Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Isnin menzahirkan ucapan tahniah kepada Mandy Lai, pelajar yang dianugerahkan International Subject Orders of Merit, First Place dan Watts Prize for Audit and Assurance – Professional Level bagi siri peperiksaan Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) bulan Mac 2023.
Turut menzahirkan ucapan tahniah kepada pelajar SUNWAY TES Centre of Accountancy itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menurut catatan Facebook Istana Negara pada Isnin.
Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sukacita dan bangga atas pencapaian Mandy Lai mendapat keputusan cemerlang bagi siri peperiksaan tersebut, sekali gus meraih anugerah berprestij itu dan mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.
“Ia juga sekali lagi membuktikan bahawa Malaysia mampu melahirkan individu-individu yang berkualiti, berwibawa dan bertaraf antarabangsa.
Ads
“Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan harapan agar pencapaian cemerlang beliau menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya golongan belia, untuk bekerja keras dan berusaha mencapai kejayaan cemerlang di dalam bidang masing-masing,” menurut catatan itu.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Mandy Lai dan mendoakan semoga beliau dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan.
Ads
Terdahulu, Mandy Lai dianugerahkan Tempat Pertama bagi ICAEW Certificate Level Annual Order of Merit 2022, World Prize untuk Principles of Taxation bagi bulan Jun 2022 dan World Prize untuk Financial Accounting and Reporting bagi siri peperiksaan bulan Disember 2022. – Bernama
Kagum dengan bakat yang dimiliki Nursaidah Salim. Mana tidaknya, baru berusia 23 tahun tapi macam-macam benda dia boleh buat. Lebih tiga tahun bergelar penyanyi, Saidah yang kini menetap di Kuala Lumpur makin menjadi bualan di media sosial kerana kemampuannya bertutur dalam tujuh bahasa. Bukan calang-calang tu!
Saidah yang membesar di bumi Switzerland selama 15 tahun disifatkan seorang yang berani mencuba perkara baharu, kreatif dan meminati dunia seni. Selain aktif dengan kerjaya nyanyian, dia juga merupakan usahawan dan pengasas produk kosmetik Zucker & Co.
Ketika dihubungi Nona, wanita kacukan Melayu-Cina yang mesra ini teruja berkongsi kisah hidup. Enggan membangga diri dengan kebolehan yang ada, Saidah sebaliknya berharap perkongsian ini dapat dijadikan inspirasi dan pencetus semangat buat ramai wanita.
“Iya, saya merupakan pengasas dan juga pemilik produk kosmetik Zucker & Co. Ia adalah produk kecantikan handmade seperti lip scrubs, lip gloss, lip balms dan glow face mist yang vegan serta bebas ujian terhadap haiwan.
Waktu PKP ni memang banyak habiskan masa dengan memasak sebab saya suka masak di samping fokus kepada strategi jualan secara online. Selain jual produk kosmetik saya juga ada buat bisnes mengajar bahasa Jerman yang terbuka kepada orang ramai.”
Mengulas mengenai perkembangan diri, gadis yang berjiwa optimis ini mendedahkan, “Saya lahir di Zermatt, Switzerland dan dibesarkan di Zurich. Menetap di Switzerland selama 15 tahun dan sekarang tinggal di Malaysia. Sesekali ada juga ulang alik ke sana sebab nak jumpa kawan-kawan.
Masa zaman sekolah dulu, saya pernah berpindah ke 13 sekolah. Saya juga boleh bertutur dalam tujuh bahasa tapi tak semua fluent dan masih lagi belajar. Setakat ini, saya fasih berbahasa Jerman, Swiss German, English dan Melayu.
Sebenarnya saya dapat kuasai bahasa ini kerana pengaruh persekitaran masa tinggal di Switzerland. Di rumah, saya memang cakap Melayu sebab ayah strict suruh cakap Melayu. Ibu pula orang Cina mualaf. Jadi ibu ada ajar saya bahasa Mandarin sedikit,” ujarnya yang mula berdikari dan pindah keluar dari rumah ibu bapanya seawal usia 18 tahun.
Tambah Saidah lagi, “Saya fasih cakap Jerman sebab banyak guna bahasa tu di sekolah dan dengan kawan-kawan. Kami berbual dalam bahasa Swiss German. Bahasa Perancis pula saya belajar dari umur 11 tahun sebab ia subjek wajib di sekolah. Ada belajar grammar, writing semua tapi jarang cakap Bahasa Perancis dengan kawan-kawan. Sebaliknya, belajar bahasa Itali dengan mereka.”
Diaju pertanyaan mengenai bahasa yang paling mudah untuk dipelajari, Saidah berkata mengikut pengalaman… Bahasa Itali dan Sepanyol antara bahasa yang senang untuk belajar sementara Bahasa Perancis pula agak sukar dikuasai.
Menyentuh pembabitannya dalam bidang muzik, Saidah menjelaskan sebelum bergelar penyanyi dia pernah aktif sebagai penari. “Sekarang saya ialah penyanyi syarikat rakaman Suria Records atau dikenali SRC dan alhamdulillah dah ada dua single sepanjang lebih tiga tahun dalam industri muzik. Selain menyanyi, saya juga boleh main beberapa alat muzik seperti piano, gitar dan flute.
Sebab minat nyanyi dan main alat muzik, masa umur 14 tahun saya pernah masuk pertandingan Germany’s Idol 2011. Mungkin juga kerana warisi bakat seni ayah yang boleh menyanyi dan main gitar. Kalau saya menyanyi, ayah akan main gitar. Ada masa, kami akan cipta lagu sama-sama.
Mungkin orang tak tahu saya juga seorang gimnastik dari kecil dan alhamdulillah sampai hari ni masih ingat dan boleh buat. Disebabkan di Switzerland ramai pemenang pingat emas dalam sukan gimnastik, saya tak terkecuali ikut belajar sukan tersebut sejak berusia 5 tahun lagi.”
Sebelum mengakhiri perbualan, Saidah sempat berpesan agar lebih ramai dapat menguasai lebih daripada satu bahasa kerana ia sangat berguna terutamanya apabila melawat negara asing. “Kita perlu perkasa kebolehan cakap banyak bahasa sebab buat kita rasa seperti berada ‘di rumah’.
Kita juga akan jadi orang yang lebih terbuka bukan hanya kepada budaya tetapi juga tradisi pelbagai masyarakat dan membentuk diri jadi orang yang optimistic. Walau kita dah tahu budaya kita sendiri tapi percayalah banyak yang masih kita tak tahu tentang budaya dan tradisi orang lain. Jadi nasihat saya, cuba untuk belajar bahasa baru demi manfaat sendiri.”
Kredit foto: Instagram Saidah Salim
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bekas personaliti televisyen yang juga usahawan terkenal, Dr Sharifah Shawati Syed Mohd berkongsi khabar gembira atas kurniaan Darjah Kebesaran Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia iaitu Johan Setia Mahkota (JSM) yang baharu diterimanya.
Sharifah Shawati memuat naik hantaran di Instagramnya memaklumkan beliau telah menerima kurniaan tersebut daripada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Al Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Tulis Sharifah Shawati: –
“Syukur kepada Allah SWT dan segala pujian baginya Yang Maha Esa, Maha Besar, Maha Mengasihani dan Maha Mengetahui.
“Merafak Sembah dan Menjunjung Kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di atas kurniaan Darjah Kebesaran Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia iaitu Johan Setia Mahkota (J.S.M),” kongsi finalis Pencarian Dewi Remaja 1987/1988 ini.
Sharifah Shawati antara yang terpilih daripada 27 penerima Johan Setia Mahkota (J.S.M) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara baru-baru ini.
Selain bergelar usahawan, pakar motivasi serta perunding imej, ibu dua anak ini juga merupakan Pengasas dan Pengarah Eksekutif di Adamaya Consultancy and Services Sdn Bhd.
Bagi Sharifah Shawati, kurniaan tersebut telah menjadi suntikan semangat buatnya untuk terus berbakti demi masyarakat dan negara.
“Allhamdulillah di atas pengkurniaan yang begitu besar buat patik, dan patik berjanji akan terus berbakti kepada masyarakat dan negara dengan lebih baik lagi, Insyaallah.
“Menjunjung Kasih Tuanku,” ungkap graduan Ijazah Profesional Doktor dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan – Doctor of Business Administration (DBA) di European-American University.
Semoga Sharifah Shawati terus sukses dan menjadi inspirasi buat seluruh wanita.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekalung tahniah buat jaguh skuasy negara, Nicol David yang kini dikurniakan gelaran Datuk. Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk kepada jaguh dan lagenda skuasy negara, Datuk Nicol Ann David.
Beliau sememangnya layak diangkat sebagai ikon! Jika dihitung pencapaian Datuk Nicol memang tidak terkira banyaknya.
Datuk Nicol berusia 38 tahun merupakan antara 12 penerima PJN pada sesi kedua istiadat Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2021 bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong yang berlangsung di Istana Negara hari ini.
Turut berangkat ke istiadat itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Mendahului senarai penerima bagi istiadat Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2021 itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Lokman Hakim Ali yang turut dikurniakan Panglima Jasa Negara.
Istiadat berlangsung dalam norma baharu susulan wabak Covid-19 dengan tetamu yang hadir perlu memakai pelitup muka, disaring suhu badan dan mengimbas kod MySejahtera di balai keselamatan Istana Negara.
Mengimbas kembali kejayaan Datuk Nicol, beliau merangkul gelaran Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia pada Februari lalu. Datuk Nicol juga berjaya mengharumkan nama negara di persada dunia seawal usia 15 tahun.
Sepanjang pembabitannya sebagai atlet skuasy, Datuk Nicol meraih gelaran Juara Dunia sebanyak 8 kali dan mengumumkan persaraan pada tahun 2019.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dari riak wajahnya jelas terserlah sinar kebahagiaan yang sedang mengulit kehidupan Datuk Seri Sheila Majid. Mana tidaknya, hasrat untuk bergelar nenek dan menimang cucu akhirnya dimakbulkan Allah SWT apabila anak lelaki kesayangan iaitu Megat Abdul Majid selamat menjadi bapa sekitar Julai lepas.