Bila sebut sahaja nama Shalin Zulkifli secara automatik pasti terbayangkan kehebatan wanita ini beraksi dalam acara sukan tenpin boling. Gelaran juara demi juara yang diraih oleh wanita ini benar-benar menyuntik inspirasi lebih-lebih lagi kepada atlet wanita negara.
Digelar Ratu Tenpin Boling memang selayaknya lantaran wanita yang dilahirkan di Kota London ini pernah menjuarai Kejohanan Dunia 2003 di Malaysia, 2007 di Mexico dan 2017 di Las Vegas, Amerika Syarikat.
Jasa dan bakti wanita yang kini berusia 42 tahun ini mengharumkan nama negara bukan calang-calang. Shalin banyak menghabiskan masa remaja di gelanggang boling bagi memastikan prestasinya kekal berada di tahap terbaik dan mula bermain boling sejak usianya 9 tahun lagi.
Pemegang Ijazah Sains Sukan ini juga telah dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan sebanyak lima kali iaitu di tahun 1994, 1996, 1997, 2001 dan 2002. Bukan itu sahaja malah Shalin mempunyai kerjaya cemerlang dengan mengumpul 74 pingat di peringkat senior.
Walau bagaimanapun baru-baru ini Ratu Tenpin Boling ini telah membuat keputusan untuk mengundurkan diri daripada mewakili Malaysia secara rasmi. Setiausaha Agung Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) Maradona Chok mengesahkan perkara ini seperti yang dilaporkan oleah BERNAMA.
Semoga Shalin terus cemerlang dalam kerjaya yang bakal diceburinya selepas persaraan ini dan membantu anak bangsa untuk terus gah di gelanggang tenpin boling negara.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sangka, kehadirannya ke Kuala Lumpur baru-baru ini menemani suami tersayang, Marcell Siahaan ke sidang media sempena konsert Marcell Dua Dekade membuka ruang untuk dirinya bersama-sama sekumpulan penggemar senaman Pound Fit di Malaysia!
Menjengah laman Instagram miliknya, model dan aktress berusia 42 tahun itu sering berkongsi foto dan video tatkala melakukan aktiviti senaman fizikal. Salah satu senaman yang sering dilakukan adalah Pound fit, latihan kardio yang meniru gerakan mengetuk dram menggunakan dua stik.
Rima atau nama sebenarnya Rima Melati Sheila Adams merupakan seorang instruktur Yoga bertauliah dan juga instruktur senaman Poundfit dari Amerika Syarikat dan turut memainkan peranan sebagai Poundfit Tour Crew dari Indonesia.
Baru-baru ini, peminat senaman Pound Fit Malaysia berkongsi sesi senaman bersama Rima Melati di Cyberjaya diketuai oleh Pengasasnya, Nurul Hanisah Norizan atau Hanis dari Pound with Hanis. Rima Melati diundang untuk memeriahkan sesi senaman tersebut.
Turut menemani Rima ke acara berkenaan ialah penyanyi Marcell yang memberi sokongan padu terhadap acara kegemaran isteri tersayang.
Isteri penyanyi Marcell Siahaan itu bukan hanya penggemar senaman tersebut, tetapi turut mempunyai sijil sebagai jurulatih senaman Pound fit profesional. Rima pernah berkongsi perkara tersebut di laman Instagram miliknya di mana dia mengikuti latihan Pound Pro pada 2017 di bawah seliaan Kirsten Potenza, di Amerika Syarikat.
Rima mula melibatkan diri secara aktif dalam senaman Pound sekitar tahun 2019 yang lalu. Bagi finalis Miss Universe Singapura 2001 itu, Pound fit bukan hanya membuat tubuhnya lebih sihat, tapi juga membuat dia berjaya menurunkan berat badannya.
“Selepas tiga tahun melibatkan diri dengan Pound, saya rasa lebih sihat dan berjaya mengurangkan 12 kg berat badan. Ini adalah satu perkara yang sudah menjadi sebahagian rutin harian saya dan saya gembira dapat berkongsi senaman ini dengan orang lain,” katanya.
Untuk info, Pound merupakan gabungan senaman kardio, yoga dan pergerakan diilhamkan dari pilates. Ia mampu membakar kalori dengan banyak dengan hanya menggunakan kayu drum berwarna hijau neon. Gaya senaman ini amat popular dan bergiat aktif di Indonesia.
Senaman Pound ini dikatakan dapat membakar hingga 900 kalori sekiranya dilakukan selama satu jam.
Gerakannya banyak yang menyerupai pilates, tetapi pergerakannya dilakukan dengan cepat sehingga meningkatkan komponen cardio. Senaman ini juga memiliki unsur power yoga di mana gerakannya mudah diikuti, melatih seluruh tubuh dan meningkatkan degupan jantung sekaligus membakar lemak.
Wanita kelahiran Singapura ini sememangnya amat menggemari aktiviti olahraga, dan telah membuka studio senamannya sendiri di Jakarta yang dikenali sebagai Satu Tempat Studio yang dibuka secara rasminya pada Jun 2020 yang lalu.
Tidak hairanlah mengapa model dan pengacara ini mempunyai tubuh badan yang langsing serta menjadi idaman wanita. Pada usia 42 tahun, wanita yang dikurniakan dua orang cahaya mata ini amat mementingkan penjagaan kesihatan dan mengamalkan diet pemakanan yang seimbang. Rima terkenal sebagai seorang yang pandai memasak, namun dia tidak pernah suka dipanggil dengan gelar ‘chef’.
Menyentuh soal kerukunan rumahtangga yang dibina bersama Marcell Siahaan pada 28 Januari 2009, pasangan ini dikurniakan seorang cahayamata, Seth Ananda Siahaan pada tahun 2014.
Bertindak sebagai penyokong utama karier suami tersayang, Marcell bakal kembali ke Kuala Lumpur untuk mengadakan konsert Marcell Dua Dekade buat semua peminat setianya pada 9 Disember 2022, bertempat di Zepp KL.
Justeru untuk melihat sendiri persembahan Marcell Dua Dekade, jangan lupa untuk menjadi salah seorang pemilik tiket konsert ini. Orang ramai boleh dapatkan tiket konsert tersebut dengan harga RM288 hingga RM7,888.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau sebelum ini Datin Hajjah Fouziah Gous dan suami Dato’ Haji Md Zhafran Md Yusof terpaksa tinggalkan anak lelaki, Zaheen Yusuf yang baru berusia 9 bulan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas terpaksa menjalani pembedahan kecemasan untuk memenuhi ‘jemputan ke rumah Allah’ , kini mereka ke tanah Makkah sekali lagi dan berpeluang untuk membawa bersama kedua-dua anak.
Bertambah bermakna lagi buat Hajjah Fouziah apabila anak keduanya, Zaheen berkesempatan untuk meraikan ulang tahun pertama di tanah suci Makkah.
“Segala puji-pujian bagiMu Ya Allah. Terima kasih atas fezeki yang terindah buat anakku. Terima kasih atas hadiah hari jadi ini Ya Allah.
Kebiasaannya, saya akan over excited nak menyambut hari jadi anak-anak. Apa lagi bila hari jadi yang pertama kan… Tapi kali ini Allah pula menjemput Zaheen untuk meraikan hari jadi pada hari Jumaat yang mulia ini di depan Kaabah.
Mommy dan daddy tinggalkan Zaheen dalam ICU, belum sedarkan diri. Tapi tengoklah sekarang ni, rupanya Allah nak jemput anak solehku untuk sambut hari jadi tanpa dirancang. Rezeki Allah buatmu luar biasa sayang”, tulis Hajjah Fouziah di laman Instagram.
Alhamdulillah, baru sahaja mengerjakan ibadah haji sekitar Ogos lalu mereka sekeluarga dapat ke Tanah Suci sekali lagi untuk menunaikan ibadah umrah ditemani keluarga tersayang. Ternyata, kalau kita sentiasa reda dan yakin terhadap kuasa Allah pasti kita sentiasa akan dilindungi. Allah mempunyai rencana terbaik setiap apa yang diberikan kepada kita.
Nona berdoa semoga dipermudahkan urusan kalian di sana dan dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang mengerjakan ibadah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
MasyaAllah, terpegun dengan kesungguhan Alana Williams yang berusaha menjadi seorang Muslimah sejati. Ternyata hidayah itu milik Allah. Pastinya perubahan gaya hidup Alana Raffie Williams memberi seribu makna dan bahagia buat suami tercinta, Sonny Bill Williams.
Baru menyambut ulang tahun ke-29 pada 3 Mac lalu, laporan Briefly menyatakan Alana yang beragama Islam dan berasal dari Capetown, Afrika mendirikan rumah tangga bersama legenda ragbi New Zealand berkenaan pada 30 Ogos 2013.
Hasil perkongsian hidup selama 12 tahun, pasangan berpengaruh dunia ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Imaan Williams, Aisha Williams, Zaid Williams, Essa Williams dan Mohammed Williams.
Baru-baru ini, wanita jelita kelahiran Afrika Selatan tersebut berkunjung ke Malaysia bagi menjayakan Faith Events yang berlangsung di Kuala Lumpur. Istimewanya, dia dan suami dijemput berkongsi pengalaman dan pandangan berkaitan Islam di samping pendakwah tersohor dari Kanada, Daood Butt.
Cukup indah takdir hidup pasangan suami isteri ini yang direncana Allah SWT buat mereka.
Penghijrahan Alana untuk menjadi muslimah sejati dengan menutup aurat setelah berkahwin dengan atlet ragbi terkemuka yang juga peninju profesional itu sememangnya mencetus inspirasi.
Bukan hanya berhijrah dari segi gaya hidup yang sederhana. Bahkan turut nekad menutup aurat dan berhijab sepenuhnya. Keputusan Alana untuk memakai tudung pada Ogos 2022 menjadi detik indah buat Sonny Bill Williams.
Sebagai suami, ia satu perkara yang menggembirakan apabila isteri tercinta nekad berubah menjadi seorang Muslim yang baik.
“Isteri saya seorang hijabi. Alhamdulillah isteri mengambil keputusan untuk memakai tudung. Salah satu detik paling membanggakan dalam hidup saya.”
Kisah penghijrahan Sonny Bill Williams yang dilahirkan sebagai Kristian namun memutuskan untuk memeluk agama Islam pada tahun 2008 menjadi perhatian masyarakat dunia khususnya peminat sukan ragbi.
Khabarnya, Sonny mendapat hidayah memeluk agama Islam sewaktu berkenalan dengan sebuah keluarga dari Tunisia.
Amalan suami isteri dan lima anak mereka yang tinggal di sebuah flat satu bilik namun sentiasa syukur dan gembira itu membuatkan hatinya tertarik untuk menganut Islam sama seperti mereka.
Sonny Bill Williams merupakan pemain ragbi pertama beragama Islam yang menang gelaran dunia pada tahun 2011.
Sempena Ramadan kali ini, Sonny sekali lagi datang ke Malaysia untuk menjayakan pelbagai program dan sempat menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih di Kuala Lumpur.
Bersandarkan populariti luar biasa dan peribadi Sonny yang taat kepada ajaran Islam seperti yang dikongsikan di media sosial miliknya, dia turut menjalin hubungan akrab dengan pendakwah ternama dunia seperti Mufti Ismail Menk.
Bukan itu saja, dia juga tersenarai sebagai salah seorang daripada 500 Muslim Berpengaruh Di Dunia oleh Royal Islamic Strategy Studies Centre, Jordan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Muabellaz menerima Anugerah Tokoh Belia dalam Program Dari Akar Umbi Ke Jaguh Dunia, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai usahawan kosmetik dan ikon belia yang berjaya membina empayar perniagaan dari Kedah.