WANI KAYRIE

Memang patut dijadikan inspirasi! Muda-muda lagi Wani Kayrie dah mampu kumpul harta dan pandai cari duit. Malah, dia juga berjaya membuktikan kejayaan sebagai anak seni berjalan seiring dengan pencapaian akademik. Bijak Wani membahagikan masa di antara kerjaya dan pelajaran.

IKLAN

Yang pasti, segala pengorbanannya bersengkang mata dan berkejaran mencari duit serta menyambung pengajian berbaloi apabila salah satu impian Wani berjaya direalisasikan pada tahun baharu 2022.

Meniti usia 22 tahun, Wani atau nama penuhnya Syazwani Syafirah Abdullah diberi rezeki memiliki kereta idaman Mercedes-Benz CLA180. Bukan calang-calang kereta, dianggarkan nilai kereta tersebut mencecah RM192 ribu!

Gigih Kerja Sambil Belajar, WANI KAYRIE Syukur Miliki Kereta Idaman Cecah Hampir RM200 Ribu! Gigih Kerja Sambil Belajar, WANI KAYRIE Syukur Miliki Kereta Idaman Cecah Hampir RM200 Ribu! Gigih Kerja Sambil Belajar, WANI KAYRIE Syukur Miliki Kereta Idaman Cecah Hampir RM200 Ribu! Gigih Kerja Sambil Belajar, WANI KAYRIE Syukur Miliki Kereta Idaman Cecah Hampir RM200 Ribu! Gigih Kerja Sambil Belajar, WANI KAYRIE Syukur Miliki Kereta Idaman Cecah Hampir RM200 Ribu! Gigih Kerja Sambil Belajar, WANI KAYRIE Syukur Miliki Kereta Idaman Cecah Hampir RM200 Ribu!

Berkongsi berita gembira itu, Wani mendedahkan kereta berkenaan ialah hadiah buat diri sendiri setelah penat bekerja sejak menceburi bidang seni. “Alhamdulillah terima kasih atas rezeki ini Ya Allah. Lama mengidamkan untuk ada kereta sendiri bagi urusan harian. Hasil titik peluh kerja pagi balik pagi, back to back kerja sampai sakit.

Semoga dengan hadiah ini menjadikan diri ini untuk lebih kuat berusaha mencari rezeki dan memberi ke depannya. Truly, trust the beautiful process of life.

Terima kasih semua yang sentiasa menyokong dan mendoakan. Di sebalik kejayaan Wani, terselitnya doa-doa dari anda semua. Semoga yang baik-baik saja untuk kalian. Thank you mama for the surprise. Much love.”

Gigih Kerja Sambil Belajar, WANI KAYRIE Syukur Miliki Kereta Idaman Cecah Hampir RM200 Ribu! Gigih Kerja Sambil Belajar, WANI KAYRIE Syukur Miliki Kereta Idaman Cecah Hampir RM200 Ribu! Gigih Kerja Sambil Belajar, WANI KAYRIE Syukur Miliki Kereta Idaman Cecah Hampir RM200 Ribu!

IKLAN

Jelas pelantun lagu Aksara Cinta ini lagi, kereta Mercedes-Benz tersebut merupakan kereta baharu pertama yang pernah dimiliki selepas tiga tahun memandu kereta terpakai. Lebih manis, ia dibeli dengan hasil titik peluh sendiri.

Gigih Kerja Sambil Belajar, WANI KAYRIE Syukur Miliki Kereta Idaman Cecah Hampir RM200 Ribu! Gigih Kerja Sambil Belajar, WANI KAYRIE Syukur Miliki Kereta Idaman Cecah Hampir RM200 Ribu! Gigih Kerja Sambil Belajar, WANI KAYRIE Syukur Miliki Kereta Idaman Cecah Hampir RM200 Ribu! Gigih Kerja Sambil Belajar, WANI KAYRIE Syukur Miliki Kereta Idaman Cecah Hampir RM200 Ribu!

IKLAN

Selain bergelar penyanyi, pelakon dan pengacara televisyen, Wani Kayrie juga merupakan pelajar Bachelor in Law and Commerce di Management & Science University (MSU).

Semoga kerja keras dan usaha yang ditunjukkan personaliti ini mampu menjadi pencetus semangat serta inspirasi untuk turut sama mencapai kejayaan.

 

Kredit foto: Instagram Wani Kayrie

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI