Aroma kopi yang semerbak harum, mampu menggoda kita untuk bersarapan dan memulakan hari yang baru dengan penuh bersemangat.
Ads
Kehebatan secawan kopi bergantung kepada banyak faktor. Suhu air, jumlah serbuk kopi, kesegaran bijian kopi dan asas air adalah antara faktor penting dalam menyediakan secawan kopi.
Bersama Duta Kopi dari Starbucks (Malaysia), Cik Ayesha Dahalan, Nona kongsikan 4 tip bagi menghasilkan secawan kopi yang enak, beraroma dan berkualiti, setaraf membelinya sendiri di kedai.
(1) Jumlah Kopi
Resipi untuk menghasilkan secawan kopi adalah 2 sudu makan serbuk kopi (bersamaan 10 gram) dibancuh dengan 6 auns (180 ml) air panas yang juga dikenali dengan nama brewing. Ini merupakan resepi yang ditetapkan.
Air kopi yang beraroma dihasilkan apabila air panas digabungkan dengan serbuk kopi yang dikisar segar. Jika anda berpendapat kopi yang dibancuh terlalu kuat dan pekat, anda boleh mencampurkan sedikit air panas selepas proses brewing, bukan mengubah resepi asal.
(2) Kisaran
Ads
Saiz kisaran serbuk kopi memainkan peranan penting untuk menghasilkan secawan kopi yang berkualiti. Saiz kisaran akan menentukan berapa lama dan berapa banyak air bersentuhan dengan serbuk kopi dan proses brewing berlaku.
Terdapat pelbagai cara untuk brewing secawan kopi. Sama ada penapis kon kertas, coffee press mahupun mesin espresso, setiap satu memerlukan saiz kisaran serbuk kopi yang berbeza.
(3) Air
Ads
Secawan kopi mengandungi 98% air, kerana itulah air yang digunakan untuk membancuh kopi haruslah diambil kira. Elakkan air mineral, air suling atau air bercampur klorin. Anda digalakkan menggunakan air bertapis untuk membancuh secawan kopi.
Suhu air yang sesuai adalah 90 – 96 darjah Celsius. Jika anda menggunakan cerek untuk memasak air, anda boleh mengalihkan cerek beberapa saat dari dapur setelah mendidih.
(4) Kesegaran
Mesti Tahu
Musuh utama serbuk kopi adalah OKSIGEN, CAHAYA, SUHU PANAS dan KELEMBAPAN.
Setelah penutup kedap udara beg kopi dibuka, kopi perlu di simpan dalam bekas kedap udara, tidak lutsinar dan disimpan dalam suhu bilik untuk memastikan kesegaran dan kualiti terjaga.Anda dinasihati untuk hanya mengisar kopi secukupnya untuk kegunaan seminggu.
Kopi akan rasa lebih berorama dan lazat jika dikisar dan dibancuh segar. Rosmah Idayu Abu Samah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Musim perayaan Aidiladha ini, tentu sekali stok daging korban yang diagih-agihkan akan melimpah ruah. Nak dimasak sekaligus tentu tak akan habis. Jadi simpan siap-siap cara penyimpanan ni bagi mengelakkan pembaziran.
(a) Jangan Basuh
Sebelum disimpan, daging tidak perlu dibasuh kerana jika dibasuh guna air paip, kuman boleh masuk dan tinggal dalam pori-pori daging. Basuh daging bila kita mahu masak daging tersebut.
(b) Simpan Dalam Ukuran Kecil
Jika dapat daging yang banyak, jangan simpan 2 – 4 kg daging ketul besar sekaligus. Cara yang betul, potong daging berukuran lebih kecil dan simpan di dalam plastik lebih kurang 1/2 kg atau 1 kg seplastik.
Jika mahu masak, ambil satu plastik atau jumlah kilogram yang hendak dimasak saja. Dengan cara ini, daging dalam peti sejuk beku boleh tahan lebih satu tahun.
(c) Jangan Terus Dibekukan
Sebelum simpan di freezer, simpan daging dalam peti sejuk selama 4-5 jam. Setelah sejuk baru masuk ke dalam freezer.
(d) Cara Menyahbeku
Jika mahu masak daging beku, jangan cairkan ais pada daging beku menggunakan air panas. Cara yang betul adalah meletakkan daging beku di dalam air biasa (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik).
Setelah daging sudah dinyahbeku, buka plastik, basuh daging hingga bersih dan potong lalu siap dimasak.
(e) Tip Tambahan
Jangan guna plastik hitam kerana ia adalah hasil kitar semula iaitu mengandungi cadmium yang merangsang kepada sel kanser. Pakailah plastik putih atau plastik jernih untuk membungkus daging. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap orang mempunyai selera yang berbeza ketika berbuka puasa. Selebrti awet muda, Amy Mastura memilih makanan yang ringkas sebagai hidangan berbuka puasa. Bukan sahaja ringkas, Amy juga gemar makan sesuatu yang masam sebagai pembuka seleranya untuk berbuka puasa.
“Tomyam adalah hidangan berkuah yang makin sedap kalau dipanaskan. Jadi sesuailah kalau saya masak banyak sikit ketika berbuka puasa untuk dimakan lagi ketika bersahur. Masam-masam rasa tomyam tu memang menaikkan selera,” ujarnya yang menjadi kebiasaan masak dalam kuantiti lebih sedikit ketika berbuka kerana lauk yang sama akan dipanaskan untuk dimakan ketika bersahur.
Amy mengakui ada tabiat pelik sikit mengenai masakan. Dia selalunya memilih untuk tidak belajar memasak hidangan yang dia suka makan. Katanya, apabila sudah mengetahui cara memasak, dia tidak akan suka lagi menikmati sesuatu makanan itu.
TOMYAM UDANG
(Resipi: Datuk Chef Wan)
BAHAN-BAHAN:
20 ekor udang
2 helai daun limau purut
2 batang serai
1 sudu makan pes cili thai
1 sudu makan sos ikan
1 biji bawang holand
1 biji limau nipis (ambil jusnya)
2 keping hirisan lengkuas
5 biji cili padi
Sedikit daun ketumbar
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Tumis bawang merah dan bawang putih.
2. Masukkan air hingga menggelegak dan masukkan udang.
3. Masukkan daun limau purut dan serai dan masukkan cili padi yang telah ditumbuk tadi bersama hirisan lengkuas
4. Masukkan pes cili thai dan kacau.
5. Perasakan dengan garam dan gula
6. Kemudian masukkan sos ikan. Kacau seketika dan masukkan air limau nipis. (Seimbangkan rasanya)
7. Akhir sekali sebelum tutup api masukkan sesenduk susu cair. Jangan banyak sangat kerana tidak mahu rasa bersantan. Kemudian masukkan daun ketumbar. Biarkan mendidih.
Sumber: Majalah RASA
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak perlu lagi risau tentang kalori apabila anda menikmati sajian sihat dari Tuna Ayam Brand. Dihasilkan dengan ramuan organik dan bermutu tinggi, produk terbaru ini mengandungi khasiat sayuran dan minyak zaitun dara ekstra organik yang baik untuk keperluan tubuh.
Sebagai pengenalan kepada produk Tuna Flakes in Organic Broth dan Tuna Chunks in Organic Extra Virgin Olive Oil, dua resipi mudah turut disediakan sebagai rujukan anda. Di samping kaya dengan Vitamin K, Omega-3 dan Omega-6, rangkaian produk tuna Ayam Brand turut mendapat pensijilan halal daripada JAKIM.
Dapatkan Ayam Brand Tuna Flakes in Organic Broth dan Tuna Chunks in Organic Extra Virgin Olive Oil di kedai runcit dan pasar raya terpilih dengan harga RM6.60 bagi 150 gram setin.
TUNA KENTANG PEDAS
Bahan-bahan:
1 tin Chunks Tuna in Organic Olive Oil (dengan minyak)
4 biji kentang (dikupas & dipotong kiub)
1 sudu makan serbuk paprika
Garam secukup rasa
Minyak untuk memasak
2 tangkai daun ketumbar (dicencang)
Cara membuat:
Campurkan kentang dengan serbuk paprika. Panaskan minyak 50 ml dalam kuali dan goreng kentang hingga keperangan. Masukkan bawang dan tuna kemudian tumis sekali lagi kentang tadi hingga masak. Perasakan dengan garam secukupnya. Hidangkan bersama hirisan daun ketumbar.
TUNA KICAP MANIS
Bahan-bahan:
1 tin Chunks Tuna in Organic Olive Oil (dengan minyak)
100 ml kicap manis
½ sudu teh garam
1 bawang merah (dihiris)
6 tangkai cili padi (dihiris)
Cara membuat:
Campurkan semua bahan. Kemudian, gaulkan bersama mi atau pasta kegemaran yang telah siap di masak. Akhir sekali, masukkan kicap manis. Sedia untuk dinikmati.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cikgu Samm ada kisah sedih sebelum berjaya, "hari pertama ambil SPM ayah meninggal, kesannya cikgu gagal. Sebut sahaja nama Ho Pooi San, pasti ramai...