Siapa yang tak kenal dengan perintis Rizman Ruzaini pereka fesyen duo tanah air ini. Label Rizman Ruzaini terus mencipta nama sama ada untuk ke majlis berprestij tanah air mahupun majlis perkahwinan.
Sentuhan pereka fesyen duo ini sering mencuri tumpuan dengan rekaannya yang mewah, stylish serta menyuntik elemen klasik bagi mewujudkan gaya elegan dan sofistikated.
Hampir dua dekad berkecimpung dalam dunia fesyen, gandingan duo juga sahabat baik, Rizman Nordin dan Wan Mohd Ruzaini Wan Jamil telah memberi sumbangan yang besar terhadap industri kreatif sebagai pereka fesyen.
Foto: Koleksi Majalah Nona
Bukan hanya meletakkan diri mereka sebagai pereka fesyen, malah Rizman Ruzaini telah mengorak langkah menjadi usahawan yang berjaya.
Menyelami gandingan duo yang berjaya mencipta nama besar dalam industri fesyen tempatan ini, āKami memanjatkan kesyukuran kerana matlamat utama kami saat terjun dalam dunia fesyen adalah untuk menempatkan nama Rizman Ruzaini di dalam industri fesyen di Malaysia.
Foto: Instagram @rizmanruzaini
Alhamdulillah, kini kalau sebut tentang pereka fesyen di Malaysia sudah ada nama Rizman Ruzaini di situ. Itu merupakan suatu pencapaian yang paling besar bagi kami berdua,ā tutur Rizman memulakan bicara.
Ads
Tidak berhenti sekadar pereka fesyen, baik Rizman mahupun Ruzaini sudah mempersiapkan diri mereka untuk mara ke depan. Teruja mendengar pereka fesyen duo ini merencana perjalanan karier mereka.
Foto: Koleksi Majalah Nona
āSaya mengagumi Bernard Arnault kerana beliau merupakan salah seorang Top 10 billionaire di dunia mewakili bidang fesyen.
Saya sangat kagum dengan cara beliau mengumpulkan banyak jenama mewah seperti Christian Dior, Louis Vuitton, Emilio Pucci, Marc Jacobs dan sebagainya di bawah satu bumbung.
Saya mempunyai harapan yang besar seperti mana melihat Bernard Arnault menurunkan legasi kepada anak-anak beliau. Malah cucu beliau turut berada dalam industri dan itu juga merupakan hala tuju kami sekarang.
Kami akan menubuhkan empayar RRRR iaitu Rizman Ruzaini Rizqaa Rahil untuk menghimpunkan banyak fashion house termasuk Rizman Ruzaini sendiri di bawah satu bumbung.
Kami juga sudah merancang sesuatu yang lebih besar dalam bidang fesyen, styling, makeup, beauty dan sebagainya. Itu yang menjadi matlamat kami untuk lima hingga sepuluh tahun akan datang, insyaallah,ā ucap Rizman juga merupakan ayah kepada puteri comel, Rizqaa ini.
Foto: Koleksi Majalah Nona
Tambah Ruzaini, āKami dah nampak situasi ini sebelum kami berkahwin lagi. Kami pernah berbincang untuk meneruskan legasi Rizman Ruzaini kerana kalau kami berhenti di sini, siapa yang nak bawa kesinambungan itu dan siapa nak meneruskan empayar yang kami bina.
Ads
Walaupun kami tak boleh nak memaksa anak-anak, tapi sebagai seorang ayah kami boleh beri galakan kepada mereka, insyaallah,ā tutur Ruzaini yang ceria kala bercerita tentang putera sulungnya, Wan Rahil.
āPada pandangan kami berdua legasi yang kami bawa ini suatu legasi yang membantu kelangsungan hidup. Kami nampak legasi ini adalah satu elemen untuk masa depan. Kalau boleh kami nak legasi kita ini dikenali sampai bila-bila.
Fesyen dan kecantikan berkait rapat antara satu sama lain. Saya percaya, kesempurnaan sesuatu gaya akan dapat bila kedua-duanya diberikan penekanan sama rata.
Dalam bisnes juga ianya seiring, kerana itulah Rizman Ruzaini baharu sahaja mengorak langkah ke arena kecantikan.
Kami juga gembira dapat membantu ramai orang melalui produk kecantikan ini. Kami mewujudkan sistem agen yang membantu melahirkan ramai usahawan-usahawan di luar sana.,ā kata Rizman sambil dipersetujui oleh Ruzaini.
Kalau sudah kreatif apa pun āmenjadiā. Bukan sekadar lukisan, kebolehan Ustazah Asni juga bukan calang-calang. Terbaharu, di kala berlangsungnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Allah SWT telah mengilhamkan beliau untuk mencipta tabung sedekah Subuh dan tabung korban sebagai saham akhirat.
Lantas kreativitinya itu dikongsi buat semua pencinta karya seninya yang sentiasa tertunggu-tunggu dengan ābuah tanganā terbaharu.
TERCETUSNYA IDEA
āTercetusnya idea untuk mewujudkan tabung sedekah Subuh ini adalah ketika saya sedang mengisi hasil lukisan yang ditempah ke dalam bekasnya. Tiba-tiba terdetik di fikiran saya, selain lukisan alangkah baiknya kalau bekas itu juga dapat memberi manfaat kepada penerimanya. Lalu saya pun mendapat idea untuk mencipta tabung sedekah Subuh.
Sebenarnya saya sudah pun memulakan projek tabung DIY ini sejak PKP lagi. Ideanya pun datang secara kebetulan, alhamdulillah saya terinovasi untuk melakukan beberapa perkara. Antaranya tabung DIY ini. Saya turut mencipta bentuk Kaabah daripada kotak-kotak.
Tabung ini diperbuat daripada paip PVC yang dipotong kemudian dibersihkan, digosok dan dicat mengikut kreativiti. Pada awalnya saya mengikut warna asal buluh pada tabung ini sehingga ramai yang ingat itu adalah buluh lemang. Sekarang ini saya upgrade semula menjadi edisi istimewa atau premium. Saya hasilkan dalam pelbagai bentuk seperti Frozen untuk anak perempuan, dan Spiderman untuk anak lelaki, pilihan warna biru dan merah.
GALAKKAN BERSEDEKAH
Tujuan utama tabung sedekah ini ialah untuk menggalakan kita bersedekah pada setiap hari dan setiap pagi. Maka dengan adanya tabung sedekah Subuh ini pagi-pagi lagi kita boleh masukkan wang. Rasulullah SAW bersabdaĀ āBersegeralah bersedekah kerana bala bencana tidak pernah mampu mendahului sedekah. Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah. Ubatilah penyakitmu dengan sedekah. Sedekah itu sesuatu yang ajaib. Sedekah menolak 70 macam bala dan bencana, dan yang paling ringan ialah penyakit kusta dan sopak.ā (Riwayat al-Baihaqi & al-Tabarani)
Selepas solat Subuh boleh masukkan wang ke dalam tabung. Ketika memasukkan wang niatkan untuk bersedekah. Dari segi berapa jumlah wang yang hendak dimasukkan tidak kisah asalkan ada niat untuk bersedekah pada pagi itu. Ajar juga anak-anak kita untuk menabung dengan niat hendak beramal sedekah.
Boleh keluarkan seminggu sekali atau sebulan sekali, terpulang. Yang pentingnya niat untuk bersedekah pada setiap hari telah pun terlaksana. Jika kita tidak tahu kepada siapa hendak bersedekah, boleh gunakan wang tersebut untuk belanja makan anak-anak, keluarga atau kawan-kawan. Itu juga dianggap bersedekah.
Seterusnya ialah tabung korban. Kita digalakkan melakukan ibadah korban pada setiap tahun, bukannya sekali seumur hidup. Korban umpama renew roadtax, setiap tahun kena renew. Maka kita hendaklah melatih diri dan anak-anak faham bahawa setiap orang paling tidak pun ambil satu bahagian.
Kita satu keluarga jangan langsung tiada bahagian dalam ibadah korban. Kalau kita mampu menabung untuk pergi bercuti, kenapa tidak boleh menabung untuk korban? Sedangkan itu tanda bukti cinta kita kepada Allah SWT.
Ajar tangan kita untuk selalu memberi. Kita hendak ajar diri kita supaya āhartaā ada di tangan. Apabila ada di tangan senang untuk lepas. Tapi kalau harta ada di hati itu yang jadi bakhil (kedekut). Ini juga adalah training untuk mengajar keluarga dan anak-anak bahawa rezeki bukan untuk kita. Dalam hidup ini kita perlu belajar memberi. Barulah hidup kita akan bahagia.ā
DAKWAH MELALUI KAYRA SENI
āTerpukau melihat setiap naskhah lukisan yang dikongsi di Instagram milik pendakwah terkenal, Ustazah Asni Mansor. Lukisan yang indah, unik dan semestinya kreativiti itu datangnya dari jiwa seni yang halus. Tidak sekadar cantik bahkan setiap lukisannya itu dititipkan cebisan doa dengan maksud yang cukup mendalam.
Saya berdakwah melalui karya seni iaitu lukisan. Saya mula serius dalam lukisan sejak lapan tahun lepas. Saya memang sukakan apa jua yang berkaitan dengan seni. Selain melukis saya juga suka berqasidah, bermain kompang dan piano. Saya yakin bahawa ada bakat-bakat tertentu yang sangat berguna untuk berdakwah.
Selalunya sebelum berkarya saya akan berdoa terlebih dahulu untuk mendapatkan ilham daripada Allah SWT. Dua tiga tahun lepas sebuah stesen televisyen ada menjemput saya untuk membuat tafsir Al-Quran. Alhamdulillah tercetusnya idea untuk saya taddabur ayat itu dengan satu karya yang saya tafsirkan maksud-maksudnya.
Kadangkala tercetusnya idea apabila saya banyak menerima direct message (DM) daripada wanita-wanita yang mempunyai masalah seperti rumahtangga. Maka saya akan kongsi doa-doa melalui lukisan untuk mereka amalkan setiap hari. Saya juga kongsikan di Instagram, doa Nabi Yaakub AS yang merintih dan merayu kepada Allah SWT. Kalau Nabi pun mengadu dan merintih kepada Allah SWT kenapa tidak kita.
Selain itu, saya turut kongsikan doa-doa yang bagus untuk kita amalkan setiap hari. Contohnya kalau kita suka letakkan perhiasan di rumah, biarlah perhiasan itu bermakna. Bila dilihat dan disebut kita boleh amalkan serta mendapat pahala. Itulah maksud saya berdakwah melalui karya seni. Bukan sekadar cantik tetapi juga memberi manfaat.
Telah banyak karya seni yang telah saya hasilkan, mungkin sudah hampir mencecah seribu karya sepanjang lapan tahun. Antara penyokong serta yang telah membeli hasil karya seni saya ialah Cik Puan Muda Julita Aishah, Jihan Muse, Heliza Helmi, Fara Fauzana (Fafau), Sherry Alhadad, Diana Amir dan sahabat-sahabat di Brunei.
PENDORONG
Antara sahabat baik yang menjadi pendorong kuat untuk saya terus melukis ialah Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa dan Allahyarhamah Ustazah Shadiya Abbas. Kedua-duanya sangat memberi galakan kepada saya supaya terus berkarya kerana kata mereka ini merupakan satu kelainan dan sangat bagus untuk dikongsikan. Selain itu, ibu juga pendorong kuat saya. Adakalanya beliau rajin mengikut saya pergi berkarya.ā
Ustazah Asni sangat bersyukur dan gembira kerana keempat-empat anaknya mewarisi bakat melukis. Masing-masing mempunyai minat serta karakter yang tersendiri. Paling ketara boleh melukis ialah anaknya yang keempat.
Ternyata, dakwah melalui karya seni ini merupakan satu kelainan yang cukup hebat dengan bersandarkan kebolehan yang dipinjamkan oleh Allah SWT untuk memberi manfaat buat insan-insan lain.
Kredit Foto & Video: Instagram Ustazah Asni Mansor
Ā
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kemenangan Tan Sri Michelle Yeoh sewaktu majlis Anugerah Oscar baru-baru ini nyata membuka mata banyak pihak apatah lagi kejayaannya merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Everything Everywhere All At Once membuka pintu buat wanita-wanita berlainan warna kulit teruatama dari benua Asia.
Dan baru-baru ini, Tan Sri Michelle Yeoh memukau hadirin yang hadir ke Festival Filem Cannes 2023 menyarung persalinan Balenciaga berona hijau nyata mempersonakan.
Bintang Everything Everywhere All At Once yang juga pemenang Oscar, Tan Sri Michelle Yeoh juga turut hadir menerima pengiktirafan di Festival Filem Cannes apabila dia dianugerahkan dengan anugerah khas Keringās Women in Motion Award.
āSudah terlalu lama kami sebagai wanita terpaksa berada di belakang dan tidak dimasukkan sebagai topik perbincangan. Kami sering diberitahu pintu untuk kami sudah ditutup.
āVirginia Woolf pernah berkata, ātidak ada pintu pagar, tiada kunci, tiada bolt (besi halangan) yang boleh anda pasangkan pada kebebasan fikiran saya.ā Idea kami (wanita) tidak berkesudahan. Semangat kami tidak terhingga. Dan kami datang untuk mengetuk pintu itu,ā kata Yeoh dalam ucapan.
Yeoh seterusnya menyebut beberapa watak ikonik yang pernah dipegangnya, āyang kuat, berkebolehan dan tidak takut untuk membela diri sendiri,ā termasuk Wai Lin dari Tomorrow Never Dies, Yu Shu Lien dari Crouching Tiger, Hidden Dragon dan Evelyn Wang dari Everything Everywhere All At Once.
āMereka telah mengajar saya banyak perkara tentang bagaimana saya ingin bergerak dalam dunia, iaitu dengan integriti, dengan kekuatan dan lebih penting, kasih sayang,ā katanya.
Penerima anugerah itu sebelum ini termasuklah Viola Davis, Jane Fonda, Geena Davis, Susan Sarandon, Isabelle Huppert, Patty Jenkins, Gong Li dan Salma Hayek.
Sumber: Astro Awani
Ā
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Segala usaha dan kerja keras Zara Zya nyata berbaloi. Kejayaan demi kejayaan yang diraih oleh wanita kelahiran Lenggong, Perak ini benar-benar menyuntik inspirasi.
Sebagai seorang wanita, boleh dikatakan pemilik nama sebenar Zainurul Razia Mohd Zainuddin ini mempunyai segala-galanya. Memiliki seraut wajah yang manis, nama yang tersohor dan juga terkenal dengan kebolehan memasak. Bak kata orang, Zara Zya memiliki pakej yang lengkap sebagai seorang wanita.
Nilai tambah yang ada pada dirinya, apabila pelakon yang mula dikenali menerusi drama Love You Mr Arrogant ini begitu aktif dan optimis melakukan kerja-kerja kebajikan.
Mahu berkongsi nikmat melakukan kebajikan dengan orang lain, Zara Zya telah menggerakkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Prihatin Tanpa Sempadan untuk merealisasikan niat berkenaan.
Sebelum ini Zara Zya telah melancarkan Projek Zara Prihatin #zaraprihatin untuk membalas balik jasa Frontliners. Wanita ini juga pernah menyuntik keceriaan kepada penghantar makanan atau rider dengan menyediakan pek bungkusan istimewa kepada golongan berkenaan ketika musim PKP lalu.
Kini pelakon yang mudah tersenyum ini giat menjalankan aktiviti kemanusiaan bagi membantu mereka yang terkesan dengan banjir di Terengganu.
Wanita yang pernah menjadi pengacara TV rancangan masakan ini nampak selesa serta tidak segan silu menyarung t-shirt, bergelumang dengan becak dan memakai kasut āPhua Chu Kangā demi membantu mereka yang memerlukan. Sesungguhnya, bukan mudah untuk mempunyai jiwa murni sebegini.
Baru-baru ini, Zara Zya telah mencipta fenomena dan menyuntik inspirasi sekali lagi apabila berjaya membeli kereta idamannya, kereta jenis Porsche 718 Boxster. Bukan calang-calang wanita mempunyai impian untuk memandu kereta sebegini.
Menurut wanita yang berusia 37 tahun ini impian untuk memiliki kereta idamannya tercapai selepas lebih setahun mengumpul wang. Kiranya, tak lama juga wanita yang semakin manis sejak berhijab ini mengambil masa untuk mengumpul wang.
Khabarnya kereta mewah idamannya itu yang berharga kira-kira RM400,000. Tahniah! kerja keras Zara Zya selama ini telah menampakkan hasil. Apa yang lebih penting ialah terus menyuntik inspirasi kepada wanita lain untuk terus bersemangat mengejar cita-cita masing-masing.
Bukan sekadar cantik, Joheirry Mola merupakan guru, wartawan dan aktivis pendidikan. Pada usia 24 tahun, beliau mencipta sejarah apabila dinobatkan Miss World 2026.