Raih RM200 Ribu Dalam 12 Jam, DATUK JOVIAN Derma Hasil Jualan Mask Eksklusif Ini

Tika dan saat ini sudah pasti ramai yang sudah memainkan peranan masing-masing untuk membantu mereka yang memerlukan. Datuk Jovian Mandagie turut tidak mahu ketinggalan membantu mereka yang memerlukan mengikut kepakaran miliknya.

Foto: Instagram @jmandagie

Sebagai pereka fesyen tersohor negara dan usahawan berjaya, suami kepada Datin Nina Ismail Sabri ini telah membuat pelitup muka atau mask

eksklusif dengan niat semata-mata mahu membantu saudara seislam kita.
Foto: Koleksi Nu Ideaktiv

Mempamerkan rekaan peliltup muka dengan warna hitam, hijau, putih dan merah sebagai lambang negara Palestin. Hasil jualan pelitup muka eksklusif ini 100 peratus akan didermakan kepada tabung misi bantuan Palestin.

Foto: Instagram @jmandagie

Datuk Jovian sendiri tidak menyangka hasil jualannya, habis dalam sekelip mata, “Niat hati buka pre-order untuk sebulan nak habiskan order. Rupa-rupanya in just 12 hours dah habis! MasyaAllah, YOU GUYS ARE AMAZING, GOD BLESS YOU

!,” tulis menantu kepada Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ini di laman media sosial milik peribadinya.

Boleh bayangkan bagaimana perasaan ayah kepada seorang anak perempuan ini apabila berjaya mengumpul dana sebanyak RM65,720 hanya dalam masa 1 jam. “I WANT TO CRY! Hanya Allah yang akan balas semua kebaikan anda semua,” tulisnya lagi.

Foto: Instagram @jmandagie

Sememangnya jiwa murni Datuk Jovian menyuntik inspirasi buat siapa sahaja. Sebelum ini Datuk Jovian juga telah ‘menyinsing lengan’ membuat set pakaian pelindung diri (PPE) untuk kegunaan para petugas hadapan yang berusaha keras memutuskan rantaian COVID-19.

IKLAN
Share