PUAN SRI NORMALA, NAD ZAINAL, MILA JIRIN

Pastinya seluruh rakyat Malaysia bimbang dan terkejut melihat angka kes jangkitan Covid-19 tertinggi pernah dicatatkan hari ini. Daripada lebih 6 ribu dua hari kebelakangan ini, laporan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan jumlah positif Covid-19 hari ini mencecah sehingga 7,289 kes!

IKLAN

Ia sekaligus mencatatkan jumlah keseluruhan kes sehingga 25 Mei 2021 sudah melepasi angka separuh juta. Malah negeri Selangor masih menjadi negeri tertinggi positif Covid-19 dengan 2,642 kes diikuti Johor 664 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 604 kes.

Terkesan dan amat risau dengan situasi pandemik yang semakin meningkat, personaliti televisyen Puan Sri Normala Samsudin tampil memberi reaksi. “Lock down please I vote. Takkan nak tunggu kematian 10 ribu baru nak fikir lock down.

Kalau tak da duit nak bagi makan rakyat, kita boleh kumpul kutip sikit-sikit bagi makan orang ramai. Macam kita buat untuk Palestine! Come On Malaysian, Come On, Come On. Allahu sakitnya dada dengan kematian everywhere. Tak terpandang kerja frontliners semua.”

Turut memberi reaksi terhadap kes jangkitan hari ini ialah aktres popular, Nad Zainal. Dia yang selamat melahirkan cahaya mata kedua pada hujung Mac lalu turut memuat naik posting Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengenai keadaan terburuk yang bakal dihadapi rakyat jika kes harian masih bertambah.

Ujar Nad, “Kalau tak kerja tak ada pendapatan, kalau keluar cari nafkah buka ruang pada Covid menerjah badan. Dilema 2021. Tawakal dan usaha.”

IKLAN

Tambahnya lagi, sebagai langkah pencegahan dia turut sudah mendaftarkan bapa tersayang untuk pengambilan vaksin. “Saya dah daftarkan bapa saya untuk AZ (Astra Zeneca). Anda bila lagi? Berikhtiar lebih baik dari menyebar berita tak sahih.”

Penyanyi dan usahawan Bizmilla, Mila Jirin pula yang perniagaannya terjejas teruk sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 dahulu ibarat hilang kata apabila melihat peningkatan kes jangkitan Covid-19 saban hari.

IKLAN

Dalam media sosial miliknya, kongsi Mila, “Makin diperketat, makin naik. Risaunya #selflockdown.”

Kebimbangan ini sudah tentu memberi kesan kepada sebilangan besar anak seni kerana kerjaya mereka yang melibatkan ramai orang. Bahkan sudah ramai di antara selebriti tanah air dijangkiti wabak maut ini antaranya Nabila Huda, Puteri Sarah, Tiz Zaqyah, Nora Danish, Aliff Satar dan ramai lagi.

Moga Covid-19 segera lenyap dan rakyat dapat kembali menikmati kehidupan seperti sedia kala. Sama-sama perangi Covid-19. Lindung Diri, Lindung Semua!