Sejak berkahwin dan berhijab, makin cantik berseri-seri penampilan Hannah Delisha! Rezeki Hannah Delisha juga semakin mencurah-curah dan menjadi rebutan syarikat produksi serta dilantik sebagai duta produk.
Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch sekali lagi mencuri tumpuan apabila memuat naik di belakang tabir pembikinan iklan “Raya Macam Star” Bulan Bintang. Untuk rekod, Hannah Delisha merupakan salah seorang duta jenama pakaian Bulan Bintang.
Dalam muat naik Instagram miliknya, isteri kepada Muhammad Imam Shah melahirkan rasa teruja menjayakan iklan tersebut yang disifatkan sebagai sangat mengujakan.
“What an experience!”, ujar Hannah Delisha.
Iklan “Raya Macam Star” Bulan Bintang ini turut menampilkan babak di mana Hannah berpakaian seperti karektor super heroin yang berbeza dari penampilan Hannah Delisha yang kebiasaanya tampil bergaya dan tampil cantik dengan cita rasa fesyen sopannya. Tetapi untuk iklan raya ini, Hannah diberikan tugas berbeza dari penampilannya!
Antara babak Hannah Delisha dalam iklan raya tersebut
Malah, pelakon berasal dari Singapura itu turut berkongsi keterujaan momen di sebalik tabir pembikinan iklan raya tersebut yang sudah pun berada di platform digital @bulanbintanghq.
Ads
Iklan “Raya Macam Star” Bulan Bintang boleh dikategorikan sebagai iklan berskala mega kerana ia melibatkan krew dan pelakon tambahan yang ramai tanpa mengira bangsa dan agama.
Ads
Malah, kawasan sekitar lokasi juga dipenuhi kenderaan krew penggambaran dan para pelakon melangkaui jarak 700 meter dari lokasi penggambaran! Tahniah buat jenama tempatan dipelopori anak-anak Melayu mampu membawa iklan berskala mega yang kebiasaannya dipelopori iklan jenama antarabangsa.
Tumpang gembira melihat kehidupan Dr Fie Tawfek sekarang. Ternyata dia seorang wanita cekal dan berfikiran optimis terhadap hikmah di sebalik ujian yang dilaluinya selama ini. Enggan lagi menoleh ke belakang, Dr Fie kian berani melangkah ke hadapan dan semakin rancak merencana masa depan.
Kira-kira sebulan selepas penceraian dengan penyanyi dan usahawan Nubhan Ahamad, Dr Fie atau nama penuhnya Afifah Hidayah Ahmad Tawfek berkongsi kegembiraan memiliki sebuah kereta baharu.
Dalam hantaran di media sosial miliknya, doktor gigi yang juga pengusaha Lantara Dental ini memuat naik momen membeli kenderaan elektrik (EV) keluaran Proton iaitu e.MAS 7.
Turut berada di sisi Dr Fie meraikan pencapaian itu ialah kedua-dua ibu bapa tersayang, Ahmad Tawfek dan Dr Zailah.
Terbaharu, satu lagi kejayaan diraih Dr Fie Tawfek apabila dia menerima anugerah pengiktirafan ‘Business Influencer of the Year Award 2026’ daripada sebuah syarikat penerbitan baru-baru ini.
Ujarnya, penganugerahan tersebut membuktikan sesiapa pun sahaja mampu berjaya atas izin Allah dengan usaha yang tidak putus-putus.
“Sebagai seorang ibu, dentist, dan business owner, perjalanan ini lebih tenang bila dikelilingi oleh family, friends, dan team yang sentiasa menyokong saya.
This recognition is not mine alone. Thank you to everyone who has been part of my journey. Thank you Niaga Times, dalam majlis Anugerah Personaliti Industri & Usahawan Malaysia 2026.
Buat semua wanita di luar sana, dream big, trust yourself, have faith and never be afraid to choose your own happiness.”
Antara selebriti yang turut menerima pengiktirafan ialah Liza Abdullah dan usahawan Doc Cute Maliq.
Peribadi sopan Dr Fie Tawfek membuatkan dirinya disenangi ramai. Sentiasa tampil tenang dan mengukir senyuman meskipun sedang diuji, kekuatan yang dimiliki wanita ini meraih perhatian khalayak.
Sejak berpisah dengan Nubhan, rezeki ibu jelita ini makin melimpah ruah. Selain mengusahakan klinik pergigian yang beroperasi di Negeri Sembilan, Dr Fie juga menerima banyak tawaran produk dari jenama terkenal.
Figura ini dilaporkan bercerai dengan penyanyi yang juga usahawan Nubhan Ahamad pada 2 Disember 2025. Graduan pergigian dari Mesir ini mendirikan rumah tangga dengan Nubhan pada 29 Ogos 2015.
Hasil perkongsian hidup selama sedekad, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, Ahmad Aaffan dan Afzan Nayille.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam kesibukan menguruskan kehidupan harian yang penuh dengan episod yang tiada kesudahannya, pastinya tubuh sering menjadi lesu dan tidak bermaya.. Sekali-sekala apa kata manjakan diri dengan perawatan tubuh dan badan untuk mengembalikan kesegaran tubuh secara optima.
Kehadiran spa berasaskan medik sememangnya menjadi tumpuan wanita yang mementingkan kecantikan wajah dan tubuh secara holisitik. Menyedari kepentingan penjagaan wajah dan tubuh baik untuk lelaki mahupun wanita yang mementingkan penjagaan diri, Skin Valet menjadi pilihan. Melihat kepada perbezaan rawatan yang ditawarkan di Skin Valet, tidak hairanlah mengapa ia sering menjadi sebutan di kalangan pelanggan yang pernah berkunjung dan mendapatkan rawatan di medispa.
Skin Valet ini bukan sahaja menyediakan terapi kecantikan untuk kulit muka bagi mengatasi masalah seperti jerawat, pigmentasi, jeragat, parut, kulit kering dan untuk mencerahkan kulit, malah ia turut menawarkan rawatan tubuh secara menyeluruh khusus untuk wanita masa kini yang ingin tampil menarik dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki. Lebih istimewa, ia menampilkan perkhidmatan rawatan yang mengikut kesesuaian dan masalah yang dihadapi oleh pelanggan berbanding menyediakan pakej-pakej tertentu untuk dicuba oleh pelanggan.
Skin Valet yang terletak di cawangan Ampang ini merupakan cawangan yang strategik kerana ianya terletak di lokasi yang mudah untuk dikunjungi dan menggunakan sebuah banglo mewah dengan kemudahan tempat letak kereta yang banyak untuk memudahkan pelanggan mendapatkan rawatan. Kemudahan lokasi mudah dikunjungi menjadikan spa ini pilihan kebanyakan berkerjaya yang menjadikan waktu rehat di tengah hari sebagai spa time untuk mendapatkan rawatan wajah.
Menurut pemilik Skin Valet Ampang, Narqes Raimi, sebelum pelanggan menjalani rawatan wajah, pihaknya terlebih dahulu akan melakukan analisis kulit dengan menggunakan mesin khas bagi mengenal pasti masalah kulit yang dihadapi oleh pelanggan. Mesin analisa kulit ini mampu mengenal pasti masalah kulit yang dihadapi oleh pelanggan sebelum rawatan yang sesuai akan disyorkan. Setiap rawatan wajah akan diberikan mengikut spesifikasi kulit wajah pelanggan selepas satu sesi analisis kulit terperinci dilakukan.
Antara perbezaan ketara Skin Valet dengan pusat rawatan kecantikan yang lain terletak pada pakar kecantikannya yang berpengalaman luas di dalam industri farmaseutikal. Rawatan yang disyorkan untuk mengembalikan keanjalan wajah dan membuang bintik hitam dan bintik putih pada wajah.
Mesin yang diimport khas daripada Korea ini, berfungsi untuk menyegarkan kulit yang kusam dan kering, bersihkan kulit daripada kekotoran, mengurangkan pigmentasi atau jeragat di wajah serta mengembalikan kelembapan pada wajah. Mesin ini juga mampu menyedut bintik hitam dan putih selepas wajah distim, ia menyalurkan serum pada kulit wajah pada masa yang sama.
Bagi pelanggan yang beragama Islam, Skin Valet ini merupakan sebuah medispa patuh syariah, spa muslimah dan kesemua pakar kecantikannya beragama Islam dan wanita. Bagi memenuhi tuntutan syariah dan menjaga kepentingan aurat pelanggan, ahli terapi wanita akan mengenakan sarung tangan ketika merawat pelanggan lelaki. Anda juga tak perlu risau kerana ia turut menyediakan pakej rawatan kecantikan dengan harga yang amat berpatutan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bakal Permaisuri Brunei, Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah sering menjadi perhatian masyarakat. Tidak hanya dikurniakan rupa paras lembut menawan, Pengiran Anak Sarah juga menarik tumpuan rakyat di negara ini kerana penampilan yang mempersona dan tingkah laku sarat dengan nilai wanita Timur.
9 April lalu, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah genap berusia 37 tahun. Meskipun menghampiri usia 40 tahun namun kejelitaan wanita bangsawan ini seakan tidak memudar.
Diputerikan sebagai Dayangku Sarah binti Pengiran Salleh Abdul Rahaman pada 9 April 1987 di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha di Bandar Seri Begawan, Brunei, YTM Pengiran Anak Sarah merupakan satu-satunya puteri kepada pasangan Yang Mulia Pengiran Salleh Abdul Rahaman dan Yang Bahagia Rinawati binti Abdullah.
Hasil perkahwinan dengan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, pasangan diraja ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Abdul Muntaqim, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman, Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa’ Raihaanul Bolkiah.
Bukan hanya sering menyantuni rakyat Brunei, Pengiran Anak Sarah turut merupakan penderma darah tetap di Pusat Derma Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.
Daripada gambar yang dikongsikan di media sosial, kelihatan Pengiran Anak Sarah tenang menjalani prosedur menderma darah dan menjalani prosedur di sana beberapa tahun sebelum ini.
Pengiran Anak Sarah yang dikhabarkan sebagai bakal Permaisuri Brunei ini berkahwin dengan pewaris Sultan Brunei, Pengiran Muda Mahkota ketika berusia 17 tahun.
Perkahwinan Baginda berdua pernah mendapat perhatian dunia dan mendapat julukan ‘Asian Wedding of the Year’ kerana berlangsung dengan cukup gilang-gemilang dan mewah serta dihadiri pemimpin-pemimpin dari seluruh pelusuk dunia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!