnya sering berpakaian seksi memilih untuk tampil lebih sopan dan berhijab selepas pulang mengerjakan umrah pada tahun 2017.
Dengan gaya muslimah yang elegan, ibu kepada Rihga Sadiwasakti Rabbani ini juga tetap kelihatan cantik meskipun hanya bergaya sederhana. Revalina melahirkan anak keduanya, Rajendra Satya Razzani secara pembedahan pada Januari 2019. Biarpun sudah beranak dua tapi jelitawan berusia 36 tahun ini bijak menjaga penampilan diri.
Revalina pernah membintangi beberapa drama popular Indonesia antaranya Assalamualaikum Beijing, Perempuan Berkalung Sorban dan Hijrah Cinta.
Tidak lagi aktif dengan dunia seni sejak berumah tangga dan mempunyai anak, Revalina bagaimana pun lihat menjaga pendapatan sebagai usahawan. Kini, dia merupakan pemilik label pakaian Tifle’s by Revalina S Temat.
Bersama Nia Ramadhani
Personaliti ini juga kini dilihat selesa mengenakan gaya matang dan elegan. Mengintai fesyen pilihan Revalina jelas menggambarkan peribadinya yang gemar menyarung busana santai.
Memang serba sederhana. Dengan menggayakan tudung bawal dan solekan ringkas, ia sudah memadai untuk menyerlahkan kelembutan wajah Revalina.
Kredit foto: Instagram Revalina Temat
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bersandarkan rupa paras cantik, pengaruh dan cita rasa mewah yang sering digayakan, tidak hairanlah Ameera Khan selalu diundang menghadiri majlis pelancaran eksklusif dan Fashion Week pelbagai jenama fesyen mewah.
Antaranya Fendi, Louis Vuitton, Christian Dior, Balenciaga, Valentino, Prada dan Longchamp. Untung empunya diri!
Tak dinafikan adik kepada selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor ini ada pesona tersendiri. Kecantikan Ameera bukan saja jadi perhatian golongan lelaki. Bahkan kaum wanita juga mengagumi kejelitaan anak perempuan bongsu Datin Noor Kartini dan Dato’ Abdul Halim Khan ini.
Ternyata Ameera atau dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK) mengikut jejak langkah kakak tersayang, Neelofa yang sering menerima undangan label fesyen ternama antarabangsa sebelum mendirikan rumah tangga.
Meniti usia 23 tahun, populariti Ameera dalam industri fesyen kian melonjak naik. Kebanyakan posting di media sosial miliknya juga memaparkan aktiviti Ameera bergaya sofistikated ketika berada di luar negara dan menghiasi kempen terbaharu fesyen mewah antarabangsa.
April lalu, dia menghadiri pertunjukan fesyen LV Prefall 2023 di Korea Selatan yang hanya dihadiri golongan kenamaan dan selebriti terkemuka saja.
Walau tanpa solekan tebal dan aksesori, penampilan Ameera tetap menarik tumpuan. Pendek kata apa saja yang disarungkan ke tubuh badan rampingnya pasti terletak cantik dan menjadi ikutan penggemar fesyen.
Bagi anda yang membesar menonton drama Cili Padi, sudah pasti anda cukup mengenali susuk wanita ini. Anne Ngasri, dahulunya pelakon cilik yang cukup dikenali dengan teletah dan gayanya yang bersahaja. Kini berusia 39 tahun, sudah pastinya ramai merindui untuk menyaksikan beliau kembali beraksi di kaca TV.
Namun, dari karier seni ke dunia politik, Anne atau nama sebenarnya Naszriah Ngasri kini semakin ligat mengalas amanah diberikan sebagai Exco Wanita UMNO Malaysia.
Mengakui minat berlakon masih menebal, namun buat masa sekarang, baru-baru ini beliau menerbitkan sebuah karya, filem hasil kerjasama syarikatnya dengan Darling Ngasri. Diarahkan oleh pengarah Amor Rizan, filem ini sedang hangat ditayangkan.
Menurut sumber Sinar Plus ketika ditemui ketika pelancaran filem Jemputan Ke Neraka, Anne Ngasri sempat ditanya rahsia awet muda malahan wajah Anne yang seakan tidak langung dimamah usia.
“Sembilan bulan tak ambik nasi!” Itu respon ibu kepada enam cahaya mata ini bila ditanya rahsia kecantikannya. Malah menurut sumber tersebut lagi, Anne mendedahkan telah mengurangkan pengambilan nasi dan lebihkan minum air putih selain protein seperti ambil ayam, ikan dan sayur.
Hasilnya, Anne Ngasri kelihatan tak tumpah seperti anak dara malah beliau berjaya menurunkan berat badannya lebih kurang 11 kilogram. Di ruangan kepsyen setiap kali dia membuat hantaran, warga maya pasti akan memuji kecantikan dan wajah muda dirinya.