DIAN SASTROWARDOYO

Walau sudah 19 tahun filem box office Indonesia ‘Ada Apa Dengan Cinta’ sudah berlalu namun impaknya masih terasa hingga ke hari ini. Lebih-lebih lagi lakonan heroin cantik dalam filem berkenaan, Dian Sastrowardoyo yang pesona wajahnya pernah menjadi kegilaan ramai jejaka di Malaysia. Kalau sebut nama Dian sampai ke hari ini pun masih ramai yang mengingati raut wajah menawan selebriti ini.

Dilahirkan di Jakarta pada 16 Mac 1982, Dian yang kini berusia 39 tahun masih bergiat aktif sebagai anak seni. Yang pasti, Dian atau nama penuhnya Dian Paramita Sastrowardoyo bukan calang-calang wanita. Dia bukan hanya meraih kejayaan sebagai pelakon bahkan turut cemerlang dalam bidang akademik. Memang patut dijadikan inspirasi!

IKLAN
Selebriti Pintar Indonesia, DIAN SASTRO Graduan Ekonomi Yang Cantik, Berbakat & Ada Yayasan Sendiri!
Ketika membintangi filem Ada Apa Dengan Cinta

Selebriti Pintar Indonesia, DIAN SASTRO Graduan Ekonomi Yang Cantik, Berbakat & Ada Yayasan Sendiri! Selebriti Pintar Indonesia, DIAN SASTRO Graduan Ekonomi Yang Cantik, Berbakat & Ada Yayasan Sendiri!

Pada tahun 2007 ketika kerjaya seni Dian sedang berada di puncak, jelitawan ini dilaporkan telah berjaya menamatkan pengajian Sarjana dalam bidang Falsafah dari Universiti Indonesia.

Meskipun sudah mempunyai nama besar dalam industri seni Indonesia namun Dian tetap belum rasa puas dengan pencapaian tersebut.

Lantas pada tahun 2014, dia meneruskan pengajian dalam bidang ekonomi dan meraih Master dalam lulusan berkenaan di universiti sama.

Selebriti Pintar Indonesia, DIAN SASTRO Graduan Ekonomi Yang Cantik, Berbakat & Ada Yayasan Sendiri! Selebriti Pintar Indonesia, DIAN SASTRO Graduan Ekonomi Yang Cantik, Berbakat & Ada Yayasan Sendiri!

Selebriti Pintar Indonesia, DIAN SASTRO Graduan Ekonomi Yang Cantik, Berbakat & Ada Yayasan Sendiri!

Selain meminati dunia lakonan dan muzik, isteri kepada anak usahawan berjaya Indonesia ini juga sangat prihatin terhadap nasib pelajar perempuan yang ketinggalan dalam pendidikan disebabkan kesempitan hidup.

Sedar akan kepentingan ilmu khususnya dalam kalangan wanita, Dian tampil mendirikan yayasan miliknya sendiri yang dikenali sebagai Yayasan Dian Sastrowardoyo (YDS) pada tahun 2009.

Memasuki tahun ke-12 penubuhannya, YDS yang menawarkan biasiswa pendidikan kepada pelajar perempuan daripada keluarga yang kurang bernasib baik telah berjaya membantu sejumlah besar kumpulan sasaran tersebut untuk menimba ilmu.

IKLAN

Selebriti Pintar Indonesia, DIAN SASTRO Graduan Ekonomi Yang Cantik, Berbakat & Ada Yayasan Sendiri! Selebriti Pintar Indonesia, DIAN SASTRO Graduan Ekonomi Yang Cantik, Berbakat & Ada Yayasan Sendiri! Selebriti Pintar Indonesia, DIAN SASTRO Graduan Ekonomi Yang Cantik, Berbakat & Ada Yayasan Sendiri!

Memetik laporan Antara News, Dian berkata dia terinspirasi untuk menjayakan usaha memberi pendidikan kepada pelajar perempuan daripada tokoh pejuang hak wanita Indonesia iaitu Raden Adjeng Kartini atau lebih dikenali sebagai Ibu Kartini.

“Saya percaya saat banyak perempuan menginginkan pendidikan tinggi, maka akan lahir generasi berikutnya yang jauh lebih cerdas. Kerana dengan mendidik perempuan maka sebenarnya secara tidak langsung sedang mendidik anak-anak dan cucu-cucu iaitu generasi berikutnya.”

IKLAN

Selebriti Pintar Indonesia, DIAN SASTRO Graduan Ekonomi Yang Cantik, Berbakat & Ada Yayasan Sendiri! Selebriti Pintar Indonesia, DIAN SASTRO Graduan Ekonomi Yang Cantik, Berbakat & Ada Yayasan Sendiri! Selebriti Pintar Indonesia, DIAN SASTRO Graduan Ekonomi Yang Cantik, Berbakat & Ada Yayasan Sendiri! Selebriti Pintar Indonesia, DIAN SASTRO Graduan Ekonomi Yang Cantik, Berbakat & Ada Yayasan Sendiri!

Dian mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hati, Maulana Indraguna Sutowo pada tanggal 18 Mei 2010. Hasil perkongsian hidup selama 11 tahun, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata lelaki dan perempuan iaitu Syailendra Naryama Sastraguna Sutowo berusia 10 tahun dan Ishana Ariandra Nariratana Sutowo, 8 tahun.

Daripada perkongsian Dian di Instagram, dia dan suami tercinta gemar menjalani gaya hidup sihat dan melakukan sukan lasak bersama. Antaranya berbasikal, menunggang kuda dan mendaki bukit.

Selebriti Pintar Indonesia, DIAN SASTRO Graduan Ekonomi Yang Cantik, Berbakat & Ada Yayasan Sendiri! Selebriti Pintar Indonesia, DIAN SASTRO Graduan Ekonomi Yang Cantik, Berbakat & Ada Yayasan Sendiri! Selebriti Pintar Indonesia, DIAN SASTRO Graduan Ekonomi Yang Cantik, Berbakat & Ada Yayasan Sendiri! Selebriti Pintar Indonesia, DIAN SASTRO Graduan Ekonomi Yang Cantik, Berbakat & Ada Yayasan Sendiri!

 

Kredit foto: Instagram Dian Sastrowardoyo

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI