RONALDO & GEORGINA

Ibarat bulan jatuh ke riba! Kompas hidup Georgina Rodriguez berubah sepenuhnya sejak dia bertemu bintang bola sepak ternama dunia, Cristiano Ronaldo sekitar tahun 2016.
Tidak menyangka menjadi pendamping Ronaldo hingga ke hari ini, Georgina yang berasal dari perkampungan kecil di Jaca, Selatan Sepanyol kini menikmati kehidupan mewah
dan penuh glamor apabila bergelar tunang kepada pemain kebanggaan kelab Juventus tersebut.

Hampir empat tahun menjalin hubungan cinta, mereka dikurniakan seorang anak perempuan berusia dua tahun yang diberi nama Alana Martina. Pun begitu, Georgina turut
dilaporkan menjaga tiga lagi anak Ronaldo iaitu Cristiano Junior dan anak kembar, Eva dan Mateo. Baiknya hati ibu berusia 26 tahun ini… patutlah Ronaldo sayang!

IKLAN

Terharu dengan pengorbanan Georgina tersebut, Ronaldo dilihat tidak lokek berkongsi kesenangan dengan memberi elaun sebanyak £80,000 atau lebih RM432 ribu sebulan
kepada wanita istimewa itu bagi menyara keperluan hidupnya yang tinggi.

Raih Gaji RM151 Juta, RONALDO Beri Elaun RM432 Ribu Sebulan Kepada Tunang! Raih Gaji RM151 Juta, RONALDO Beri Elaun RM432 Ribu Sebulan Kepada Tunang! Raih Gaji RM151 Juta, RONALDO Beri Elaun RM432 Ribu Sebulan Kepada Tunang! Raih Gaji RM151 Juta, RONALDO Beri Elaun RM432 Ribu Sebulan Kepada Tunang!

Raih Gaji RM151 Juta, RONALDO Beri Elaun RM432 Ribu Sebulan Kepada Tunang!

Bintang Portugal berkenaan dan Georgina dikatakan menjalani gaya hidup mewah di Turin, Itali ketika ini dengan pendapatan Ronaldo bersama Juventus dianggarkan mencecah sehingga RM151 juta setahun!

Dengan jutaan ringgit yang diterima, tidak hairanlah Ronaldo dan Georgina termasuk empat anak mereka dapat terus bahagia melayari hidup serba mewah. Bercuti menaiki
jet peribadi mahupun percutian di atas kapal mewah sudah menjadi kebiasaan bagi mereka.

Begitu juga hadiah sambutan hari lahir yang pastinya bukan calang-calang. Pada ulang tahun kelahiran Ronaldo ke-35 lalu, Georgina menghadiahkan sebuah kereta mewah Mercedes G-Wagon kepada tunangnya yang dianggarkan harga bermula dari £93,000 atau kira-kira RM503 ribu.

https://www.instagram.com/p/B8My4VLIIVp/

Raih Gaji RM151 Juta, RONALDO Beri Elaun RM432 Ribu Sebulan Kepada Tunang! Raih Gaji RM151 Juta, RONALDO Beri Elaun RM432 Ribu Sebulan Kepada Tunang! Raih Gaji RM151 Juta, RONALDO Beri Elaun RM432 Ribu Sebulan Kepada Tunang! Raih Gaji RM151 Juta, RONALDO Beri Elaun RM432 Ribu Sebulan Kepada Tunang! Raih Gaji RM151 Juta, RONALDO Beri Elaun RM432 Ribu Sebulan Kepada Tunang!

IKLAN

Raih Gaji RM151 Juta, RONALDO Beri Elaun RM432 Ribu Sebulan Kepada Tunang!

Bukan itu saja, pasangan ini juga dilihat kerap mengenakan aksesori mahal. Salah satu daripadanya ialah pada bulan lalu ketika Ronaldo dilihat memakai seutas jam tangan
berjenama mewah Rolex yang bernilai USD721 Ribu! Sementara Georgina pula dilaporkan meraih USD12,830 bagi setiap post Instagram miliknya yang kini mempunyai 16.5 juta followers.

Mengintai latar belakang Georgina, wanita kelahiran Sepanyol ini merupakan anak kepada bekas pemain bola sepak Argentina yang dikenali sebagai Jorge manakala ibunya
bernama Ana. Ketika kecil, Georgina bercita-cita mahu menjadi seorang penari balet namun terpaksa melupakan impian tersebut kerana kesempitan hidup keluarganya.

IKLAN

Raih Gaji RM151 Juta, RONALDO Beri Elaun RM432 Ribu Sebulan Kepada Tunang! Raih Gaji RM151 Juta, RONALDO Beri Elaun RM432 Ribu Sebulan Kepada Tunang!

Georgina juga pernah tinggal di sebuah apartmen yang kecil dan bekerja sebagai pelayan restoran sebelum berhijrah ke Bristol pada usia 19 tahun. Ketika berada di Bristol, Georgina diambil bekerja sebagai pengasuh budak dan menerima bayaran USD18.50 sejam. Berkat kesungguhan mahu menjalani hidup lebih baik, dia gigih mempelajari kemahiran berbahasa dan kembali semula ke Sepanyol untuk mengejar cita-cita bekerja di butik jenama mewah di Madrid.

Dia kemudian diterima bekerja di butik Gucci dan di situlah Georgina dan Ronaldo bertemu sebelum menjalin hubungan lebih serius hingga sekarang.

 

Sumber: The Sun

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI