Teringat dulu-dulu di kampung, waktu kecil selalu intai Atok dan Nenek di dapur. Dari awal kelapa tua dibelah, lalu dikukur dengan kukuran jenis duduk tu… ‘Kruk! Kruk! Kruk!’ sampai penuh besen dengan isi kelapa putih.

Nenek cakap semakin tua kelapa, maka semakin banyak dan kental santan yang dihasilkan. Isi kelapa tadi direndam dalam air suam, kemudian diramas dan diperah. Itulah rahsia masakan paling sedap, air tangan Nenek yang cukup rasa lemaknya!

IKLAN
“Rahsia Rendang Paling Sedap Di Dunia Terletak Pada Santannya”
Kukuran tradisional
“Rahsia Rendang Paling Sedap Di Dunia Terletak Pada Santannya”
Perahan santan

Tapi zaman ni, bukan senang nak dapatkan buah kelapa macam di kampung. Kebanyakannya terpaksa beli yang siap parut atau santan segera di kedai. Cuma dalam banyak-banyak santan segera, Santan Kelapa Ayam Brand jer paling dipercayai.

Menjelang musim raya nanti, tentu kita kembali sibuk membuat rendang walaupun tahun ni tak semeriah tahun-tahun lepas. Iyalah, dalam pada berjaga-jaga dengan wabak COVID-19, raya tetap raya dan ketupat rendang wajib di setiap rumah!

Tak kiralah rendang versi negeri mana pun… Rendang Tok, Kerutuk, Opor atau Rendang Ayam Johor, kita semua ada resipi masing-masing dalam membuat rendang. Ingat cakap Nenek, rahsia sesuatu rendang itu terjamin lazat adalah gabungan empat komponen iaitu rempah ratus, pes, daging dan bahan asas yang terpenting, iaitu SANTAN KELAPA.

Resipi Rendang Daging Bonda

“Rahsia Rendang Paling Sedap Di Dunia Terletak Pada Santannya”

Bahan-bahan:

Rempah

  • 3 bunga cengkih
  • 3 bunga lawang
  • 3 buah pelaga
  • 2 asam jawa
  • 5 daun limau purut dihiris halus
  • 8 sudu besar kerisik (kelapa goreng yang dikeringkan)
  • 1 batang kayu manis
  • 1 sudu besar gula Melaka secukup rasa
  • Garam secukup rasa

 

IKLAN

Pes (kisar halus)

  • 2.5cm lengkuas, dihiris
  • 3 batang serai, akar sahaja, dihiris
  • 7 ulas bawang putih, dihiris
  • 6 bawang merah, dihiris
  • 2.5cm halia, dihiris
  • 12 cili kering, dibuang biji dan dihiris

 

Daging

IKLAN
  • 1kg daging lembu, dipotong kiub

 

Santan Kelapa

  • 1 liter Santan Kelapa Ayam Brand pilihan anda
  • Minyak untuk menggoreng
  • 1 cawan air

 

Cara membuat:

  1. Kisar bahan pes menggunakan blender.
  2. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk besar. Tumis pes rempah, kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau.
  3. Masukkan daging dan gaul rata dengan adunan pes dan rempah sehingga berwarna keperangan dan daging menyerap rasa pes dan rempah.
  4. Tuang santan dan kacau dengan perlahan sehingga hampir mendidih.
  5. Kecilkan api sehingga sederhana. Masukkan air asam jawa dan air, dan teruskan mengacau supaya daging tidak melekat pada kuali.
  6. Apabila daging sudah separuh masak, masukkan daun limau purut dan gula melaka.
  7. Tuang kerisik dan tambah garam secukup rasa. Kacau dengan sempurna sehingga daging bersalut sepenuhnya dan dilitupi kuah.
  8. Kecilkan api dan tutup dengan penutup. Biarkan rendang mereneh selama lebih kurang sejam sehingga daging menjadi lembut atau kuah rendang kering.
  9. Hidang serta-merta atau biarkan sejuk dahulu sebelum disimpan.

Sumber: Ayam Brand

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI