Sepetang bersama penghibur terkenal Indonesia, Hetty Koes Endang di Kuala Lumpur, banyak petua dan amalan kesihatan beliau yang dapat dikongsikan. Bayangkan pada usia lebih separuh abad, penyanyi yang popular dengan lagu ‘Kasih’ ini masih cergas, malah kekal cantik dan energetik!

Dari amalan pantang lepas bersalin hinggalah jamu rebusan sirih yang diminum, wanita periang yang mesra disapa Bunda ini tidak lokek berbahagi pengetahuan.

IKLAN

Dilahirkan pada 6 Ogos 1957, usia Bunda juga hampir sebaya dengan usia kemerdekaan Malaysia, sekaligus menjadikan beliau seorang legenda seni dunia.

Ketika diajak bersembang, Bunda Hetty nyata seorang yang versatil, merendah diri, keibuan dan kelakar dalam satu masa. Tiada istilah sombong dalam tutur katanya.

Suka Minum Teh Kayu Manis, Campur Lemon, Rahsia Sihat Bunda Hetty Koes Endang Pada Usia 65!
Kenangan terindah penulis bersama Bunda Hetty

 

Bahkan kesempatan berdampingan dengan penyanyi hebat itu, sempat jugalah penulis menatap raut wajahnya dari dekat. MasyaAllah, halus sungguh kulit wajah Bunda, persis anak dara.

Paling menarik, bila ‘diintai’ isi minuman teh kesukaannya. Ada kulit kayu manis!

“Kadang-kadang Bunda suka letak hirisan lemon juga. Memang baik untuk tubuh badan kita.” Hetty Koes Endang

Nak tahu lebih banyak petua kecantikan sambil bersembang tentang hubungan akrab beliau dengan Dato’ Sri Siti Nurhaliza? Jom tonton video Lensa Nona di bawah…

IKLAN

 

MAJLIS HIGH-TEA

Majalah Nona diundang secara eksklusif sempena majlis Secangkir Teh bersama Hetty Koes Endang yang diadakan penuh privasi di Telaga Bunga Spa, Royale Chulan Kuala Lumpur.

Menurut Pengasas D & D Spa & Wellness Centre yang turut merupakan penerima Nona Superwoman Award, Datin Diana Ibrahim, “Majlis yang julung-julung kali diadakan ini adalah untuk menghargai kesetiaan dan sokongan yang diberikan oleh para pelanggan kami selama ini.”

IKLAN

Suka Minum Teh Kayu Manis, Campur Lemon, Rahsia Sihat Bunda Hetty Koes Endang Pada Usia 65!

 

Suka Minum Teh Kayu Manis, Campur Lemon, Rahsia Sihat Bunda Hetty Koes Endang Pada Usia 65!
Datin Diana dan suami

 

Petang Sabtu yang indah, seakan tidak terasa berlalu pantas. Dua jam tetamu berhibur dengan celoteh juri Gegar Vaganza musim kelapan itu, sambil mendengar alunan suara merdu Hetty Koes Endang secara langsung.

Meskipun singkat, namun momen-momen indah yang tercipta pasti menjadi kenangan indah yang terpahat buat mereka sepanjang hayat.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI