Baru-baru ini, media sosial dikejutkan dengan kisah seorang jurusolek yang mengalami masalah muka ‘break-out’ selepas membeli produk penjagaan muka dari satu jenama yang agak terkenal. Akibat dari kesilapannya itu, wajahnya kini dipenuhi dengan jerawat batu gara-gara menggunakan produk bermerkuri sekitar Disember lalu.
Menyedari akan hakikat kesilapan tersebut yang boleh terjadi pada sesiapa saja. NONA mendapatkan penjelasan serta panduan dari Miss Adibah, pengasas kepada produk kecantikan The Raw. di mana beliau merupakan bekas kakitangan kerajaan yang berkhidmat selama 7 tahun di Kementerian Kesihatan (KKM) sebagai pegawai farmasi.
Kepakaran Miss Adibah adalah mengenal pasti serta memformulasikan produk kecantikan yang selamat, berkesan serta berkualiti tinggi bagi mendapatkan kulit yang sihat untuk diri dan keluarga.
Sebagai pengasas produk kecantikan dan pegawai farmasi, Miss Adibah berkongsi beberapa tip yang boleh digunakan bagi mengelakkan diri anda menggunakan produk penjagaan kulit yang tak selamat untuk kulit wajah.
Menurut Miss Adibah, ramai yang ambil remeh tentang jenis kulit masing-masing. Ada yang tak peduli langsung pun. Ini satu kesilapan besar. Bagaimana hendak tahu? “First step, cuci muka anda dengan pencuci muka. Kemudian lap kering dan biarkan selama 30 minit. Sekiranya kulit wajah kelihatan berminyak seluruh muka, maknanya jenis kulit anda adalah kulit bermiyak.
Sekiranya kulit dan pipi rasa ketat dan susah untuk senyum selepas mencuci, maka anda mempunyai kulit jenis kering. Ada juga yang mempunyai jenis kulit kombinasi dimana kawasan T-Zone (berminyak) dan U-Zone (kering), begitulah sebaliknya. Ada juga yang bertuah mempunyai jenis kulit normal yang rasa selesa tidak terlalu berminyak atau kering. Yang pasti, kenali dahulu jenis kulit anda,” jelas Miss Adibah membuka bicara.
Foto: Freepik
Fahami Kondisi Kulit
Selepas kenal pasti jenis kulit, anda juga perlu memahami kondisi kulit anda. Kenal pasti apa lagi masalah terkini yang dihadapi kulit anda, sama ada ianya berjerawat ataupun berpigmentasi. Masalah kulit berpigmentasi terdiri daripada banyak jenis seperti, age-spots atau liver-spots, melasma, post-inflammatory hyperpigmentation (parut gelap).
Ads
Kondisi lain yang mungkin turut dihadapi adalah kulit sensitif dimana pemakaian produk sebarangan boleh buat kulit rasa gatal, merah, pedih dan kering. Selain itu, kondisi lain adalah penuaan. Kulit wajah mulai kedut, kurang keanjalan dan kering.
Foto: Freepik
Pilih Produk Yang Sesuai
Selepas dah faham jenis dan kondisi kulit anda, sekarang barulah anda boleh memilih produk yang bersesuaian.
Untuk kulit berjerawat, selalunya ia datang dengan pakej kulit berminyak. Jadi, anda boleh memilih produk yang mengandungi kandungan bahan aktif seperti Niacinamide 2 hingga 5 persen dan bahan exfoliation seperti AHA (Alpha Hydroxy Acid) dan/atau BHA (Beta Hydroxy Acid). Alternatif lain, boleh juga memilih ekstrak botanikal seperti teh hijau, hazel witch, salix alba dan tea tree.
Contoh produk yang mengandungi bahan-bahan di atas adalah The Raw. Acne Ceramide Cleanser (Salicylic Acid 2%) dan juga The Raw. Niacinamide 5% serum.
Jika anda berkulit matang pula, selalunya ia datang dengan pakej kulit kering. Jadi, anda perlu memilih bahan yang tidak mengeringkan dan membantu merangsang penghasilan kolagen bagi mengurangkan kesan penuaan. Antara bahan aktif yang disarankan untuk kulit kering itu adalah seramid, kolestrol, asid fatty, hyaluronic Acid dan vitamin B5. Manakala untuk kedutan pula, anda boleh cuba bahan aktif seperti vitamin C dan juga peptide.
Contoh produk yang mengandungi bahan-bahan di atas adalah The Raw. Strong Barrier Serum dan The Raw. Ethylated Ascorbic Acid 20% Serum.
Ads
Foto: Freepik
Selain memilih produk, Miss Adibah juga turut menyarankan ‘back to basic’, iaitu rutin mencuci muka yang teratur dan sistematik. Anda disarankan untuk memulakan rutin penjagaan wajah anda dengan 3 bahan asas wajib – iaitu pencuci muka (cleanser), pelembap muka (moisturizer) dan pelindung matahari (sunscreen).
“Bagi betul-betul merawat kondisi kulit bermasalah, selain 3 rutin wajib di atas anda boleh tambah produk seperti serum yang mengandungi bahan-bahan aktif kerana ianya lebih fokus untuk mengawal dan menyelesaikan masalah kulit.”
Jadi sebelum membeli mana-mana produk skincare, ambil masa untuk lihat dan meneliti deskripsi bahan-bahan yang digunakan pada label produk tersebut, dan jangan culas mahupun ambil ringan, kelak wajah anda akan menerima padahnya,” ulas Miss Adibah menutup bicara.
Ads
Untuk informasi lanjut serta pembelian produk The Raw. anda boleh layari laman media sosial di bawah.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cuaca yang panas sekarang dikatakan akibat perubahan angin monsun. Ia akan menyebabkan kulit menjadi kering atau dehidrasi ditambah pula jika terlalu lama di bilik yang mempunyai pendingin hawa.
Kulit dehidrasi adalah keadaan kulit yang mempunyai kandungan kadar air kurang optimum sehingga dapat mempengaruhi keadaan tekstur kulit. Tapi ramai yang keliru di antara kulit dehidrasi dengan kulit kering.
Kulit kering merupakan jenis kulit yang tidak mengandungi minyak atau sebum yang mencukupi. Kebiasaannya kulit dehidrasi terjadi disebabkan pemakaian produk yang salah, faktor perubahan cuaca dan tidak mengamalkan pemakanan seimbang.
Sebenarnya keadaan kulit dehidrasi tidak boleh dinilai dengan keadaan kulit kering dan bersisik semata-mata. Cara mudah untuk mengetahui anda menghadapi masalah kulit dehidrasi adalah dengan mencubit kulit pipi. Jika terlihat garis atau kedutan halus, itu bermakna kulit anda dehidrasi.
Selain itu, perhatikan juga keseluruhan kulit wajah. Wujudkah garis halus di sekitar mata atau lingkaran gelap, bersisik di kawasan dahi atau kusam? Jika begini keadaan kulit anda, maka segera lakukan sesuatu kerana sudah tergolong dalam kulit dehidrasi ini.
Jenis kulit adalah faktor genetik dan ia dipengaruhi oleh jumlah kelenjar minyak dalam kulit yang menghasilkan minyak semula jadi bawah kulit. Jadi, masalah kulit dehidrasi adalah bersifat sementara dan boleh diubah. Malah, ia boleh berlaku kepada semua jenis kulit, baik jenis kulit kering, kombinasi atau berminyak sehingga mempengaruhi struktur kulit dan kehilangan kemampuan untuk mengunci kelembapan dari dalam.
Kelembapan semula jadi kulit dipertahankan oleh serangkaian elemen yang dipanggil Natural Moisturizing Factor (NMF). Jika mengamalkan gaya hidup tidak seimbang, NMF yang berada di bawah kulit akan mengalami kerosakan yang merangsang kepada dehidrasi.
Solusi terbaik menjaga NMF adalah dengan mengambil air agar kelembapan tubuh terus terpelihara. Bukan itu sahaja air dapat memelihara keanjalan kulit dan mengunci cairan di dalam tubuh sehingga proses penyerapan dapat berjalan lebih optimum.
Cara terbaik mengambil air adalah sebelum tidur kerana ketika tidur tubuh kehilangan cairan yang cukup banyak.
Oleh itu, jika anda tergolong dalam jenis kulit berminyak tetap perlu memakai pelembap untuk menjaga cairan yang mencukupi di bawah kulit.
Anda juga perlu mengawal kelenjar minyak agar tidak menghasilkan minyak secara berlebihan. Jika produksi minyak berlebihan, mungkin terkena dehidrasi kulit kerana jika kekurangan cairan, sebagai mekanisme pertahanan, kulit akan automatik mengirim mesej ke kelenjar minyak untuk memproduksi lebih banyak minyak.
MASALAH KULIT HIDRASI
Kusam
Berjerawat di T-Zon sukar sembuh
Rasa terbakar pada bahagian kulit yang kering
Beberapa kawasan yang kering terasa gatal
Timbulnya kemerah-merahan
Jika memiliki jenis kulit yang kering daripada lahir, kering itu akan terasa pada seluruh tubuh hingga kulit kepala
Kulit cenderung berkerut
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Itu antara kata-kata motivasi yang menjadi pegangan aktres dan penyanyi jelita Indonesia, Sophia Latjuba.
Kredit Foto: @sophia_latjuba88
Penuaan menjadi satu perkara yang ‘membimbangkan’ bagi sesetengah wanita. Tetapi tidak bagi aktres jelita, Sophia Latjuba yang berketurunan Bugis-Jerman-Jawa ini.
Cantik, bergaya dan bertenaga siapa sangka ibu anak 2 ini rupa-rupanya bakal menginjak usia ke 54 tahun!
Sophia atau nama sebenarnya Sophia Inggriani Latjuba atau Sophia Muller ini sememangnya terkenal sebagai salah seorang wanita tercantik dan awet muda di Indonesia.
Sophia dilahirkan di Berlin, Jerman pada 8 Ogos 1970. Ibunya berasal dari Austria manakala bapa berketurunan Bugis-Jawa.
Model, penyampai, bintang iklan dan penyanyi ini mengakui dia seronok menikmati setiap proses dalam kehidupannya termasuklah peningkatan usia. Gaya hidup positif menjadi kunci awet muda bintang filem Kuldesak ini.
Sophia bijak menyeimbangkan gaya hidup positif dengan kerjaya sehingga menampakkan hasilnya sekarang. Bila bersama anak-anak daranya kelihatan seperti kakak dan adik!
Penampilannya yang langsing, raut wajah tanpa kedutan sering menjadi perbualan hangat di media sosial. Malah, Sophia sendiri gemar berkongsi rahsia bagaimana dia menjaga tubuh agar kekal sihat, cantik dan awet muda.
Rajin Bersenam & Yoga
Sophia rajin bersenam dan yoga antara aktiviti kecergasan yang dilakukan secara rutin. Selain yoga, Sophia juga aktif berenang dan mendaki.
Sophia yang hanya meluangkan masa sekitar 60 minit setiap hari untuk aktiviti yoga.
“Setiap hari pasti bersenam, yoga. Saya percaya kalau kita selalu bersenam kita mendapat banyak manfaat.”
Makan Secara Sihat
Selain bersenam, Sophia juga menjaga pemakanannya. Kalau nak tahu, Sophia seorang vegetarian (penggemar sayur-sayuran) dan hanya memilih makanan yang berasaskan sayuran.
Sophia hanya memakan makanan yang ditanam seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan biji-bijian. Menurut Sophia, ia memberi lebih tenaga, tidur yang berkualiti dan guilt free.
Menjaga Rutin Kecantikan
Untuk rawatan kulit wajah, Sophia mengakui dia tidak menggunakan rangkaian produk yang terlalu banyak.
Memiliki kulit jenis kombinasi, Sophia hanya menyapu pelembap dan rajin mencuci wajah setiap hari.
Day-Off Dalam Seminggu
Seperti yang dikongsi di YouTube Tribun Network, Sophia meluangkan masa sekurang-kurangnya 2-3 hari dalam seminggu untuk day-off. Ia memberi ruang kepada Sophia untuk berehat secukupnya dari segala kesibukan.
Persekitaran Positif
Menurut Sophia, segalanya menjadi lebih baik jika tubuh dan minda sentiasa dalam keadaan positif.
“You have to be happy. Sorround dengan orang-orang yang positif untuk kita. bila Semakin tua,yang negatif-negatif itu biasanya akan tersingkiR dari hidup kita. so it is good.”
Stres boleh mencepatkan proses penuaan dan apa yang pasti semua orang akan melaluinya. Bagi Sophia, usia memang akan terus meningkat tapi apa yang penting adalah sihat.
Untuk rekod, Sophia sebelum ini pernah 2 kali berkahwin tetapi kedua-duanya menemui kegagalan. Perkahwinan pertamanya cuma mampu bertahan selama setahun dan dikurniakan anak perempuan bernama Eva Celia yang kini berusia 33 tahun.
Manakala perkahwinan ke-2 dia dikurniakan seorang lagi puteri, Manuella Natasha Aziza Villareal yang kini 20 tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap kanak-kanak perempuan di seluruh dunia pasti mempunyai memori memiliki satu patung Barbie yang menjadi teman sepermainan di zaman kanak-kanak. Patung Barbie sememangnya sinonim dengan rupa paras yang cantik dan langsing.
Pembuat mainan Mattel julung kalinya memperkenalkan Barbie versi Sindrom Down dalam usaha menjadikan rangkaian anak patungnya lebih inklusif. Sekaligus, usaha tersebut membolehkan kanak-kanak Sindrom Down bermain dengan permainan tersebut tanpa rasa berbeza dengan penampilan mereka.
Menurut Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Global Barbie & Dolls Mattel, Lisa McKnight, pihaknya menjalin kerjasama dengan Persatuan Down Sindrom Kebangsaan di Amerika Syarikat (AS) untuk menghasilkan patung yang memiliki rangka lebih pendek dan badan lebih panjang, berbanding rangkaian Barbie yang lain.
Katanya lagi, wajah anak patung baharu itu juga berbentuk bulat, selain memiliki mata bundar, telinga lebih kecil dan hidung yang pesek.
“Tapak tangan patung itu juga memiliki ciri yang sering dikaitkan dengan individu mengalami sindrom down,” katanya dalam satu kenyataan rasmi Mattel baru-baru ini.
Patung berkenaan mengenakan gaun lengan gelembung dengan motif rama-rama berona kuning dan biru yang sering dikaitkan dengan kempen kesedaran sindrom down. Setiap 21 Mac, dunia akan meraikan individu yang Sindrom Down dengan menjadikan tarikh itu sebagai Hari Sindrom Down Sedunia.
Lisa berkata, patung itu turut dihiasi rantai dengan tiga chevron ke atas yang mewakili tiga salinan kromosom ke-21 serta ortotik di buku lali dengan kedua-dua perhiasan itu dibuat dalam merah jambu.
“Matlamat kami untuk membolehkan semua kanak-kanak melihat diri mereka dalam Barbie, selain menggalakkan mereka bermain dengan patung yang seperti mereka,” katanya. –
Sumber: REUTERS
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dilahirkan dalam keluarga jutawan dan tersohor, satu kelebihan buat anak gadis kepada pasangan usahawan, Dato’ Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida ini.Menariknya,...