Berhijab bukan alasan untuk mengabaikan kecantikan dan kesihatan rambut lebih-lebih kalau jika tinggal di negara yang panas dan lembap seperti negara kita. Kecantikan rambut walaupun bukan untuk tontonan umum tetap merupakan mahkota wanita yang tiada nilainya.
Gambar hiasan
Berhijab sepanjang hari memerlukan Muslimah lebih prihatin dengan penjagaan rambut agar rambut kekal sihat dan bermaya selepas membuka tudung.
Pelbagai cara boleh diaplikasikan agar rambut berseri dan sihat secara semula jadi serta harum sepanjang hari. Rupa-rupanya sumber semula jadi limau nipis mampu memberikan kebaikan ke atas rambut agar terus sihat dan berkilau.
Gambar hiasan
Limau nipis berkuasa merawat masalah rambut kerana kaya dengan sumber vitamin A dan C. Minyak yang terhasil daripada kulit limau nipis ini berfungsi sebagai agen yang terbaik untuk perawatan rambut.
Boleh mula rawatan rambut dengan menggunakan air perahan limau nipis secara teratur. Sapu ke seluruh rambut dan kulit kepala dan biarkan. Lebih efektif jika dilakukan sebelum tidur dan dibiarkan sehingga keesokan harinya. Bangun tidur bilas dengan air sehingga bersih.
Antara kebaikan Limau Nipis adalah;
Melebatkan rambut
Ads
Walaupun berhijab tetapi masalah rambut yang semakin tipis boleh mengganggu emosi diri. Khasiat limau nipis boleh membantu masalah rambut gugur dan berupaya melebatkan semula rambut.
Perahan limau nipis yang disapu ke atas kulit kepala berfungsi untuk menyuburkan kulit kepala dan tidak mengganggu tumbuhnya rambut yang baharu. Jika kerap menyapu perahan air limau ini, kesan perubahan lebih ketara.
Menghilang kelemumur
Ads
Masalah kelemumur adalah suatu yang biasa buat semua wanita termasuk wanita berhijab. Jika rambut dibiarkan berhari-hari tak bersyampu, kelemumur mudah menempek di atas kulit kepala.
Gambar hiasan
Sebenarnya kelemumur adalah tompok putih berada atas kulit kepala yang dihasilkan daripada pengelupasan kulit mati secara berlebihan. Sel kulit mati ini tidak stabil dan menjadi warna putih dalam jumlah yang banyak.
Rasa gatal pada kulit kepala sangat mengganggu kerana asyik menggaru. Rasa tidak puas hati timbul apabila sukar menggaru di atas hijab.
Perahan limau nipis mengandungi vitamin C dan B5 mampu mengurangkan minyak yang berlebihan serta kotoran yang hinggap di atas kulit kepala.
Ads
Gambar hiasan
Kadang-kadang sejurus selepas meletakkan perahan limau nipis ini kadang-kadang menimbulkan rasa pedih di atas kepala. Rasa pedih ini timbul mungkin kerana terdapat luka-luka kecil di atas kulit kepala akibat menggaru terlalu kasar.
Merangsang pertumbuhan rambut
Masalah rambut biasanya terjadi apabila kulit kepala mengalami iritasi dan berminyak. Masalah semakin bertambah apabila anda tidak rajin untuk membersihkan rambut dan kulit kepala.
Apabila minyak dan sel-sel kulit mati bertompok di atas kulit kepala akan mengganggu pertumbuhan rambut yang baru. Pertumbuhan rambut baharu ini juga terbantut apabila anda kulit kepala sensitif terhadap produk yang digunakan.
Sekali lagi vitamin C yang terkandung dalam limau nipis sangat bermanfaat untuk menyingkirkan lebihan minyak dan kelemumur di atas kulit kepala demi membenarkan pertumbuhan rambut yang baharu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tuntutan bekerja dari rumah, menatap skrin komputer atau gadget berjam-jam lamanya, keletihan, kurang tidur dan banyak menangis merupakan antara faktor pemicu mata panda.
Sebagai wanita, bayang-bayang gelap di bawah mata ini tentu sekali membuatkan wajah tampak lesu bahkan kelihatan lebih tua dari usia.
Mata panda biasa berlaku di kalangan warga tua. Peningkatan usia menyebabkan kulit semakin nipis dan berkurangnya jaringan lemak serta kolagen. Akhirnya pembuluh darah akan menonjol sekaligus membuatkan warna kulit di bawah mata terlihat lebih gelap.
TIP MUDAH
Sempena musim perayaan ini, tentu kita inginkan wajah yang segar meskipun sekadar berfoto atau membuat panggilan video. Dua cara paling mudah untuk menghilangkan mata panda ialah:
(1) Sapu Fenty Beauty Bright Fix Eye Brightener
Pengasas Fenty Beauty, Rihanna
Litupan maksimum dengan gabungan Fenty Skin Flashnap, Fenty Beauty Bright Fix dan Profiltr Concealer
Kesan sebelum dan selepas Bright Fix
Cara paling efektif menangani mata panda dengan segera. Teksturnya yang ringan berupaya melitupi bayang gelap dengan sempurna, sambil melembap, mencerah dan menyamarkan dengan sekata.
Hanya pupukkan sedikit di bawah mata dan ratakan dengan berus, span atau jari yang bersih. Tepuk perlahan hingga sekata dan boleh susuli dengan solekan seterusnya.
(2) Amalkan AHC Luminous Glow Eye Cream for Face setiap hari
AHC melancarkan krim mata baharu dengan kesan pencerahan dan anti-penuaan yang terbukti efektif. Ramuan glutathione, vitamin C dan asid hyaluronic mampu merangsang penghasilan kolagen sekaligus menyerikan bahagian bawah mata dengan cepat.
Amalkan pemakaian krim mata secara konsisten. Bahagian kulit bawah mata jauh lebih nipis daripada bahagian kulit yang lain jadi pastikan anda mengamalkan pemakaian krim yang khusus untuk menjaga kawasan ini. Krim yang baik juga dapat menyamarkan garis-garis halus atau melambatkan kedutan di sekitar mata.
PETUA MUDAH DI RUMAH
Minum air secukupnya.
Tuam mata dengan kain bersih berisi ais.
Tuam dengan uncang teh basah yang telah disejukkan.
Tinggikan posisi kepala ketika berbaring.
Elakkan kopi dan minuman berkafein.
Hadkan masa melihat skrin.
Tidur secukupnya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Makin cantik Yang Teramat Mulia (YTM) Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah! Malah semakin terserlah kejelitaan Puteri Diraja Brunei ini yang nyata mewarisi kecantikan ibunda, Azrinaz Mazhar Hakim!
Perkongsian Azrinaz yang memuat naik gambar anak gadisnya di Instagram baru-baru ini menarik perhatian ramai. Bukan hanya mereka terpikat dengan wajah cantik YTM Pengiran Anak Puteri Ameerah, bahkan kebanyakan kenalan Azrinaz mengakui anak dan ibu ini cukup seiras.
Posting tersebut dibuat bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-76 Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah pada 15 Julai lalu.
Kongsinya, “My sweet little girl walking alongside with her father. Happy Birthday HM The Sultan of Brunei.”
Umum mengetahui bekas personaliti televisyen ini mempunyai sepasang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu bersama KDYMM Sultan Brunei Darussalam.
Kedua-dua cahaya mata Azrinaz bersama KDYMM Sultan Brunei ialah YTM Paduka Seri Pengiran Muda Putera Abdul Wakeel dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.
Puteri Ameerah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-14 pada 28 Januari lalu dan seperti kelaziman saban tahun, Azrinaz tidak pernah terlepas menitipkan ucapan hari lahir kepada anakanda tersayang.
Azrinaz kini merupakan isteri Fairos Khan Abdul Hamid dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Areesya Malaykha dan Atheera Medinah.
Tampil berseri-seri dengan Habib Desert 9K Rose Gold Pendant DI SINI dan dapatkan harga diskaun guna kod NONGSP5.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Peranan pemerah pipi mungkin minor dalam solekan. Tetapi kalau salah pilih warna atau tempat disapu, muka boleh berubah wajah. Bayangkan kalau orang berkulit putih menggunakan pemerah pipi yang terlalu merah, nampak janggal bukan?
Pemerah pipi bukan boleh dipilih secara rawak dan tidak semua rona pemerah pipi sesuai dengan kulit wajah. Wanita perlu tahu fungsi pemerah pipi adalah untuk memberi ilusi pada pipi dan dalam masa yang sama membentuk kontur wajah.
Warna yang banyak diminati adalah pink dan peach. Memang kedua-dua rona ini akan membuat kulit kelihatan natural dan segar.
Bagi mengoles pemerah pipi, buat wanita bertulang pipi tinggi adalah tepat di atas tulang pipi. Manakala buat pemilik tulang pipi yang normal adalah di bawah tulang pipi. Hamizatul Maizan Mohamed
Make Up For Ever
Efek Shimmer Untuk Solekan Malam
Langkah 1: Sapu bedak tabur selepas selesai menyapu bedak asas pada wajah dan sapu pemerah pipi di atas tulang pipi.
Langkah 2: Bagi solekan siang hari, cukup hanya sapukan shimmer pada tulang pipi dan adun dengan pemerah pipi.
Langkah 3: Shimmer boleh juga diaplikasikan pada tengah hidung untuk ilusi hidung mancung.
Langkah 4: Sembur face mist agar solekan segar sepanjang hari
Pemerah Pipi Pilihan Nona
Les Merveilleuses Laduree Pressed Cheek Color
Tarte Amazonian Clay 12 Hour Blush
Cle de Peau Luminizing Face EnhancerZoeva Opulence Brush Palette
Elizabeth Arden Cheek TintLancome Macaron Blush & Blender
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!