Di kebanyakan tempat, wanita yang memiliki kening bercantum atau unibrow sering ‘memisahkan’ kening mereka agar dilihat normal. Tapi berbeza bagi model dari Cyprus, Sophia Hadjipanteli, dia cukup berbangga dengan keunikan itu malah kening menjadi tarikan utama yang membuka laluan rezekinya.
Berusia 24 tahun, Sophia Hadjipanteli merupakan seorang penuntut jurusan Pemasaran di Universiti Maryland di Amerika Syarikat. Selain melanjutkan pengajian, gadis bijak ini berpindah ke sana bagi mengembangkan karier modelling yang menjadi minat utama.
“Saya lahir dalam keluarga yang mempunyai kening tebal dan berbangga dengan kecantikan warisan ini.” – Sophia Hadjipanteli
Bahagian mata menjadi identiti Sophia Hadjipanteli
Gadis jelita yang berambut kuning keemasan itu juga turut menghitamkan bulu keningnya agar ia kelihatan lebih menonjol.
“Mungkin rupa paras saya tak menepati cita rasa semua. Mungkin ia berbeza tapi itu bukanlah masalahnya. Saya suka dengan wajah saya sekarang. Kening bercantum adalah diri saya dan saya mahu mengekalkannya.
Apabila kita suka menilai penampilan orang lain semata-mata ia berbeza dengan diri kita, itu bukanlah sesuatu yang sihat,” ujar Sophia yang aktif memperjuangkan keunikan dirinya sebagai satu identiti.
Jadi berbanggalah dengan kening semula jadi kita. Biarlah ia tebal atau jarang atau pendek sekali pun, tak perlu malu memilikinya!
2 Julai lalu genap 42 tahun usia penyanyi cantik, Intan Sarafina. Walau sudah menginjak usia 40an namun raut wajah dan penampilan pelantun lagu Kembali ini seakan tidak berubah. Tetap cantik dan jelita macam dulu. Awet muda!
Intan atau nama sebenarnya Ungku Intan Sarafina Ungku Yahya menerusi media sosial miliknya baru-baru ini berkongsi foto terbaharu di samping suami iaitu Iskandar Ezzahuddin.
Dalam posting berkenaan, Iskandar meraikan ulang tahun kelahiran isteri tercinta di Skillet, Kuala Lumpur.
Dia yang mengenakan persalinan dress biru bercorak hitam tampil anggun mempersona. Begitu juga suami yang segak dengan gaya kasual.
Kongsi Intan, “Here’s to embracing the strength, joy and love that life brings at 42! Alhamdulillah. Thank you for the scrumptious dinner treat last night B.”
Sekitar Januari lalu, Intan memuat naik gambar mereka sekeluarga di Finland. Difahamkan Intan menetap di sana ketika suaminya dihantar bertugas di negara berkenaan.
Walau berada di negara asing namun minat bekas pramugari ini terhadap gaya hidup sihat dan menyertai marathon tetap membara. Ini terbukti apabila Intan pada Mei lepas melibatkan diri dalam Helsinki City Running Day (HCRD) 2023.
Kredit Instagram @
“As I reflect on my experience, I carry with me a profound sense of gratitude and fulfillment. The HCRD 2023 Half Marathon will forever hold a special place in my heart—a testament to my growth as a runner and my unwavering commitment to pursuing my dreams.
It serves as a reminder that with determination, perseverance, and an open heart, any challenge can be transformed into a remarkable adventure.”
Diaju mengenai rutin kecantikan, Intan dalam temu bual bersama Nona tidak lama dulu mendedahkan petua. “Intan tak ada amalkan petua tradisi pun. Tapi mungkin Intan rasa dengan work out, amalkan minum air secukupnya dan good skin care will help untuk menjadikan kulit lebih cantik dan tegang.”
Penyanyi ini mendirikan rumah tangga dengan Iskandar Ezzahuddin pada Oktober 2008. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang anak lelaki iaitu Megat Evan Raez, Megat Ifrafel Raez dan Megat Noah Raez.
Pernah tak anda rasa seperti hendak keluar rumah tanpa secalit make up pun? Maklumlah apabila sudah biasa tampil berseri dengan make up setiap hari, diri seakan kurang yakin dengan penampilan wajah yang polos.
Jika sesekali munculnya perasaan malas atau tiada mood untuk bersolek itu sebenarnya isyarat agar anda membiarkan seketika untuk kulit bernafas tanpa sebarang halangan. Bebas solekan sebenarnya memberi banyak kebaikan terhadap kulit. Jom semak 7 perubahan yang akan berlaku.
KULIT BEBAS BERNAFAS
Memakai make up yang tebal setiap hari tidak ubah seperti memasukkan bahan kimia yang boleh menyebabkan pori-pori wajah tersumbat. Seterusnya kulit akan mudah berjerawat. Setiap kali anda tidak menggunakan make up ini bermakna anda membiarkan kulit wajah bernafas lega. Kulit menjadi lebih bersih daripada jerawat.
PORI-PORI SEMAKIN SAMAR
Salah satu tabiat buruk ialah tidak membersihkan make up dengan sempurna atau malas hendak mencucinya sebelum tidur. Seharian kulit wajah anda terdedah dengan segala jenis kotoran sehingga mengakibatkan pori-pori semakin membesar. Atasinya dengan merehatkan seketika wajah anda daripada make up. Bukan saja pori-pori kembali mengecil bahkan kian samar. Kedutan juga kian berkurangan.
KULIT KELIHATAN LEBIH SIHAT DAN BERSIH
Ada yang berusaha untuk menutup jerawat dengan solekan tebal. Tindakan ini sebenarnya semakin menggalakkan kemunculan jerawat di wajah. Menghentikan penggunaan bedak asas semala seminggu dapat membantu membersihkan jerawat dan ruam pada wajah. Kulit lebih bersih dan terhindar daripada kuman.
MENGELAKKAN JANGKITAN MATA
Penggunaan eyeliner dan maskara dapat menyebabkan jangkitan pada mata. Tahukah anda, dalam bekas maskara sebenarnya tersimpan kuman dan bakteria yang boleh menyebabkan iritasi dan jangkitan mata seperti konjungtiviti. Ia kian parah jika anda saling berkongsi dengan orang lain.
TERHINDAR DARIPADA KEKERINGAN KULIT
Kandungan bahan kimia juga boleh menyebabkan kulit wajah semkain kering dan kusam. Ini kerana bahan kimia boleh melambatkan proses regenerasi sel kulit baru yang sepatutnya menggantikan sel kulit mati. Membiarkan wajah tanpa make up menjadikan proses ini lebih maksimum.
MENGURANGKAN ALERGI
Kebanyakan bahan solekan mengandungi bahan kimia berbahaya seperti paraben, sulfat dan logam. Bahan-bahan ini mudah menyebabkan reaksi alergi. Maka, gunakan make up mengikut keperluan dan pastikan anda menyemak tarikh luputnya sebelum membeli. Bagi mengelakkan daripada alergi, kurangkan penggunaan makeup secara bertahap.
TERSERLAH KECANTIKAN ASLI
Walaupun pada awalnya anda kelihatan pucat dan kurang percaya diri tetapi anda sebenarnya menunjukkan kecantikan asli anugerah Allah SWT. Setiap manusia itu diciptakan dengan kecantikan yang tersendiri sekaligus menampakkan anda lebih muda. Tenang saja, lama kelamaan anda akan terbiasa dan semakin percaya diri untuk keluar tanpa make up.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Auranya cukup memukau. Setiap gerak tari Farah Ann Abdul Hadi di gelanggang gimnastik bukan hanya menggetarkan jiwa atlet yang bertanding bahkan membuatkan penonton bersorak gembira dengan aksinya yang mempesona.
Pada temasya Sukan SEA di Filipina dua tahun lalu, gimnas ini berjaya meraih pingat emas kelimanya dalam sukan dwitahunan tersebut. Kejayaan itu sekaligus melonjakkan kembali namanya hingga menjadi bualan dan kebanggaan negara sehingga sekarang. Kagum!
Difahamkan, Farah Ann sudah pun melayakkan diri beraksi pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan pernah memenangi dua emas pada edisi 2017 di Kuala Lumpur dalam acara berpasukan dan saingan senaman lantai.
Rentetan situasi pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, Farah Ann terpaksa akur menyambut raya di Majlis Sukan Negara. Anggun menyarung baju kurung rona biru, atlet ini sempat berkongsi perkembangan terkini di sana.
“Finally dapat pakai my Baju Raya, although in Majlis Sukan Negara, at least dapat pakai jugak with my team. Kita semua quarantine based training, for Olympics. Maksudnya full lockdown. Tak boleh keluar masuk langsung and have done multiple swab test untuk pastikan we selamat.”
Farah Ann baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-27 pada 3 Mei lalu di samping keluarga dan rakan-rakan tersayang termasuk famili gimnas negara.
Mengimbas kembali pembabitan awal Farah Ann dalam arena sukan ini, dia yang kini berusia 27 tahun berkata sejak kecil ibu dan bapanya sudah mendedahkan mereka dua beradik dengan sukan gimnastik. Tambah anak kepada pasangan Abdul Hadi Ahmad dan Kimberly Ann Gagnon ini lagi, galakan untuk menceburi bidang berkenaan adalah disebabkan ibu bapanya turut datang dari latar belakang yang sama. Selain menyimpan hasrat menjadikan anak-anak sebagai atlet negara.
“Disebabkan saya bersikap hiperaktif dan suka bermain monkey bar di taman permainan, ibu bapa saya memilih sukan gimnastik untuk kami ceburi. Justeru, seawal usia tiga tahun, saya sudah mula dihantar mengikuti kelas gimnastik bersama kakak saya, Katrina Ann yang pada masa itu berusia lima tahun. Katrina pula kini merupakan atlet renang berirama negara.
Memasuki umur enam tahun, saya sudah mula menyertai pertandingan di peringkat negeri Selangor. Manakala ketika menginjak umur tujuh tahun pula, saya berjaya mewakili
Selangor untuk bersaing di peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM).
Melihat potensi saya untuk pergi jauh dalam arena sukan gimnastik, saya ditawarkan untuk menyambung pelajaran di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Nyata penglibatan saya dalam sukan gimnastik mula serius setelah menghadiri latihan sebanyak enam kali seminggu di sekolah tersebut,” ujar gadis kelahiran Subang Jaya ini.
Tatkala ditanya mengapa dia memilih cabang sukan ini, Farah Ann ada jawapan tersendiri. “Saya sifatkan sukan gimnastik sebagai sukan luar biasa. Gimnastik membantu individu menjadi lebih kuat dan fleksibel. Malah, saya berpendapat, sukan gimnastik menjadikan saya lebih kreatif untuk merancang aksi dan skil yang ingin ditonjolkan kepada umum.”
Terbuka berkongsi sisi peribadi kepada umum, tanpa berselindung Farah Ann mendedahkan sikapnya yang tidak diketahui ramai. “Saya pun sama macam orang lain. Sebenarnya
saya seorang yang pemalu dan clumsy.”
Menjadikan Dato’ Nicol David dan Pandalela Rinong sebagai idola, Farah Ann bercita-cita melibatkan diri dalam bidang media jika tidak lagi berada dalam bidang ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!