Rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan sikap pemurah dan dermawan. Kisah seorang bayi, Wan Muhammad Naail atau Naail yang berhadapan dengan penyakit Spinal Muscular Atrophy (SMA) Type 1 mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia apatah lagi apabila bayi tersebut memerlukan dana berjumlah RM 9 juta untuk menjalani rawatan suntikan Zolgensma.

Pelengkap Angka RM9 Juta Dana Untuk Adik Naail, HAFIZ MAHAMAD Hulur Bantuan Hampir RM100,000

IKLAN

Berita baik! Menerusi perkongsian di Instagram milik ibu Naail sendiri, Raihan Aminz, dana sebanyak RM9 juta itu sudah mencukupi bagi adik Naail menjalani rawatan suntikan Zolgensma.

Menerusi perkongsian ibu bayi tersebut, tertera nama Hafiz Mahamad serta seorang individu yang juga usahawan terkemuka dikenali Ayuni menjadi dua penderma terakhir bagi mencukupkan kutipan dana yang telah digerakkan oleh badan amal Misi Rakyat.

Pelengkap Angka RM9 Juta Dana Untuk Adik Naail, HAFIZ MAHAMAD Hulur Bantuan Hampir RM100,000
Perkongsian di laman Instagram milik ibu Naail mengenakan penderma yang melengkapkan misi kutipan RM 9 juta untuk anak tersayang.

Alhamdulillah terima kasih buat @ayunieso_ , @hafizmahamad@syafiqahaina. Moga diperluaskan rezeki buat kalian selalu. 🤲🏻🥹

Untuk yg bertanya kenapa kempen Naail belum tutup, sebab kita ada next kempen untuk adik Athif pula. Tunggu official annoucement dari pihak Misi ya. 🙌🏼 #jomsamasama #SMAfighter #SMAtype1

Follow ibu Athif @nur_iezahz

Usahawan serta pempengaruh media sosial terkenal, Hafiz Mahamad merupakan individu terakhir sebagai penyumbang bagi melengkapkan jumlah RM9 juta yang diperlukan bagi membantu kanak-kanak yang menghidap penyakit jarang jumpa, Spinal Muscular Atrophy (SMA) Type 1, Wan Muhammad Naail atau Naail.

Hafiz Mahamad juga difahamkan turut menambah jumlah sumbangan yang digerakkan oleh Misi Rakyat itu buat seorang lagi pesakit dikenali adik Athif.

Pelengkap Angka RM9 Juta Dana Untuk Adik Naail, HAFIZ MAHAMAD Hulur Bantuan Hampir RM100,000

Naail merupakan anak saudara kepada pelakon terkenal, Fattah Amin di mana aktor tersebut berkongsi tentang masalah kesihatan anak saudaranya yang menghidap penyakit jarang jumpa, (SMA) Type 1.

Kos rawatan bagi penyakit tersebut mencecah RM9 juta dan gambar yang dikongsikan Fattah menerusi Instagram adiknya, Raihan Amin, jelas dilihat Naail sentiasa memerlukan alat bantuan pernafasan untuk meneruskan kehidupan.

Pelengkap Angka RM9 Juta Dana Untuk Adik Naail, HAFIZ MAHAMAD Hulur Bantuan Hampir RM100,000

Berdasarkan maklumat yang diberi Raihan, penyakit tersebut menyebabkan otot-otot Naail semakin hari semakin lemah termasuk otot paru-paru menyebabkan Naail terpaksa bergantung pada mesin bantuan pernafasan.

IKLAN

Pelengkap Angka RM9 Juta Dana Untuk Adik Naail, HAFIZ MAHAMAD Hulur Bantuan Hampir RM100,000

NONA prihatin terhadap keadaan semasa adik Wan Muhammad Naail Wan Aslam atau mesra dipanggil Naail, bayi berusia sembilan bulan yang mengalami mengalami masalah Spinal muscular altrophy (SMA) Type 1. SMA merupakan penyakit genetik yang berlaku mutasi pada gen neuron motor survival 1 (SMN1) iaitu protein penting pada saraf tunjang yang berfungsi mengawal otot badan.

Pelengkap Angka RM9 Juta Dana Untuk Adik Naail, HAFIZ MAHAMAD Hulur Bantuan Hampir RM100,000

IKLAN

Si kecil sukar untuk bernafas atau menelan air liur dengan menggunakan kudratnya sendiri. Malah si kecil juga mudah terdedah dengan risiko jangkitan pada paru-paru.

Pelengkap Angka RM9 Juta Dana Untuk Adik Naail, HAFIZ MAHAMAD Hulur Bantuan Hampir RM100,000
Foto keluarga sempena sambutan Aidilfitri tahun ini

Terdahulu, terdapat seorang pesakit (SMA) Type 1, Reese Tan Rui Xin berjaya sembuh selepas menerima suntikan Zolgensma bernilai lebih RM9 juta bagi mengubati penyakit genetik dialaminya.

Reese yang berusia 19 bulan, mendapatkan suntikan itu di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas kutipan dana dilancarkan pertubuhan kebajikan One Hope Charity and Welfare akhir tahun lalu.

Semoga proses rawatan adik Naail dipermudahkan dan mendapat syifa dan kesembuhan yang terbaik.

Sumber: Kosmo & Instagram raihanaminz

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI