Sebagai pengembara, setiap tahun saya akan memperuntukkan masa khusus untuk bercuti ke beberapa destinasi terdekat dan satu destinasi jauh. Selain dapat merehatkan minda dan tubuh, aktiviti mengembara banyak mengajar saya erti kehidupan sebenar. Jika merancang ke negara yang jauh, selalunya saya akan membuat penyelidikan terlebih dahulu dan ia mengambil masa yang lama kerana saya seorang yang sangat teliti.

RANCANG AWAL

Penghujung tahun 2017 saya memilih New Zealand sebagai destinasi kembara bersama tiga rakan iaitu Noorzaini, Hamidah dan Raja Zarina. Tempoh pengembaraan ini mengambil masa 17 hari bermula pada 10-27 November 2017.

Kami membeli tiket ke Auckland lebih kurang setahun awal. Saya banyak membaca, bertanya rakan-rakan yang pernah pergi dan mencari lokasi-lokasi menarik yang mesti disinggah melalui peta New Zealand yang dikirimkan oleh kerajaan New Zealand.

Pengalaman Bergaul Dengan BACKPACKERS Di Bumi New Zealand, Detik Kembara Terindah Buat ROSNITA!

Pengalaman Bergaul Dengan BACKPACKERS Di Bumi New Zealand, Detik Kembara Terindah Buat ROSNITA!

10 NOVEMBER 2017

Perjalanan bermula dari KLIA 2 ke Auckland. Masa perjalanan lebih kurang 12 jam dan singgah transit di Gold Coast selama sejam. Sepanjang di New Zealand kami memilih untuk menyewa kereta.

11-14 NOVEMBER 2017

Kami berjalan-jalan di sebelah utara New Zealand dan bermalam di Auckland City, Rotorua, Taupo dan Matamata. Pengalaman bergaul dengan backpackers yang lain cukup menarik. Kami berkongsi dapur dengan backpackers seluruh dunia. Kami turut dapat merasai tinggal di apartmen, motel, homestay dan Breakfast & Bed (BnB). Semua pengalaman ini sangat mahal walaupun masa untuk berada di bilik hanyalah pada sebelah malam.

Pengalaman Bergaul Dengan BACKPACKERS Di Bumi New Zealand, Detik Kembara Terindah Buat ROSNITA!

Pengalaman Bergaul Dengan BACKPACKERS Di Bumi New Zealand, Detik Kembara Terindah Buat ROSNITA!

Kemudian, kami bermalam di pekan kecil Matamata dan mengambil tour ke Hobbiton keesokan paginya. Memandangkan November waktu puncak, kami turut menempah awal semua penginapan bagi mengelakkan bilik penuh dan mahal.

15-25 November 2017

Kami bertolak ke Pulau Selatan New Zealand dengan menaiki penerbangan domestik, Jetstar. Kebanyakan tempat di New Zealand cantik-cantik antaranya bukit bukau, ladang kambing biri-biri yang kehijauan, ladang carnola dan pelbagai tumbuhan liar. Kami beruntung kerana dapat merasai musim bunga dan musim panas di sana.

Pengalaman Bergaul Dengan BACKPACKERS Di Bumi New Zealand, Detik Kembara Terindah Buat ROSNITA!

Kami hanya membawa periuk nasi travel di samping perencah tomyam dan nasi goreng. Sesekali kami ada juga singgah makan di restoran masakan Melayu (Auckland) dan juga restoran fish n chips halal (Queenstown). Sepanjang berada di sini kami melakukan pelbagai aktiviti setiap hari seperti bermain Luge dan menaiki Gondola di Queenstown Skyline. Kami juga berpeluang mendaki ke Hooker Valley (Mount Cook) dan menaiki Cruise di Milford Sound.

Kami juga sempat singgah di kolam ternakan salmon, High Country Salmon dan berpeluang memberi makanan kepada salmon. Kami juga tidak melepaskan peluang membeli salmon segar dan yang telah dimasak di situ. Pada hari ke 16, kami terbang semula ke Auckland dan bersiar-siar di sekitar bandar Auckland sebelum pulang ke Kuala Lumpur keesokkan harinya.

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI