Mata adalah jendela hati. Dengan memiliki mata yang sihat, kita mampu melakukan apa saja aktiviti. Namun ada masanya juga mata bermasalah disebabkan kurang perhatian dalam penjagaan kesihatan mata. Bekerja seharian di depan komputer atau sering terdedah dengan habuk pun menjadi punca masalah serius pada mata. Apalagi kalau kurang rehat di malam hari, mata pun akan semakin lesu dan berisiko dijangkiti penyakit.
3 bahan ini dapat membantu anda untuk merawat mata agar kekal segar dan sihat.
PUTIH TELUR
Ads
Bagi masalah mata lesu, cuba sapu putih telur di kulit sekitar kelopak mata lalu urut lembut selama beberapa minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Urutan dengan putih telur terbukti berkesan untuk menjadikan mata kembali bermaya sekaligus menegangkan kulit di sekitar kelopak mata.
TEH CHAMOMILE
Ads
Sangat efektif untuk mengatasi masalah lingkaran hitam di bawah mata. Lingkaran hitam yang terdapat di sekitar mata selalunya disebabkan oleh kurang rehat. Oleh itu, selain amalkan cara ini anda juga dinasihatkan untuk banyak berehat dan amalkan gaya hidup sihat.
Parut kentang lalu masukan ke dalam sehelai kain nipis. Gunakannya sebagai tuam di sekitar kelopak mata. Ia membantu menyembuhkan mata bengkak mahu pun mata yang kepenatan. Selain itu, parutan kentang juga mampu mengatasi masalah mata yang pedih dan kemerahan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sentiasa setia di sisi suami, kehadiran isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul bin Tengku Abdul Aziz ini menawan perhatian. Kelembutan wajah YM Raja Datin Sri Johanna Adrina Raja Arshad cukup memukau. Terserlah muda remaja, tak sangka wanita berumur 43 tahun itu rupanya ibu kepada 4 orang anak!
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) hebat berusia 46 tahun ini mendirikan rumah tangga dengan Raja Datin Sri Johanna, seorang kerabat diraja Selangor-Negeri Sembilan. Mereka dikurniakan empat orang cahaya mata bernama Tengku Zahra Jasmina, Tengku Zahira Eusnie, Tengku Zaeem Khalif dan Tengku Zayn Aqeel.
Ketika musim kempen pilihan raya yang lalu, calon Barisan Nasional di Kuala Selangor ini dilihat sentiasa ditemani isteri tercinta. Tersentuh membaca kata-kata Tengku Zafrul untuk isterinya.
“Walau sibuk macam manapun, mesti cari masa untuk dating. Barulah rumah tangga kekal bahagia. Terima kasih, Dina, kerana selalu di sisi saya. Dialah penyokong saya yang paling bersemangat.
Terima kasih kerana menjadi isteri dan ibu yang hebat.”
SEINDAH NAMANYA
Raja Datin Sri Johanna merupakan anakanda sulung Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Sir Tun Uda Alhaj, seorang ahli perniagaan terkemuka yang juga Pengerusi Maxis Communication serta bekas penuntut Harvard Business School.
Meskipun berasal daripada keturunan diraja Selangor dan dilimpahi kemewahan, tapi Raja Datin Sri Johanna amat menyenangi gaya hidup ringkas serta semula jadi. Inilah yang mendorong wanita tersebut menyertai usaha adiknya, Raja Jesrina Arshad dalam mempromosikan jenama gaya hidup kesihatan dan kesejahteraan hidup, Purely B.
Minat Raja Datin Sri Johanna terhadap remedi perubatan berasaskan herba, nutrisi dan bunga-bungaan menjadi asas penjagaan kecantikan serta kesihatan mereka sekeluarga.
Tidak hairanlah kenapa Tengku Zafrul sendiri sangat aktif bersukan. Sejak muda lagi mereka mengamalkan kehidupan sihat meliputi gaya hidup dan pemakanan seimbang, berkat minat wanita tersebut yang mencintai alam semula jadi.
Paling menarik, Raja Datin Sri Johanna pernah melahirkan dua orang anak secara gentle birthing dengan bantuan obstetrician terlatih.
Gentle birth bermaksud teknik bersalin yang mudah, tenang dan selamat serta mengurangkan rasa sakit sebelum, semasa dan selepas proses melahirkan.
********************
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)
********************
BERTAULIAH
Sebelum ini, Raja Datin Sri Johanna pernah menimba pengalaman kerja dalam industri Sumber Manusia. Beliau kemudian menyertai seminar Anthony Robbins, yang menjadi permulaan minatnya dalam ilmu naturopati.
Kini Raja Datin Sri Johanna mempunyai kelulusan Bachelor of Health Science (Naturopathy) dari University of New England (Australia) dan Advanced Diplomas in Naturapathy, Western Herbal Medicine, Nutrition, and Homeopathy dari Australasian College of Natural Therapies di Sydney.
Biarpun sebelum ini Tengku Zafrul sibuk dengan kerjaya di sektor perbankan dan kini menggalas tanggungjawab terbesar negara sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), pasangan hebat ini masih gemar menghabiskan masa lapang mereka dengan keluarga dan anak-anak.
Mereka sama-sama mempunyai pandangan hidup yang menyeronokkan. Tengku Zafrul umpamanya sangat suka menikmati nasi lemak, minat menyanyi dan meminati siri popular, Game of Thrones.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kejelitaan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin sememangnya dikagumi ramai. Bahkan sejak bergelar Penyampai Berita lagi, keanggunan baginda telah menarik perhatian penonton. Terbaharu, penampilan Tengku Permaisuri Norashikin yang manis mengenakan hijab ketika berangkat ke majlis rasmi dalam bulan Ramadan sekali lagi mencuri tumpuan rakyat jelata.
Misalnya, pada 17 April lepas baginda bersama DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil. Majlis berkenaan diadakan sempena Hari Hol Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang berlangsung di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.
Pada majlis itu, Tengku Permaisuri Selangor tampil anggun dalam persalinan jubah biru dan hitam, sedondon dengan DYMM Sultan Selangor. Lebih memikat, baginda turut mengenakan tudung bawal polis rona hitam. Dengan gaya sederhana dan tanpa solekan di wajah, jelas terserlah kecantikan Tengku Permaisuri Norashikin.
Turut berangkat ke majlis tersebut, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.
DYMM Sultan Selangor, Tengku Permaisuri Selangir dan Tengku Amir Shah turut berkenan berbuka puasa bersama para jemputan yang terdiri daripada Orang Besar Istana, Ahli Dewan Diraja Selangor, Orang Besar Daerah serta kerabat diraja Selangor, seterusnya menunaikan Solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah.
Sementara itu, pada 16 April lepas pula, DYMM Sultan Selangor yang diiringi DYMM Tengku Permaisuri Norashikin dan DYTM Raja Muda Selangor turut berkenan berangkat menerima zakat perniagaan daripada Lembaga Tabung Haji (LTH) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) berjumlah RM37.44 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam.
Pada majlis berkenaan, Tengku Permaisuri Selangor menyarung jubah bercorak abstrak warna biru lembut yang dipadankan bersama tudung bawal polos kelabu.
Kredit: Facebook Selangor Royal Office
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Makin cantik berseri-seri wajah Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah. Pesona dan aura puteri diraja Pahang ini ketika hadir pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-17 Seri Paduka Baginda Sultan Ibrahim nyata mencuri perhatian khalayak.
Penampilan Tengku Puteri Afzan dalam persalinan kurung hitam yang lengkap berhijab rona sedondon menyerlahkan lagi seri wajah anakanda Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Ditambah pula solekan cantik oleh makeup artist popular, Rozlan Nassir yang natural sekaligus menyerlahkan kejelitaan semula jadi jelitawan ini. Apatah lagi puteri diraja Pahang berkenaan memiliki kulit wajah mulus dan licin.
Sejak Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 20 Julai lalu, momen dan gambar Tengku Puteri Afzan bertebaran di media sosial. Rata-rata warga maya memuji keanggunan beliau.
Bakal menginjak usia 24 tahun pada 11 September depan, beliau merupakan pasangan kembar kepada YAM Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Kedua-duanya disifatkan anak yang taat kepada ibu bapa. Selain dikurniakan raut wajah cantik dan kacak serta berpendidikan tinggi.
Puteri berusia 24 tahun ini ialah graduan Ijazah Sarjana Muda Sains University of London di Egham, Surrey, United Kingdom.
Baru-baru ini tular desas-desus mengatakan puteri berkenaan bakal melangsungkan perkahwinan dengan seorang jejaka dikenali sebagai Fd Idzham.