
Rezeki aktres Hollywood ini pada usia 62 tahun, Demi Moore muncul sebagai wanita tertua dinobatkan gelaran ‘Orang Tercantik Di Dunia’ oleh Majalah People.
Penghargaan ini mengiktiraf perjalanan hidupnya yang luar biasa, dari seorang pelakon muda yang berani hingga menjadi ikon kecantikan yang matang dan autentik.
Dalam wawancara eksklusif bersama People, Moore berkongsi pandangannya mengenai kecantikan dan penerimaan diri.


Beliau mengakui bahawa pada awal kerjayanya, beliau sering ‘menyeksa’ tubuh dengan rutin kecergasan yang ekstrem demi memenuhi piawaian industri.
Namun, selepas pengalaman membintangi filem G.I. Jane pada tahun 1997, beliau mula menerima perubahan fizikal seadanya dan mengamalkan gaya hidup yang lebih holistik, termasuk meditasi, jurnal, dan diet yang menekankan pendengaran terhadap tubuh dan keutamaan tidur.
Moore juga menceritakan bagaimana beliau memandang penuaan sebagai suatu anugerah. Beliau percaya bahawa setiap perubahan dalam tubuh membawa hikmah dan peluang untuk lebih menghargai diri. Katanya, “Kecantikan datang dari rasa selesa dengan siapa diri kita sebenarnya.”


Pada usia 62 tahun, Demi Moore muncul sebagai wanita tertua dinobatkan gelaran ‘Orang Tercantik Di Dunia’ oleh Majalah People edisi Mei 2025.
Selain itu, Moore turut menyentuh mengenai pengalamannya dalam filem The Substance, di mana beliau memenangi Anugerah Golden Globe, Critics’ Choice, dan Screen Actors Guild untuk Pelakon Wanita Terbaik.
Walaupun tidak memenangi Oscar, beliau menerima kekalahan tersebut dengan hati terbuka dan melihatnya sebagai sebahagian daripada perjalanan hidup yang sudah ditakdirkan.


Penghargaan oleh People ini bukan sahaja mengiktiraf kecantikan fizikal Moore, tetapi juga kekuatan dalaman dan keberaniannya dalam menghadapi cabaran hidup.
Beliau kini menjadi inspirasi kepada ramai wanita di luar sana untuk menerima diri mereka sepenuhnya dan mendefinisikan kecantikan menurut versi mereka sendiri.
Artikel berkaitan: https://www.nona.my/dah-lepas-trimester-1-nina-ismail-sabri-teruja-timang-anak-pertama-bersama-hafiz-osman/