Puan Sri Normala Samsudin, 58, yang terkenal dengan gelaran ‘Wanita Melayu Terakhir’ kini bahagia menjalani kehidupan peribadi membawa status isteri kepada bekas ahli politik, Tan Sri Azmi Khalid.

IKLAN
“Semangat Ibu Luar Biasa. Pernah Jual Kuih, Menoreh Getah Demi Sesuap Nasi” – NORMALA
Puan Sri Normala Samsudin di usia 58 tahun. Cantik dan awet muda!
“Semangat Ibu Luar Biasa. Pernah Jual Kuih, Menoreh Getah Demi Sesuap Nasi” – NORMALA
Bersama suami tersayang, Tan Sri Azmi Khalid.

Siapa pun dirinya kini, Puan Sri Normala sentiasa menyantuni ibu yang kini berusia 85 tahun. Baginya doa dan restu ibu amat penting dalam kehidupan seorang anak. Seronok melihat keakraban Datin Sri Normala dan ibunya yang dipanggil ‘Mak’.

“Semangat Ibu Luar Biasa. Pernah Jual Kuih, Menoreh Getah Demi Sesuap Nasi” – NORMALA
“Semangat Ibu Luar Biasa. Pernah Jual Kuih, Menoreh Getah Demi Sesuap Nasi” – NORMALA“Ketika kecil saya sudah merasa hidup susah. Hidup membantu keluarga, melihat bagaimana Mak yang bergelar ibu tunggal mencari wang demi keluarga.

“Saya melihat Mak seorang yang sangat kuat. Macam-macam usaha yang dilakukan Mak demi mencari sesuap nasi antaranya dengan menoreh getah, berkebun dan sebagainya.

“Semua kerja-kerja orang perempuan saya dah belajar sejak kecil. Dalam erti kata lain persediaan saya untuk menjadi seorang isteri seperti memasak dan melakukan kerja-kerja rumah sudah dididik oleh ibu sejak awal lagi.

“Semangat Ibu Luar Biasa. Pernah Jual Kuih, Menoreh Getah Demi Sesuap Nasi” – NORMALA
“Semangat Ibu Luar Biasa. Pernah Jual Kuih, Menoreh Getah Demi Sesuap Nasi” – NORMALA“Saya kagum dengan Mak kerana semangatnya yang luar biasa telah menjadikan siapa saya sekarang ini.”

PEREMPUAN KENA RAJIN KE DAPUR
“Bagi saya orang perempuan perlu ada usaha untuk belajar memasak. Sedap atau tidak itu bukan perkara utama. Apa yang penting adalah usaha dan sentiasa praktis walaupun tak pernah pegang senduk.

“Semangat Ibu Luar Biasa. Pernah Jual Kuih, Menoreh Getah Demi Sesuap Nasi” – NORMALA“Saya sendiri sejak usia 9 tahun sudah pandai memasak. Sebagai anak sulung pagi-pagi lagi saya sudah ke dapur untuk masak cekodok dan lempeng pisang.

“Saya dan adik perempuan memang diajar untuk tahu memasak sejak kecil. Bukan hanya belajar tanak nasi atas dapur kayu dan membuat kuih-kuih kampung bahkan kami juga belajar bagaimana cara nak kukur kelapa. Selain menoreh getah, ibu juga adalah penjual kuih-kuih kampung.

IKLAN

“Siang Mak menorah getah, malam pula sediakan bahan-bahan untuk buat kuih. Sebelum Subuh kuih dah siap untuk dihantar kepada penjual. Walaupun untung tak besar namun dapatlah juga beli baju sekolah dan pensil.

“Semangat Ibu Luar Biasa. Pernah Jual Kuih, Menoreh Getah Demi Sesuap Nasi” – NORMALA
Pasangan ini bersama cucu tercinta mereka.

“Lagi pun niat saya bantu Mak buat kuih nak cari duit belanja sekolah. Lama-lama jadi seronok pula bila dapat upah bantu buat kuih. Hasilnya, kita menjadi anak-anak yang sentiasa ingat kesusahan orang tua yang membesarkan kita.”

NASIHAT
Doa ibu sangat penting kepada anak-anak. Saya sering mengingatkan anak-anak perempuan tentang tanggungjawab sebagai isteri. Dalam rumahtangga perlu banyak bersabar dan berkompromi.

IKLAN

“Walaupun adakalanya kita rasa kita betul tetapi cuba bercakap secara baik dengan suami. Kalau di tempat kerja kita seorang ketua, di rumah kita tetap seorang isteri dan ibu. Sentiasa berdoa agar suami mudah lembut hati.

“Semangat Ibu Luar Biasa. Pernah Jual Kuih, Menoreh Getah Demi Sesuap Nasi” – NORMALA
Anak perempuan PS Normala bersama anak dan suami.

“Sebagai wanita juga kita perlu bekerja. Jangan terlalu bergantung kepada duit suami terutama pada zaman sekarang. Harus ada prinsip ‘saya perlu bekerja’. Maka, setiap anak perlu dididik dengan pelajaran. Sekurang-kurangnya dengan adanya ilmu mereka tahu untuk handle kehidupan yang kian mencabar.

“Semangat Ibu Luar Biasa. Pernah Jual Kuih, Menoreh Getah Demi Sesuap Nasi” – NORMALA
“Semangat Ibu Luar Biasa. Pernah Jual Kuih, Menoreh Getah Demi Sesuap Nasi” – NORMALA“Sekarang ini saya banyak menguruskan kerja-kerja di rumah termasuk berkebun seperti menanam ulam ulaman, pokok pisang, pokok rambutan dan sebagainya. Memandangkan anak-anak pun dah besar maka masa saya lebih banyak di Perlis. Selain itu, saya juga aktif dengan aktiviti hiking.”

Kredit Foto: Instagram @normalasamsudinofficial

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI