Terkesima baca pengakuan isteri pelawak, Fad Bocey tentang penghijrahannya baru-baru ini. Pada saat isu pemakaian tudung dalam kalangan selebriti hangat diperkatakan ramai, Syaheera tampil dengan imej yang sejuk mata memandang. Alhamdulillah, tanpa paksaan daripada suami mahupun kawan-kawan… Syaheera akhirnya memutuskan untuk berhijab pada 19 Januari lepas.

Mengakui ia bukanlah satu perkara mudah memandangkan iman yang masih goyah, pemilik nama Nur Syahirah Abdul Rahman ini terbuka berkongsi kisah di sebalik penghijrahan suci tersebut. “Dah lama saya kumpul tudung. Tapi biasalah iman kita turun naik, kadang tengok orang cantiknya bertudung. Tapi bila pakai rasa macam tak yakin. MashaAllah bukan mudah istiqamah tu.

Satu masa tu hampir setiap hari, saya selalu dalam keadaan resah. Kalau ke mana-mana mesti otak pikir kalau accident mati macam mana. Sampaikan setiap hari mimpi kiamat. Mimpi family satu-satu tinggalkan saya. Sampailah satu hari tu saya dapat satu mimpi yang memang saya takut untuk terima.”

“Setiap Hari Mimpi KIAMAT & Satu Persatu Family Tinggalkan Saya,” Isteri FAD BOCEY Tenang Lepas Berhijab!

“Setiap Hari Mimpi KIAMAT & Satu Persatu Family Tinggalkan Saya,” Isteri FAD BOCEY Tenang Lepas Berhijab!

Ternyata, hidayah dari Allah itu ‘mahal’ nilainya. Ia juga satu petanda betapa Dia cukup mengasihi hambaNya yang terdetik untuk berubah menjadi insan lebih baik. Selepas berkali-kali diberi ‘peringatan’ di dalam tidur, mimpi yang satu inilah yang terus membuka hati Syaheera untuk menutup aurat sebagai seorang muslimah sejati.

“Saya mimpi saya mati tinggalkan anak-anak. Bila bangun rasa sedih… rasa sayu sebab kita yang setiap pagi mandikan anak-anak, siapkan anak-anak pegi school, hantar school, balik masak untuk anak suami dan pastikan semuanya kenyang dan tak lapar. Tapi kalau saya takda nanti sapa yang akan buatkan semua tu. Anak-anak sapa yang akan uruskan.

Takut sangat walhal jalan yang Allah tulis kita kena redha terima semuanya. Lama saya cari apa sebenarnya yang Allah nak tunjukkan. Pernah dekat satu tempat tu saya masuk dalam keadaan aurat tak sempurna untuk solat dan banyak mata yang pandang pelik. Tapi abaikan sebab Allah tau niat kita.”

“Setiap Hari Mimpi KIAMAT & Satu Persatu Family Tinggalkan Saya,” Isteri FAD BOCEY Tenang Lepas Berhijab!

“Setiap Hari Mimpi KIAMAT & Satu Persatu Family Tinggalkan Saya,” Isteri FAD BOCEY Tenang Lepas Berhijab!

Tambahnya lagi, “Lepas solat saya akan baca Al-Quran yang ada terjemahan supaya saya dapat cari apa yang kurang dalam diri. Saya selalu refer kawan-kawan salah sorangnya Sya Shamsul. Dia lalu cakap slow-slow. Bukannya nak cakap pakai tudung ni kita dah jadi cukup baik, cukup sempurna tapi bila kita bertudung moga kita ke arah yang lebih baik. Takda satu pun manusia sempurna tapi kita cubalah untuk cari kesempurnaan tu. Takda paksaan dari suami tapi kenapa kita sebagai isteri tak boleh korbankan benda tu.

Satu ceramah yang saya dengar dari Youtube, tidak akan cium bau syurga bagi seorang wanita yang tidak menutup auratnya. Saya masih belajar dan belum sempurna menutup aurat. Moga ada yang dapat bimbing saya. Ramai sangat yang DM yang whatsapp. Semuanya bagi semangat. Tak tahu nak cakap rasa tu macam ramainya yang sayang kita sebenarnya. 19 Januari hari first saya bertudung sepenuhnya. Saya rasa yang tak tahu nak gambarkan tapi hati tu rasa lapang, rasa luas, rasa lega. Doakan saya terus istiqamah.”

Meniti usia 25 tahun, Syaheera mendirikan rumah tangga bersama Fad atau nama sebenarnya Fadzlie Nizam pada 14 Mac 2015. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan romantis ini dikurniakan sepasang anak kembar lelaki, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan serta anak perempuan bernama Nur Aminal Mishall yang lahir pada 19 November tahun lalu.

 

Sumber: Instagram Fad Bocey

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI