Bukan setahun dua, malah menjangkau 25 tahun dalam industri hiburan! Satu pencapaian yang sememangnya membanggakan. Itulah penangan Datuk Seri Rossa yang sudah berkecimpung selama 25 tahun dalam seni suara di nusantara ini.

Cukup Tidur & Rajin Bersenam, Rahsia DATUK SERI ROSSA Kekalkan Stamina & Cantik Di Usia 44 Tahun!

Meskipun kemunculan wajah baharu dalam industri muzik Indonesia silih berganti, nama ibu kepada seorang cahaya mata ini masih kukuh dan dilabel sebagai penyanyi lagenda Indonesia.

Cukup Tidur & Rajin Bersenam, Rahsia DATUK SERI ROSSA Kekalkan Stamina & Cantik Di Usia 44 Tahun!

Enam tahun ‘menyepi’ tanpa album, Rossa hadir ke Kuala Lumpur bersama buah tangan terbaharu, Another Journey: The Beginning  yang terjual lebih 300,000 unit di Indonesia sejak mula diterbitkan pada 10 Februari lalu.

Menganggap Malaysia sebagai rumah keduanya, penyanyi genit ini bukan sahaja membawa album terbaharu sebagai halwa telinga peminat di Malaysia, malah turut menganjurkan  sebuah konsert perdananya di Zepp Kuala Lumpur dengan nama yang sama, Another Journey: The Beginning.

Cukup Tidur & Rajin Bersenam, Rahsia DATUK SERI ROSSA Kekalkan Stamina & Cantik Di Usia 44 Tahun!

Tiket untuk konsert yang sepatutnya berlangsung selama sehari iaitu pada 14 Julai ini habis terjual dalam tempoh 24 jam sahaja. Hebatnya penangan penyanyi berusia 44 tahun ini di mana konsert yang bakal dianjurkan sehari sahaja kini ditambah kepada satu hari lagi di mana ia diadakan sehari awal dari tarikh sebenar konsert pada 14 Julai. Untuk konsert kali ini, Rossa turut mengundang Rizky Febian dan Mahalini Raharja untuk berkongsi pentas yang sama.

Cukup Tidur & Rajin Bersenam, Rahsia DATUK SERI ROSSA Kekalkan Stamina & Cantik Di Usia 44 Tahun!

“Sejujurnya, memang saya sangat menantikan untuk beraksi di Zepp Kuala Lumpur kerana menurut kawan-kawan saya, bernyanyi di sana lebih seronok. Konsert saya sebelum ini kita banyak bernyanyi dalam suasana yang formal dan semestinya tiket lebih mahal.

“Kali ini konsert di Zepp akan lebih intimate dan bersahaja sahaja. Saya juga akan menyanyikan lagu-lagu daripada album baru saya. Secara keseluruhan saya akan menyanyikan lebih kurang 20 lagu,” katanya ketika sidang media selepas sesi bertemu peminat di The Curve baru-baru ini.

BACA JUGA: https://www.nona.my/ambil-masa-400-jam-untuk-disiapkan-busana-berharga-rm235000-membaluti-tubuh-dato-sri-rossa-curi-tumpuan/

Cukup Tidur & Rajin Bersenam, Rahsia DATUK SERI ROSSA Kekalkan Stamina & Cantik Di Usia 44 Tahun!

Melihat jadual persembahan yang padat,  Rossa mengakui ia bukanlah halangan untuk dirinya kekal fokus untuk jadual latihan sempena konsert yang bakal diadakan sebulan dari sekarang. Meskipun jadualnya padat sebagai juri untuk beberapa program nyanyian di Indonesia, Rossa berkongsi rahsia yang menjadi amalan dirinya untuk mengekalkan stamina.

Cukup Tidur & Rajin Bersenam, Rahsia DATUK SERI ROSSA Kekalkan Stamina & Cantik Di Usia 44 Tahun!

“Kunci kekuatan stamina untuk beraksi di atas pentas ialah tidur dan melakukan senaman. Sejujurnya belum ada banyak persiapan yang perlu dilakukan kerana saya sibuk menghadiri beberapa program nyanyian. Insya-Allah menjelang konsert, saya akan mencuri waktu untuk tidur  secukupnyakerana stamina saya banyak berasal daripada tidur dan senaman.

“Memandangkan konsert sudah dilanjutkan selama dua hari, habis sahaja konsert untuk hari pertama saya akan bersendirian di dalam bilik dan mendapatkan rehat yang secukupnya untuk konsert di hari kedua,” katanya yang sudah tidak sabar bertemu para peminat di Malaysia untuk konsert selama dua malam itu.

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI