Ads

Musim TRUFFLE Di Nobu Kuala Lumpur. Pengalaman GASTRONOMI Yang Memukau Deria Rasa

Truffle mungkin kedengaran asing bagi kebanyakan orang Malaysia, mungkin hanya kelompok tertentu sahaja yang tahu dan menjadikan makanan ini sebagai satu bahan masakan yang wajib dinikmati. Tidak hairan kalau ia bukan menjadi makanan wajib kerana harganya yang tinggi, khabarnya ada Truffle dijual  pada $61,000 bagi Truffle seberat 1.8kg.

Musim TRUFFLE Di Nobu Kuala Lumpur. Pengalaman GASTRONOMI Yang Memukau Deria Rasa

Ads

Mungkin untuk membeli Truffle berada diluar jangkauan kita, namun anda boleh menikmati hidangan istimewa yang menjadikan Truffle sebagai bintang dalam masakan di Nobu Kuala Lumpur sepanjang bulan September. Menyuntik kepakaran Nobu dalam menghasilkan hidangan Japanese-Peruvian, para tetamu yang hadir akan merasai pengalaman gabungan Truffle yang digabung bersama komponen masakan lain yang akan mengangkat pengembaraan deria rasa anda. Setiap satu hidangan ini disediakan oleh Cef Eksekutif Philip Leong bersama pasukannya di restoran Nobu.

Ads

Musim TRUFFLE Di Nobu Kuala Lumpur. Pengalaman GASTRONOMI Yang Memukau Deria Rasa

Ads

Terdapat dua jenis pilihan Truffle dari eropah yang akan digunakan ke dalam masakan iaitu The Summer Black Truffle dari daerah Alba, Itali dan The Prigold Truffle dari Perancis.Kedua-dua jenis Truffle ini memiliki rasa yang berbeza. Skala harga setiap hidangan bermula dari serendah RM65 sehingga RM335. Mungkin anda patut cuba pengalaman gastronomi ini bersama insan tersayang.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Dato' Seri Azmin Ali Timang Cucu Kelapan

Timang Cucu Lelaki, Dato’ Seri Azmin Ali Syukur Kelahiran Cucu Ke-8...

Bertambah lagi ahli keluarga Dato’ Seri Azmin Ali! 7 Julai lalu pastinya menjadi detik bahagia buat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang ini apabila menerima kehadiran seorang lagi cucu. Ini selepas anak perempuan Dato’ Seri Azmin iaitu Farah Amira selamat melahirkan cahaya mata sulung.