Pengurus peribadi yang juga bekas kakak ipar kepada Dato’ Sri Siti Nurhaliza iaitu Rozi Abdul Razak atau dikenali dengan gelaran Rozi Sangdewi baru saja meraikan ulangtahun kelahirannya yang ke-48.

Ads
“Insan Yang Saya Sayang” DS SITI NURHALIZA Titip Ucapan Hari Lahir Buat Bekas Kakak Ipar
Rozi bersama 3 anak kesayangannya.
“Insan Yang Saya Sayang” DS SITI NURHALIZA Titip Ucapan Hari Lahir Buat Bekas Kakak Ipar
Genap usia 48 tahun, Selamat Hari Lahir!

Pada 11 Mei 2022, Rozi telah memuat naik posting pertamanya memaklumkan tentang bertambah lagi usianya tahun ini. Rozi meletakkan dua keping gambar dirinya yang manis berbaju kurung bersama tudung rona senada, tetap tidak menampakkan usianya yang dah mencecah lewat 40an.

“Insan Yang Saya Sayang” DS SITI NURHALIZA Titip Ucapan Hari Lahir Buat Bekas Kakak Ipar“Insan Yang Saya Sayang” DS SITI NURHALIZA Titip Ucapan Hari Lahir Buat Bekas Kakak Ipar“Hari ini bertambah angka dalam usia. Syukur di atas kurnia untuk hirupan nafas yang selalu melenyapkan jelaga untuk menerbitkan sebanyaknya cahaya.

Kalian, terima kasih kerana telah mengisi kehidupanku dengan setiap cara, bentuk hadir, asbab dan semuanya.

Di posting seterusnya, Rozi turut berkongsi satu video pendek di mana dia menerima beberapa biji kek dan hadiah daripada sahabat-sahabatnya termasuklah yang ditempah sendiri.

“Satu kek, hadiah daripada sahabat-sahabat dan satu lagi ditempah sendiri untuk meraikan.

Sambutan kecil bersama-sama sahabatku malam tadi, setelah dua tahun merayakan hari lahir sewaktu PKP” tulisnya.

Ads

“Insan Yang Saya Sayang” DS SITI NURHALIZA Titip Ucapan Hari Lahir Buat Bekas Kakak IparRozi juga bersyukur dan berterima kasih kepada anak-anaknya yang dibesarkan dengan cara tersendiri dan sederhana. Sambil mengharapkan agar dia dan anak-anaknya dapat menjalani kehidupan dengan baik.

“Insan Yang Saya Sayang” DS SITI NURHALIZA Titip Ucapan Hari Lahir Buat Bekas Kakak IparMenjengah di akaun Instagram DS Siti Nurhaliza, beliau turut menitipkan kata-kata indah buat Rozi yang sudah dianggap sebagai kakak kandungnya sendiri. Banyak jasa dan pengorbanan Rozi dalam kariernya sejak 25 tahun yang lalu.

“Sannah helwah buat seorang insan yang seperti kakak kandung saya sendiri. Beliau menjaga saya lebih dari waktu menjaga anaknya, mengingati fakta tentang saya seperti perpustakaan bergerak. Insan yang saya sayang dan hormati.”

“Insan Yang Saya Sayang” DS SITI NURHALIZA Titip Ucapan Hari Lahir Buat Bekas Kakak Ipar“Insan Yang Saya Sayang” DS SITI NURHALIZA Titip Ucapan Hari Lahir Buat Bekas Kakak IparPerkongsian Rozi telah meraih tanda suka dan komen daripada para pengikutnya di Instagram. Rata-rata mendoakan kesejahteraannya di samping menitipkan ucapan ulang tahun kelahiran.

Hasil perkahwinan Rozi bersama abang DS Siti Nurhaliza iaitu Saiful Bahri Tarudin atau Ayie, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

“Insan Yang Saya Sayang” DS SITI NURHALIZA Titip Ucapan Hari Lahir Buat Bekas Kakak IparSemoga Rozi terus tabah mengharungi kehidupannya sebagai seorang ibu tunggal dan terus sukses dalam kerjaya serta perniagaan. Seterusnya, dapat membesarkan anak-anak menjadi insan yang berjaya di dunia mahupun akhirat. Tak lupa, kekal awet muda dan sweet selalu!

Kredit Foto: Instagram Rozi Abdul Razak

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI