Sekiranya anda peminat filem Bollywood, filem Bajirao Mastani adalah antara filem Bollywood paling berjaya. Bajirao Mastani ialah filem romantis sejarah epik India 2015 yang diarahkan oleh Sanjay Leela Bhansali, yang juga menggubah runut bunyinya.
Dibintangi trio pelakon hebat iaitu Deepika Padukone, Ranveer Singh dan Priyanka Chopra, filem percintaan tiga segi epik tersebut berjaya mengutip kutipan ₹356 rupee dan memenangi 9 anugerah di Filmdare Awards yang ke 61 termasuk pengarah terbaik, pelakon lelaki terbaik, pelakon pembantu wanita terbaik dan filem terbaik.
Namun tahukah anda, di sebalik kejayaan filem tersebut, rupanya ketiga-tiga pelakon utama filem tersebut bukanlah pilihan pertama. Menerusi sumber Indiatimes.com, pengarah Sanjay Leela Bhansali berhajat untuk menyatukan semula gabungan Salman Khan dan Aishwarya Rai dalam filem ini selepas kejayaan yang diraih filem Hum Dil De Chuke Sanam pada 1999.
Ads
Mengikut perancangan asal, jika Salman dan Aishwarya memainkan peranan Bajirao dan Mastani, pelakon Bhoomika Chawla bakal membawakan peranan isteri pertama (Kashibai).
Malangnya, Sanjay berhadapan kemelut pemilihan pelakon selepas berlakunya konflik percintaan Salman dan Aish yang diketahui umum berpisah dengan cara yang tidak baik, walaupun Sanjay mengakui mempunyai hubungan baik dengan kedua-dua pelakon itu.
Ads
Menurut sumber FB Geng Hindi Malaysia, walau bagaimanapun Aishwarya Rai tiada masalah untuk berlakon sebagai Mastani, dengan syarat watak Bajirao tidak ditawarkan oleh Salman Khan. Maka, Sanjay terpaksa mempertimbangkan pelakon lain seperti Shahrukh Khan, Hrithik Roshan dan Ajay Devgan untuk watak Bajirao.
Sanjay Leela Bhansali selepas itu telah memutuskan untuk menangguhkan filem tersebut dan menumpukan perhatian kepada projek-projeknya yang lain, walaupun projek Bajirao Mastani mula dirancang sejak dari 2003 lagi.
Ads
Sanjay Leela Bhansali
Hampir sedekad kemudian, pengarah filem Devdas itu kemudian kembali merancang dan mengangkat naskhah Bajirao Mastani yang tertangguh bertahun lamanya itu hanya pada tahun 2014.
Pada Julai 2014, secara rasminya Deepika Padukone, Ranveer Singh dan Priyanka Chopra dipilih sebagai pelakon utama filem hebat ini.
Apa pula pendapat anda? Anda rasa filem Bajirao Mastani akan lebih hebat dengan Aishwarya Rai atau sebaliiknya?
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Luar biasa meriah sambutan Hari Kebangsaan 2022 yang berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur! Orang ramai mengambil kesempatan tahun ini untuk meraikannya di lokasi tumpuan tersebut selepas dua tahun berturut-turut tidak menyambut hari bersejarah berkenaan kerana pandemik Covid-19.
Difahamkan seawal 4.30 pagi lagi perkarangan Dataran Merdeka sudah dibanjiri rakyat yang teruja menyaksikan perbarisan dan perarakan hari merdeka. Sampaikan setiap ceruk di kawasan berhampiran dipenuhi ‘lautan manusia’ dan stesen LRT sesak dengan pengunjung. Lain macam penangan Keluarga Malaysia tahun ini!
Namun yang menarik tumpuan ialah keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Dataran Merdeka pada pukul 7.30 pagi.
Berbeza daripada kebiasaan, Seri Paduka Baginda berdua hadir memukau hadirin dengan menaiki kereta kuda diraja!
Selepas 17 tahun tidak digunakan, kereta kuda diraja ini kembali menjadi perhatian perarakan Hari Kebangsaan 2022 yang membawa Al-Sultan Abdullah dan Tunku Hajah Azizah dari Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ke Dataran Merdeka.
Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, kereta kuda diraja ini digunakan kali terakhir oleh Tuanku Syed Sirajudin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail semasa sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya pada tahun 2005.
Perbarisan Hari Kebangsaan tahun ini turut menampilkan 30 kereta antik yang membawa 30 tokoh negara dan selebriti terkenal tanah air. Raja pecut 100 meter negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi membacakan ikrar pada hari berkenaan.
Turut menjadi perhatian ialah barisan pelakon utama filem Mat Kilau yang menyertai perarakan termasuk perarakan dua buah Bas Hop-On Hop-Off memuatkan wira dan wirawati sukan negara pada temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tunku Azizah berkenan ziarah pusara Allahyarhamah Akiko Okumura atau Aisyah Abdullah. Tiga bulan sejak Allahyarhamah pergi menghadap ilahi, pelbagai kisah mengenainya menjadi bualan warga maya.
Sikap rendah diri dan kesungguhannya memberikan layanan terbaik kepada suami serta anak tersayang sering menyuntik inspirasi kepada ramai golongan isteri untuk berbuat perkara sama.
Pastinya, kehilangan Allahyarhamah Akiko bukan hanya dirasai suami iaitu Ridzo Okumura dan anak tersayang, Sky Taizo Okumura.
Bahkan ramai yang turut terkesan dengan pemergian arwah terutamanya followers setia yang sentiasa mengikuti perkembangan isteri usahawan dan pempengaruh media sosial berkenaan.
Tunku Azizah Berkenan Ziarah Pusara Akiko Okumura
Terbaharu, Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkenan meluangkan masa dan menziarahi pusara Allahyarhamah Akiko Okumura atau Aisyah Abdullah di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya.
Baginda yang berbusana putih turut mengenakan tudung rona sedondon dan kelihatan sebak. Menerusi foto yang tular di media sosial, kelihatan beberapa orang wanita turut menemani Tengku Ampuan Pahang.
Sementara itu, Ridzo Okumura atau nama penuhnya Abdul Ridzuan Abdul Mutalib menzahirkan rasa terima kasih dan terharu atas kunjungan Tengku Ampuan Pahang.
Allahyarhamah Akiko Okumura atau Aisyah Abdullah meninggal dunia pada 28 Februari 2025.
Ridzo Okumura mendirikan rumah tangga dengan Allahyarhamah Akiko pada 14 Februari 2009. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Sky Taiko Okumura yang berusia 13 tahun.
Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pizza Hut melancarkan inisiatif CSR: ‘Hut to Heart’. Fokus inisiatif jangka masa panjang untuk melawan punca ketiga kematian yang utama di Malaysia iaitu kanser.
Dengan keinginan untuk mencari cara yang bermakna untuk menyumbang kembali kepada masyarakat, Pizza Hut mahu memberikan impak besar kepada komuniti. Ketika Pizza Hut meraikan ulang tahun ke-35 pada tahun ini, inisiatif CSR ‘Hut to Heart’ dianjurkan.
Inisiatif ‘Hut to Heart’ bertujuan untuk mendidik rakyat Malaysia agar mereka menjalani hidup yang lebih gembira, sihat dan bebas kanser bersama mereka yang tersayang serta masyarakat.
Justeru, Pizza Hut ingin membantu dalam mengurangkan kes kanser di kalangan rakyat Malaysia dengan melabur ke arah meningkatkan kesedaran terhadap ujian pengesanan dan akses kepada rawatan.
Di bawah inisiatif ‘Hut to Heart’, ada dua projek yang telah dikenal pasti iaitu ‘SayangiMu’ dengan kerjasama National Cancer Society of Malaysia (NCSM) dan kerjasama Hospital Sultan Aminah di Johor.
Pizza Hut juga akan memulakan usaha mengumpul dana sebanyak RM300,000 untuk menyediakan pemeriksaan awal secara percuma kepada 1,000 orang wanita di kawasan pedalaman.
Pengumpulan dana ini akan dilaksanakan melalui pelbagai jaringan seperti menu istimewa Pizza Hut, kotak derma di cawangan-cawangan Pizza Hut selain kerjasama dengan para pembekal dan vendor. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!