Kadang-kadang terfikir bagaimana agaknya kehidupan mereka yang bergelar anak jutawan. Namun, melihat mewahnya hidup anak billionaire dari Rusia ini sudah memberi gambaran bagaimana kehidupan mereka.

Ads

Kita mesti membayangkan seronok kalau dapat jadi anak jutawan bukan? Apa saja keinginan mesti dapat. Kereta mewah, rumah mewah, beg mewah dan macam-macam lagi. Apa-apa pun, kita harus sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Baru hidup sentiasa bahagia.

Mewahnya Hidup Anak Billionaire, Umur 10 Pakai Jam Rolex & Bercuti Naik Jet Peribadi
Foto: Instagram @ira_chigirinskaya
Mewahnya Hidup Anak Billionaire, Umur 10 Pakai Jam Rolex & Bercuti Naik Jet Peribadi
Foto: Instagram @ira_chigirinskaya

Irina Chigirinskaya merupakan anak perempuan billionaire pembinaan Alexander Chigirinsky, dilaporkan sudah biasa hidup dalam kemewahan sejak dari kecil dan pernah mendapat hadiah jam tangan Rolex ketika baru berusia 10 tahun.

Bagi Irina, hadiah jam tangan yang mahal dan terbang menggunakan jet peribadi merupakan perkara biasa baginya. Mewahnya hidup anak billionaire ini.

Irina juga pernah menjadi liputan berita apabila berkahwin pada usia 18 tahun tiga tahun lalu. Majlis perkahwinannya mendapat liputan media kerana merupakan majlis perkahwinan termahal di dunia.

Mewahnya Hidup Anak Billionaire, Umur 10 Pakai Jam Rolex & Bercuti Naik Jet Peribadi

Bayangkan sebuah majlis perkahwinan yang mencecah jutaan ringgit dengan wedding dress saja bernilai RM800 ribu pasti menjadi buah mulut.

Jumlah keseluruhan perkahwinan dianggarkan sekitar $1.6 juta, iaitu lebih daripada RM6 juta. Wedding dress Irina direka khas oleh pereka Zuhair Murad, yang bernilai $219,000, lebih RM800 ribu! Wow! mewahnya.

Ads
Mewahnya Hidup Anak Billionaire, Umur 10 Pakai Jam Rolex & Bercuti Naik Jet Peribadi
Foto: Instagram @ira_chigirinskaya
Mewahnya Hidup Anak Billionaire, Umur 10 Pakai Jam Rolex & Bercuti Naik Jet Peribadi
Foto: Instagram @ira_chigirinskaya

Ramai yang memuji keberuntungan gadis ini dapat menikmati sebuah majlis yang sangat dicemburui oleh gadis lain yang sebaya dengannya.

Namun, itu adalah anggapan orang luar yang hanya melihat keindahan hidupnya. Khabarnya, Irina Chigirinskaya, gadis muda yang berkahwin ketika berusia 18 tahun itu berkahwin semata-mata untuk memenuhi keinginan ibu bapanya.

Setelah enam bulan melayari bahtera perkahwinan khabarnya hubungan anak billionaire Rusia ini sudah retak menanti belah. Irina Chigirinskaya sudah memfailkan perceraian bersama suami yang tidak dicintainya, Moris Mirelli.

Ads
Mewahnya Hidup Anak Billionaire, Umur 10 Pakai Jam Rolex & Bercuti Naik Jet Peribadi
Foto: Instagram @ira_chigirinskaya

Mengimbau perkahwinan gemilang pasangan ini yang diadakan di sebuah kelab golf, Agalarov Golf And Country Club milik seorang teman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Perkahwinan tersebut juga mendapat liputan pelbagai media antarabangsa dan 1,500 tetamu dijemput untuk memeriahkan majlis yang bukan calang-calang hebatnya bahkan terlalu mewah.

Kalau tengok dekorasinya, memang perkahwinan tersebut menjadi idaman setiap wanita di atas muka bumi ni! Mana tidaknya, kek perkahwinan enam tingkat dihias dengan bunga segar, baju perkahwinan yang direka khas dan tetamu yang hadir juga dihiburkan oleh persembahan artis-artis Rusia yang terkenal. Macam konsert pun ada tau.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ira_chigirinskaya

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI