Sempena bulan meraikan wanita-wanita hebat, Nona tertarik berkongsi aspirasi pemilik Angsa Emas Jewellery iaitu Normadora Mohd Nor. Berusia 35 tahun, wanita asal Kelantan itu juga merupakan ibu kepada tiga cahaya mata.
Tema Hari Wanita 2021 iaitu ‘Wanita Bangkit Mendepani Cabaran’ seperti menggambarkan karakter keusahawanan Normadora atau Edora ini. Bukan saja cantik dan bergaya tapi orangnya juga sangat merendah diri, lembut serta peramah hingga membuatkan sesiapa pun selesa mendampingi.
Membesar dalam keluarga berlatarkan bisnes, pemilik Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari Universiti Utara Malaysia ini juga merupakan anak bongsu dalam tiga adik-beradik. Dari hanya satu cawangan Angsa Emas Jewellery di Bangi, kini Edora berjaya membuka dua cawangan lagi di Wangsa Maju dan Shah Alam.
Persalinan serba putih menyerlahkan kecantikan Edora
Minat terhadap fesyen barangan kemas mendorong beliau membuka Angsa Emas Jewellery
Matlamat membeli emas kebiasaannya tergantung niat mahu melabur untuk simpanan atau melabur dan dijadikan barang perhiasan. Bagi majoriti wanita, lumrah jiwa kita yang menyukai keindahan pastinya lebih terarah membeli emas di kedai barangan kemas.
Ajnas perhiasan barangan kemas Angsa Emas direka berinspirasikan motif bangle atau charms terkemuka, misalnya gelang Alhambra dan Tiffany T yang diminati ramai. Hasil ketukangan tangan yang teliti, pilihan rekaan yang sentiasa membuat pelanggan rambang mata serta servis terbaik menambah keistimewaan jenama tersebut.
Amboi, bukan main cantik lagi koleksi barangan kemas Angsa Emas Jewellery ni. Patutlah setiap kali keluar saja rekaan baru, pelanggan setia dah berderet-deret menunggu. Sanggup queue panjang kalau tak mahu kehabisan.
Rahsia kedai emas viral ni tentulah terletak pada kebijaksanaan pemiliknya. Jom ikuti temu bual eksklusif Nona dengan Edora!
Ads
Nona: Bagaimana Edora merancakkan sales sewaktu pandemik?
Edora: Sebenarnya tak dinafikan ketika awal pandemik dulu, semua sektor perniagaan terjejas. Mungkin sebab had yang ditetapkan menghalang peniaga beroperasi. Tapi dalam tempoh PKP tu, orang ramai juga semakin sedar pentingnya membeli dan menyimpan emas ketika ekonomi lumpuh.
Simpanan emas adalah aset paling mudah dicairkan pada bila-bila masa saja kita memerlukan duit.
Ini secara tidak langsung meningkatkan jualan emas. Jadi kami di Angsa Emas Jewellery menggunakan masa ini untuk buat post-mortem dan merangka perancangan untuk bergerak lebih lancar.
Edora amat menitik beratkan soal kualiti barangannya
Lady boss sendiri kerap turun padang memantau semua cawangan
Nona: Sebagai pemilik kedai emas, apa pendapat Edora tentang pelaburan emas dan apa nasihat anda kepada pembaca yang mahu membeli emas?
Edora: Emas adalah logam bernilai. Secara tak langsung emas juga adalah mata wang. Bagi saya, konsep menyimpan emas sama dengan konsep menyimpan duit. Mana yang mendatangkan keuntungan terbanyak itulah yang sepatutnya kita perlu simpan.
Ads
Nona: Bagaimana datangnya idea untuk membangunkan bisnes ini?
Edora: Kami adalah pencinta fesyen justeru kami suka menampilkan kelainan dalam perniagaan. Barangan kemas di sini juga ibarat karya fesyen yang tinggi nilainya dan berbaloi dimiliki, selari dengan pelaburan emas yang menjadi matlamat pelanggan.
Edora sendiri rajin melayan pelanggan di kedainya
Koleksi bangle Angsa Emas Jewellery yang kerap sold out
Nona: Dari mana datangnya asal-usul nama Angsa Emas dan apakah cabaran awal sebagai penjual emas?
Edora: Angsa Emas berasal daripada dua entiti yang disatukan menjadi satu cinta. Iaitu huruf E dan A. Asal nama saya dari huruf E dan A. Jadi saya mencari apa yang bermula dengan huruf ini dan akhirnya saya teringat dengan cerita dongeng angsa bertelur emas (The Golden Goose).
Cabaran pada awal-awal berniaga dulu semestinya dari segi memperkenalkan dan meyakinkan pelanggan tentang produk emas di Angsa Emas Jewellery. Bukan mudah mahu mengukuhkan jenama di pasaran termasuklah membuat branding dan kami bukan sekadar menjual barang. Ia memerlukan fokus bekerja yang sangat teliti.
Nona: Cara Edora ‘mengikat’ hati pelanggan setia?
Edora: Ikat hati dengan design seperti mana tagline kami iaitu ‘seal the love’.
Imej tudung bawal sinonim dengan gaya EdoraSopan dan manis berjubah, penampilan usahawan Muslimah ini nyata disenangi ramai
Ads
Nona: Siapa wanita inspirasi Edora? Dan bagaimana cara ibu anda mendidik supaya menjadi seorang yang berjaya sekarang?
Edora: Ibu dan ibu mertua saya. Ibu saya meninggal dunia semasa saya masih belajar lagi. Dan saya ingat semua ilmu kehidupan beliau ajar cara mengenal jati diri. Ibu mertua pula banyak mengajar saya untuk menjadi ibu yang baik dan sentiasa ada untuk anak-anak dan suami.
MINAT DEKORASI
Bagi yang pernah bertandang ke Angsa Emas Jewellery, pasti senang dengan dekorasi kedai yang serba elegan. Edora sebenarnya mempunyai cita rasa yang baik dari segi penataan dekorasi dan susun atur ruang, contohnya kediaman beliau sendiri yang dihias seperti mendapat sentuhan pereka hiasan dalaman.
Mengakhiri temu bual ini, sempat diajukan bagaimana amalannya untuk menjaga keselamatan diri, keluarga dan harta benda. Maklumlah sebagai ‘tauke emas’ dan seorang wanita, Edora tentu perlu sentiasa berjaga-jaga kerana dirinya menjadi perhatian.
“Tiada amalan spesifik yang diamalkan cuma kita kena sentiasa jaga hubungan kita dengan Allah SWT dan hubungan kita sesama manusia. Bagaimana cara kita menjaga hubungan tersebut terserah kepada masing-masing kerana lain orang lain caranya. Tapi bagi saya, yang penting niat itu sama,” akhiri beliau.
Selamat Hari Wanita 2021 buat semua, bersamalah kita sokong-menyokong dan membantu satu sama lain untuk terus maju ke depan. Ayuh wanita, kita bangkit mendepani cabaran!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wah, terkejut bila Hafiz Mahamad buat pengumuman hendak sponsor tiket bas untuk balik raya Aidilfitri nanti. Bukan sebuah bas saja sebaliknya Hafiz berbesar hati taja sampai lima buah bas! Murah rezeki usahawan Ainaa Beauty ini sebab selalu tolong mereka yang dalam kesusahan.
Menguar-uarkan berita gembira tersebut di media sosial, Hafiz yang merupakan suami kepada Pengasas Ainaa Beauty iaitu Nursyafiqah Aina Abdul Wahab ini memang dikenali ramai kerana sikap dermawan dan prihatinnya terhadap golongan memerlukan.
Jelas Hafiz, “Saya nak sponsor ticket 3-5 bas untuk awak balik raya kampung. Saya faham, walaupun dah boleh balik raya, tapi ramai sahabat yang ‘kewangan’ dia tak mengizinkan. Kos minyak dah berapa dan fikir-fikir, sampai kampung nanti tak boleh nak balik tangan kosong.
Duit itu, duit ini. Banyak adik-adik yang tengah study pun. Saya faham situasi awak. Hari ni saya dah lock tiga bas. Kalau ramai, saya akan tambah bas lagi mungkin ke enam bas. Ini semua ‘free’ Ainaa Beauty sponsor awak balik raya. Harap penuh semua bas nanti.”
Ternyata niat murni Hafiz bantu insan yang tak pulang ke kampung halaman kerana kesempitan wang ringgit ini melegakan hati mereka untuk bertemu ibu bapa dan keluarga.
Perkongsian yang dimuat naik sejak semalam itu juga meraih sehingga 60 ribu likes. Rata-rata mereka juga menzahirkan ucapan terima kasih atas pertolongan yang diberikan.
Yang pasti, ini bukanlah kali pertama Hafiz memberi bantuan seumpama itu. Misalnya pda tahun lalu, ketika kerajaan memberi kebenaran rentas negeri selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19, bapa kepada seorang cahaya mata ini turut menghulurkan bantuan dengan menempah sehingga lima bas untuk insan memerlukan pulang ke kampung halaman.
Mengulas lanjut tajaan tiket bas ‘Sahabat Ainaa Balik Raya 2022’ tersebut, Hafiz memberitahu, “Seorang boleh dapat lima tiket. Bas akan bergerak Jumaat ini, 29 April jam 9 malam dari KL akan ke Pantai Timur, Utara.
Apa-apa kalau nak tanya, boleh whatsapp team saya 011-65685200 (Azrie). Nanti team saya akan update di whatsapp. Harap bas ni semua penuh dan kalau boleh lebih lagi. Whatsapp cepat tau, takut ada sahabat yang terlepas nanti.”
Hafiz dan Aina mula menubuhkan perniagaan Ainaa Beauty pada tahun 2017. Sehingga kini, pasangan suami isteri tersebut bukan hanya menyediakan peluang pekerjaan malah aktif memberi sumbangan kepada insan-insan memerlukan.
Semoga empayar Ainaa Beauty terus sukses dan usaha baik Hafiz mahupun Aina mencetus inspirasi kepada lebih ramai usahawan untuk saling membantu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kisah Anzalna menghadiahkan bapanya sebuah kereta mewah memang menyentuh setiap hati yang bergelar ibu bapa mahupun anak. Nyata anak yang mempunyai darah kacukan Cina-Punjabi ini memang seorang anak yang tahu menghargai jasa kedua ibu bapanya.
Namun Anzalna menyangkal pendapat yang mengatakan pasangan, Anzalna dan Hanif ini mampu berjaya dengan mudah kerana memiliki keluarga kaya-raya. “Saya jumpa Hanif ketika dia masih lagi student dan saya baru sahaja bermula dalam industri seni. Kami masing-masing masih muda dan berusia 21 tahun ketika itu.
Walaupun kami sama-sama tak punya apa-apa ketika itu tetapi, kami berdua mengamalkan budaya setiap tahun akan fight untuk sesuatu target. Contohnya tahun tersebut saya mahu membeli rumah. Kami akan sama-sama ‘bertaruh’ siapa yang dulu dapat beli rumah.
And then next year kata lah saya nak beli sebuah jenis kereta, we both will compete. Benda ini bukan selalu, at least dalam setahun we need something big to achieve. Kalau tak dapat it’s okay. Sekurang-kurangnya kami berdua mencuba untuk mendapatkan sesuatu.
Kami berdua merencana kehidupan sekurang-kurangnya mencapai satu target setiap tahun. So bila kami berjaya mencapainya itu akan menjadi big achievement for us. Perubahan kehidupan begini membanggakan kami berdua kerana bermula dari bawah.
Jadi kata-kata seperti, “Ala, you berdua boleh lah sebab anak orang kaya,”. Tidak, sebenarnya sebab kami berdua bekerja keras dan berusaha untuk mencapai apa yang diperoleh sekarang.
Kami berdua ada bisnes sendiri and we don’t depend on our own family. We know our family can support us but for me, lagi bagus dan lagi bangga bila apa yang dikecap kini adalah hasil titik peluh sendiri,” bicara Anzalna yang sedang hamil anak pertama.
Hanif yang setia di sisi Anzalna pula menambah, “Saya sebenarnya bukan lah anak orang kaya sangat, anak orang biasa-biasa saja. Kalau saya anak orang kaya, saya tak perlu bekerja pun.
Memang betul we both start from zero, from nothing. Kerjaya kami tak ada kena mengena dengan famili. Famili kami hanya support, apa yang kami berdua nak, until where we got today.
Dan saya percaya lagi satu yang paling penting, semua orang kena fokus dekat strength atau kekuatan masing-masing. Setiap orang ada kekuatan dan kelebihan masing-masing jadi fokus pada kekuatan itu.
Jangan fokus weakness atau kelemahan, insyallah kejayaan akan menyusuli. Strength saya mungkin saya boleh convince orang and in term of business I senang nak convince orang. Saya ada kelemahan juga tapi saya fokus ke arah kebaikan kepada kekuatan itu,” tutur Hanif Zaki yang bekerja sebagai Pengurus di DRB-Hicom.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Raut wajahnya masih cantik dan susuk tubuh Shilpa Shetty Kundra pun tidak ubah seperti anak dara, maintain langsing! Bergelar isteri kepada Raj Kundra, Shilpa sebenarnya sudah pun mencecah usia 43 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki berumur 6 tahun. Amboi, apalah agaknya rahsia dia sampai boleh sentiasa tampil anggun seperti zaman bujang dulu.
Lepas diselidik dan meneliti gaya hidup Shilpa, rupa-rupanya ibu kepada Viann Raj Kundra ini cukup disiplin soal pemakanan dan rutin senaman. Malah, Shilpa aktres jelita India ini juga telah menerbitkan sebuah buku resipi ‘The Diary of A Domestic Diva’ yang memaparkan 90 jenis resipi sihat. Sudahlah berbakat dalam bidang lakonan, di dapur pun dia lincah beraksi. Ada bermacam-macam jenis sajian dikongsikan Shilpa dalam medium media sosial Youtube, Facebook, Instagram dan Twitter di bawah nama ‘The Shilpa Shetty’.
Jadi, buat wanita yang sedang berusaha menurunkan berat badan dan mahu menjalani gaya hidup sihat, anda patut jadikan Shilpa Shetty sebagai inspirasi dan intai semua medium media sosial tersebut. Sesekali, bolehlah cedok resipi sihatnya sebagai diet harian. Confirm dengan usaha gigih dan komited, anda pun mampu milik tubuh ideal seperti beliau.
Antara sajian yang pernah dihasilkan Shilpa termasuk Mushroom Bruschetta, Vegan Pumpkin Curry & Rice, Nutrition Bar, Chickpea & Sweet Potato Chaat dan sajian pencuci mulut Baked Karanji. Memang menyelerakan dan ternyata sihat untuk dinikmati pada bila-bila masa. Disebabkan permintaan dan sambutan hebat masyarakat tempatan terhadap dunia kulinari Shilpa Shetty, sebuah aplikasi permainan yang mengetengahkan bidang masakan Shilpa iaitu ‘Domestic Diva’ turut dilancarkan Januari lalu. Hebat betul penangan Shilpa Shetty!
Mencungkil lagi rahsia kecantikan beliau, dia juga tekun mempelajari rutin senaman baru dan kardio terutamanya melibatkan senaman yoga. Oh, kini petua kecantikan Shilpa Shetty bukan lagi rahsia. Asalkan anda konsisten bersenam dan menjaga pemakanan, impian memiliki tubuh idaman telah pun berada di dalam genggaman.
Kalau tengok media sosial The Shilpa Shetty, ia umpama medium gaya hidup sihat yang sarat dengan pelbagai rutin senaman, pilihan menu berkhasiat dan sisi hidup Shilpa di samping keluarga tercinta.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa sangka dari sebuah rumah teres usang menjadi kediaman sentuhan moden elegan, jari-jemari emas Ashikin Amran terbukti berhasil mix & match hiasan tanpa bocorkan kocek.