Untitled design - 2022-04-11T152513.541

Secara tiba-tiba tumpuan terhadap Pemangku Raja Jordan, Putera Mahkota Al Hussein bin Abdullah II ini memihak kepadanya.

IKLAN

Ini ekoran daripada laporan daripada Istana Jordan apabila mengeluarkan kenyataan bahawa Raja Jordan Raja Abdullah II telah berlepas ke Jerman pada Ahad lalu untuk menjalani pembedahan thoracic herniated disc.

Pemangku Raja Jordan Putera Mahkota Al Hussein, Personaliti Diraja Raih Tumpuan Dunia
Foto: Instagram @alhusseinjo

Keberangkatan Raja Abdullah II untuk menjalani pembedahan di sebuah hospital pakar di Frankfurt dan perlu melalui proses rehabilitasi (pemulihan) selama seminggu.

Keberadaan Raja Abdullah II di luar negara telah menjadikan Pemangku Raja Jordan, Putera Mahkota Al Hussein bin Abdullah II memangku jawatannya sebagai Raja Jordan dan telah mengangkat sumpah sebagai Pemangku di hadapan anggota kabinet.

Pemangku Raja Jordan Putera Mahkota Al Hussein, Personaliti Diraja Raih Tumpuan Dunia
Foto: Instagram @alhusseinjo

Karisma pemimpin yang terbina dalam diri Putera Mahkota Jordan ini benar-benar terserlah. Bukan sahaja berpengaruh malah kacak, aktif bersukan dan pintar.

Fakta Menarik Tentang Putera Mahkota Al Hussein bin Abdullah II

1) Putera sulung Raja Abdullah II dan Permaisuri Rania
Putera Mahkota Al Hussein lahir pada 28 Jun 1994 dan kini berusia 27 tahun. Beliau mempunyai tiga orang adik, Puteri Iman Abdullah, Puteri Salma Abdullah dan Putera Hashem Abdullah.

IKLAN
Pemangku Raja Jordan Putera Mahkota Al Hussein, Personaliti Diraja Raih Tumpuan Dunia
Foto: Instagram @alhusseinjo
Pemangku Raja Jordan Putera Mahkota Al Hussein, Personaliti Diraja Raih Tumpuan Dunia
Foto: Instagram @alhusseinjo

2) Graduan Universiti Amerika Syarikat
Putera Mahkota Al Hussein merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sejarah Antarabangsa dari Universiti Georgetown, Amerika Syarikat. Sebelum melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat, baginda mendapat pendidikan di Akademi Perlindungan Sivil Putera Al Hussein Abdullah II.

3) Seorang lasak
Seperti bapanya, Raja Abdullah, Hussein menggemari sukan permotoran. Malah, beliau juga gemar melakukan ekskavasi denai di Wadi Mujib. Baginda juga gemar main bola sepak.

IKLAN
Pemangku Raja Jordan Putera Mahkota Al Hussein, Personaliti Diraja Raih Tumpuan Dunia
Foto: Instagram @alhusseinjo
Pemangku Raja Jordan Putera Mahkota Al Hussein, Personaliti Diraja Raih Tumpuan Dunia
Foto: Instagram @alhusseinjo
Pemangku Raja Jordan Putera Mahkota Al Hussein, Personaliti Diraja Raih Tumpuan Dunia
Foto: Instagram @alhusseinjo

4) Berjiwa rakyat
Beliau juga sering terbabit dalam aktiviti kebajikan terutama program sukarelawan remaja di negaranya. Mungkin mengikut jiwa penyayang ibunya, Ratu Rania yang aktif menjadi duta untuk banyak pusat kebajikan. Keluarga diraja ini menjadikan perkara ini sebagai salah satu agenda utamanya sebagai tanggungjawab terhadap rakyat.

Pemangku Raja Jordan Putera Mahkota Al Hussein, Personaliti Diraja Raih Tumpuan Dunia
Foto: Instagram @alhusseinjo

5) Jumlah pengikut Instagram 3 juta
Mungkin personaliti hebat milik kerabat diraja Jordan ini membuatkannya ramai pengikut di Instagram. Kini jumlah pengikutnya di laman sosial Instagram mencecah angka 3 juta pengikut. Wow!

Sumber: Raja Jordan jalani pembedahan di Jerman
Baca juga; Ikon Kulinari Malaysia, Datuk Chef Wan Saji Resipi Istimewa Penumpang Qatar Airways

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI