Setiap kali melangkah, mata yang memerhati pasti terpukau. Setiap majlis dihadiri hidup kerana auranya. Acap kali penampilan jarang sekali mengecewakan, menjadikan wanita ini antara individu berpengaruh dalam arena fesyen Malaysia. Itulah pesona Marion Caunter!

MARION CAUNTER Teruja Anak Gadisnya Sudah Pandai Bergaya “Saya Mahu Mereka Menjadi Diri Sendiri…”

IKLAN

Teruja dan tertunggu-tunggu setiap kali melihat setiap hantaran di akaun media sosialnya, Marion tidak pernah tampil biasa. Setiap kandungan yang dirakam pasti menjadi tatapan dan bualan mereka yang mengidolakan fesyen mewah dan eksklusif pemilik nama Marion Rose Caunter ini.

IKON FESYEN

Menurut isteri kepada Pengerusi Eksekutif Kumpulan Naza Group SM Nasarudin SM Nasimuddin ini “Saya hidup, makan, tidur dan bernafas dengan fesyen. Dari dahulu, saya memang suka bersiap dan pasti gembira setiap kali berdandan. Bagi saya stail datangnya dari dalam jiwa dan keselesaan menjadi keutamaan saya bila keluar rumah,” ujar Marion.

Ibarat ikon fesyen dambaan masa kini, ramai pemuja pasti beranggapan Marion sudah semestinya memilih serta memiliki persalinan dan busana mewah lagi berjenama di dalam gerobok pakaiannya, namun Marion menepis dakwaan itu.

“Saya seorang yang suka mengulang pakai pakaian dan menyarung tidak kira apa jenama sekalipun selagi pakaian tersebut cantik dan elok dipakai. From street-wear to high-end, saya akan pakai apa saja. Saya bergaya mengikut kesesuaian. Malah untuk pengambaran kali ini pun, saya memakai baju yang pernah saya sarung lama dahulu ketika di Milan. Harapan saya, bila anak-anak dah besar nanti, mereka pula akan menyarung baju ibunya.”

MARION CAUNTER Teruja Anak Gadisnya Sudah Pandai Bergaya “Saya Mahu Mereka Menjadi Diri Sendiri…”

Ibu kepada tiga cahaya mata ini juga teruja anak-anak gadisnya sudah mula mengikut jejak langkahnya dalam berfesyen. “Anak-anak gadis saya, dua-duanya berbeza, walaupun mereka suka pakai sedondon. Jika dulu saya beli dua pasang sekali, tapi sekarang Leia dah pandai memilih. Ada baju yang dia tak suka, dia akan cakap.

MARION CAUNTER Teruja Anak Gadisnya Sudah Pandai Bergaya “Saya Mahu Mereka Menjadi Diri Sendiri…”

Tapi mujurlah Lana, dia akan ikut sahaja apa yang kakak dia pakai. Lambat laun, saya pasti mereka akan lebih pandai bergaya, dan sampai satu tahap nanti, saya harap mereka berdua dapat menyerlahkan keperibadian mereka dan menjadi diri mereka sendiri.”

MARION CAUNTER Teruja Anak Gadisnya Sudah Pandai Bergaya “Saya Mahu Mereka Menjadi Diri Sendiri…”

Bagaimana pula perihal sang suami? Adakah Marion yang memilih apa yang dipakai oleh SM Nasaruddin atau sebaliknya. “Tak, saya tak pernah pilihkan apa yang perlu dipakai, dia sendiri seorang suka berfesyen dan bergaya. He picks his own clothes. And guess what, his closet even bigger than mine,” ujar Marion sambil tertawa.

IKLAN

Marion dari dahulu dilihat cukup handal bergaya namun pastinya dirinya tak terlepas dari tersilap percaturan ketika berfesyen, tambahan pula perlu berhadapan dengan komentar para pemerhati fesyen yang beranggapan Marion ‘too Hollywood’ untuk pentas fesyen tempatan.

MARION CAUNTER Teruja Anak Gadisnya Sudah Pandai Bergaya “Saya Mahu Mereka Menjadi Diri Sendiri…”

“Sudah pasti banyak kesilapan yang saya buat, tetapi saya tidak pernah kesal. Malah saya belajar dari setiap satunya. Zaman sekarang pun sudah berubah. Jika dahulu kita membelek majalah untuk dapatkan inspriasi, sekarang kita boleh jadikan laman sosial seperti Instagram, Tik Tok sebagai rujukan utama.

MARION CAUNTER Teruja Anak Gadisnya Sudah Pandai Bergaya “Saya Mahu Mereka Menjadi Diri Sendiri…”

Dan sebagai seorang public figure, saya bersedia berhadapan dengan komen dan maklumbalas mereka yang melihat. Mereka boleh kritik dan berkata apa saja, asalkan jangan menyentuh keluarga saya, Im okay with it!” tegas Marion.

IKLAN

Ujar Marion lagi, dia sangat gembira dengan industri fesyen tanahair yang dilihat semakin berkembang pesat. “Saya cukup bangga dengan idea luar kotak pereka tempatan yang dilihat semakin kreatif dan berevolusi, dan saya berharap bakat mereka dapat diiktiraf selayaknya, malah dapat dikembang ke peringkat antarabangsa,” ulas Marion.

ANTARA BISNES DAN KELUARGA

Siapa menyangka, sudah lebih 20 tahun Marion menyerikan lanskap seni hiburan dan pengacaraan tempatan. Bermula sebagai seorang wartawan penyiaran, kemudian dilamar menjadi hos dan pengacara pelbagai rancangan lain antaranya One in a Million dan E! News Asia.

Dan kini Marion Caunter menjadi antara wajah-wajah idaman menghiasi kempen barisan jenama dari kecantikan, barang kemas, arloji dan semestinya fesyen, malah sentiasa dijemput memenuhi kerusi di acara-acara fesyen di segenap dunia. Ada perancangan untuk buat kemunculan semula dalam bidang pengacaraan pula? Pasti ramai yang merindukan kamu.

Baca artikel penuh penerima NONA Fashionista Award – Marion Caunter di majalah NONA edisi Januari 2023 yang sudah pun berada di pasaran.

Saksikan video temubual eksklusif NONA bersama Marion Caunter menerusi pautan di bawah:

Konsep: AZNIZA AZIZ | Arahan Seni: KIFFY RAZAK | Teks & Penyelaras: WAN MOHD FIRDAUS | Pakaian: RIZMAN RUZAINI 2022/23 RED COLLECTON | Foto: AZFARINA SULAIMAN | Solekan: SYED FAISAL SYED NOH | Tajaan Lokasi: RITZ CARLTON KL

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI