Happy birthday, Datin Emylia Rosnaida! Tanggal 21 September merupakan ulang tahun kelahiran buat suri hati kesayangan Dato' AC Mizal ini. Meniti usia 50 tahun, ibu kepada dua cahaya mata ini memanjat kesyukuran atas segala nikmat yang dikurniakan kepadanya selama ini. Selain menghargai keikhlasan dan kasih sayang daripada insan di sekelilingnya.