Nama Che Nom bukan lagi asing dalam kalangan YouTuber popular tanah air. Sinonim dengan pelbagai video masakan menarik dan menyelerakan, Che Nom atau nama sebenarnya Norma Bakar bijak menggunakan teknologi digital masa kini dalam menerbitkan video kreatif yang memenuhi ‘selera’ warga maya.
Meniti usia 41 tahun, anak kelahiran Kedah ini mencipta pengaruh tersendiri apabila kebanyakan video masakan yang dikongsikan meraih sehingga jutaan tontonan.
Sehingga ke hari ini, Che Nom mempunyai hampir 2 juta subscribers di YouTube dan menerima Gold Play Button pada tahun 2021. Luar biasa!
Pada tahun 2022, Che Nom menerusi Instagram mendedahkan pencapaian pihaknya menerima 10 juta tontonan dengan 38 juta minit tontonan keseluruhan.
Tidak hairanlah, personaliti dunia kulinari ini pernah tersenarai sebagai calon kategori YouTuber popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2021.
Khabarnya Che Nom mula menceburi YouTube pada tahun 2012 selepas berhenti kerjaya jurutera di sebuah syarikat rangkaian telekomunikasi selepas 13 tahun bertugas di sana. Keputusan itu diambil kerana dia mahu menjadi YouTuber sepenuh masa.
Ads
Berkongsi aneka resipi hidangan dengan langkah yang mudah dan berkesan, Che Nom dikatakan meminati bidang masakan sejak zaman universiti dan serius berkecimpung dalam dunia tersebut selepas kelahiran anak kedua.
Baru-baru ini kenyataan di platform media sosial yang mendedahkan pendapatan purata seorang YouTuber mencecah sehingga RM360,000 sebulan nyata menarik perhatian individu hebat ini.
Ads
“0.01 peratus saja YouTubers yang boleh dapat income macam ni, kalau operate sebagai company, kena ada sekurang-kurangnya tujuh video seminggu dan purata views 300,000 ke atas setiap video.
Yang sebenarnya purata income YouTubers di bawah paras kemiskinan. Bila ekonomi merosot, syarikat akan kurangkan iklan, RPM jatuh, CPM jatuh, jadi pendapatan Youtubers secara tak langsung akan berkurang.
Tahun ni semua jatuh mendadak, CEO Youtube, Susan Wojcicki pening kepala kot sampai letak jawatan.
Ads
Nak hasilkan satu video perlukan tiga hingga empat hari, research resipi, masak dan shooting, voice over dan editing, final editing, render dan upload.
Semua ni nak kena hire orang, kalau buat sendiri memang tergolek dog, semua ini kos. Hidup tak ada life, Sabtu dan Ahad kalau tak kerja video tak siap, bak kata Syahmi Shazli 24 jam memikirkan content, Mr Beast pon tidur kat opis aja.”
Nama pempengaruh masakan popular, Khairul Aming tidak perlu diperkenalkan lagi. Popular dengan tagline ‘hai, whats up guys’, ahli perniagaan berusia 31 tahun ini yang menjadi inspirasi semua golongan. Sempena ulang tahun kedua perniagaan, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman berkongsi perjalanan beliau menjual sambal ciptaannya, Sambal Nyet Berapi.
AMING1
Lebih manis lagi, tidak hanya menjual 1.5 juta botol dalam masa dua tahun, syarikatnya itu menerima dua anugerah daripada platform jualan online iaitu Shopee iaitu Best New Seller Award dan Best Customer Service Award.
“Selepas genap dua tahun beroperasi, alhamdulillah hari ini total jualan Sambal Nyet Berapi telah mencecah RM21.5 juta. Kita juga baru terima award untuk Sambal Nyet bagi kategori Best Customer Service. Let me share with you guys macam mana kita manage operation setiap hari,” kongsinya.
Lebih membanggakan, dedahnya jualan sambal 2021 berjumlah RM7.5 juta meningkat hampir 100 peratus pada 2022 iaitu RM14 juta. Usahawan sambal yang memiliki dua buah kilang di Kota Bharu, Kelantan itu mendedahkan langkah demi langkah proses penghasilan sambal yang menggunakan teknologi terkini sekali gus menjaga kualiti produk untuk pelanggannya.
Bekas jurutera dalam bidang minyak dan galian (oil and gas) yang memegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dengan pengkhususan major Kejuruteraan Mekanikal dan minor dalam Material and Science Engineering dari Vanderbilt University di Amerika Syarikat ini berkongsi setiap hari sebanyak lebih 1,000 kilogram cili serta bawang digunakan untuk menghasilkan sambal.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bermula santai dan kelakar, telatah Izara Aishah serta Tya Arifin sebagai adik-beradik dalam drama pendek ‘Bagaikan Raya’ memang membuat penonton tak kering gusi. Lebih-lebih lagi berlakon sebagai Orang Utara! Pun begitu, jalan cerita semakin lama semakin menyedihkan. Emosi mula dibuai air mata.
Gandingan dua menantu Dato’ Sri Siti Nurhaliza dalam drama pendek sempena kempen Aidilfitri Mutyara ini sememangnya tidak dijangka.
Jika selama ini sering melihat Izara Aishah dan Tya Arifin bersama sebagai satu keluarga, kali ini dua pelakon jelita itu ditemukan dalam satu produksi.
Tya dan Izara
Lakonan hebat Tya dan Izara layak dipuji
Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari Arifin merupakan pengasas Jamu Mutyara bersama suami, Asyraf Khalid serta pernah diiktiraf sebagai penyandang Nona Most Promising Entrepreneur Award di majlis Nona Superwoman Award 2020.
Berusia 27 tahun, Tya yang berasal dari Palembang, Indonesia juga merupakan ibu kepada dua cahaya mata iaitu Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa. Beliau sebelum ini pernah menempa nama sebagai pelakon dan penyanyi di Indonesia, malah sinetron Preman Pensiun antara yang paling melonjakkan nama Tya di sana.
Sementara itu, Izara atau nama penuhnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin pula merupakan seorang artis terkenal berusia 29 tahun. Isteri kepada Adib Khalid dan ibu kepada seorang puteri ini memulakan kerjaya awalnya selepas menyertai pertandingan Dewi Remaja 2009/2010.
“Kami dah biasa makan dan menghadiri acara bersama-sama. Bagi saya, Izara seorang pelakon yang hebat dan sangat senang bekerja dengannya.” Tya Arifin
Paling kelakar bila tengok Tya bawa watak Orang Utara, walaupun kedengaran agak kurang fasih tapi mampu dilindungi dari segi lakonannya yang mantap.
Memetik temu bual Majalah Nona bersama Tya tentang ibu-ibu mertua, rupanya banyak yang dapat dipelajari daripada karakter Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan YM Tengku Datin Sri Zawyah, umpamanya cara menjadi seorang ibu serta isteri yang baik.
“Saya ada tiga orang ibu (termasuk ibu sendiri) yang menjadi role model saya. Daripada mereka, saya belajar tentang erti kesabaran, kelembutan dan keikhlasan tanpa rasa iri hati.
Sifat Mama (YM Tengku Datin Sri Zawyah) contohnya, beliau selalu ada untuk anak-anak dan tak pernah bercakap ‘tidak’ demi kejayaan kami semua, tahu apa kesukaan setiap anak dan always over-deliver untuk gembirakan orang tersayang.
Manakala Mak Iti pula, saya belajar erti sabar, never give up dan sentiasa membalas perkara buruk dengan kebaikan. Itulah pelajaran berharga yang saya dapat daripada ibu-ibu saya.”
Drama pendek ‘Bagaikan Raya’ ini diinspirasikan daripada kisah duka pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia dan kehilangan orang tersayang. Ia boleh ditonton menerusi saluran YouTube.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sambutan Aidilfitri tahun ini sememangnya menjadi noktah terakhir kasih sayang seorang bapa buat anak-anak tersayang. Allahyarham Ridzuan Hashim menghembuskan nafas terakhir pada 4 Mei lalu di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Meskipun terkilan Allahyarham Ridzuan Hashim tidak sempat menyaksikan satu-satunya anak lelakinya, Muhammad Dhanial bergelar raja sehari, namun memori tersebut bakal diabadikan dalam majlis persandingan yang bakal diadakan pada 2 September akan datang.
Berkat menjaga Allahyarham Ridzuan Hashim ketika aktor itu tidak sihat, pelakon Didie Alias berkongsi kegembiraan majlis resepsi anak lelakinya itu bakal ditaja oleh Temu Jelatek The Event Space yang bernilai hampir setengah juta ringgit. Ia merupakan majlis persandingan pertama yang diadakan di Temu Jelatek The Event Space milik SACC Convec Sdn Bhd.
Menurut Didie, Dhanial sememangnya terkejut dengan tawaran tersebut namun menyifatkan ianya sebagai rezeki kerana telah menjaga arwah bapanya sehingga ke akhir hayat.
“Dhanial merupakan individu terakhir bersama arwah ketika hayatnya. Sudah tentu sebagai anak, Dhanial telah melaksanakan tanggungjawabnya yang terbaik untuk menjaga arwah bapanya ketika beliau tidak sihat. Bila menerima tawaran tajaan perkahwinan tersebut, sudah semestinya dia terkejut.
Namun saya melihat ianya mungkin rezeki yang sudah tertulis untuknya berkat kebaikan yang dicurahkan buat bapa tersayang,” ujar Didie ketika ditemui di majlis pelancaran Temu Jelatek semalam.
Kenangan Aidilfitri yang tidak dapat dilupakan oleh keluarga ini.
Bakal mengadakan majlis persandingan pada 2 September akan datang, Didie berkata dia bakal membuat beberapa kejutan istimewa buat pasangan mempelai antaranya termasuklah berarak menaiki LRT dari stesen Setiawangsa ke stesen Jelatek sebelum memasuki dewan persandingan.
“Antara kelebihan Temu Jelatek ialah lokasinya yang berdekatan dengan stesen LRT Jelatek. Jadi saya ingin memanfaatkan kemudahan ini untuk membolehkan pasangan mempelai diarak menaiki LRT dari Setiawangsa ke Jelatek.Sekaligus memperkenalkan kemudahan berdekatan dengan lokasi dan mempamerkan keunikan budaya perkahwinan Melayu kepada masyarakat terutamanya pengguna LRT,” ujar Didie lagi.
Untuk rekod, Muhammad Dhanial selamat bergelar suami kepada Nurkhairunisa Zulkifli di Tawau, Sabah.
Bercerita mengenai kehidupan keluarga ini selepas kehilangan Allahyarham Ridzuan Hashim, Didie Alias yang merupakan bekas isteri Allahyarham berkata dia dan Dhanial telah berkunjung ke kediaman sewaan Ridzuan untuk mengemas barangan peribadi milik arwah baru-baru ini.
“Allahyarham seorang yang kemas dan teliti dalam setiap perkara. Ketika berkunjung ke kediamannya, kami lihat segala barang milik Allahyarham tersusun rapi di dalam almari. Malah baju kemeja juga digosoknya.
Dhanial telah memasang niat untuk menyarungkan baju milik Allahyarham untuk majlis persandingannya. Kebetulan ada sut milik arwah yang sesuai untuk Dhanial. Insyaallah sut tersebut bakal digayakan di majlis persandingan di Kuala Lumpur september ini,” ujar Didie yang bakal bertindak sebagai perancang majlis untuk persandingan anak lelakinya itu nanti.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!