Memang tak dinafikan sejak pandemik COVID-19 melanda seluruh dunia, baik suri rumah atau kerja di pejabat hidup dalam keadaan tertekan dan stres.

IKLAN

Seperti yang kita tahu, stres telah menjadi salah satu punca penyakit kronik dan merosakkan kecantikan kulit.

Suri Rumah Atau Kerja Pejabat, Perlu Manjakan Diri, Buat Sendiri Kat Rumah Saja
Gambar hiasan. Foto: Koleksi Majalah Nona

Walaupun apa yang terjadi sebagai wanita tidak kira suri rumah atau kerja di pejabat, kita perlu menjaga kecantikan dan kebersihan diri.

Langkah paling mudah adalah dengan melakukan sendiri rejim kecantikan diri atau lebih popular dengan nama Do It Yourself (DIY).

Suri Rumah Atau Kerja Pejabat, Perlu Manjakan Diri, Buat Sendiri Kat Rumah Saja
Gambar hiasan. Foto: Instagram @errafazira

KULIT TUBUH HALUS
Selepas penat mengharungi hari yang panjang di rumah melakukan kerja rumah dan membantu anak belajar di kelas online sudah pasti mahukan ketenangan, bukan? Begitu juga buat wanita yang bekerja di pejabat, saat pulang ke rumah sudah pasti mendambakan istirehat. Mandi akan menjadi lebih santai dan menenangkan dengan mandian aromaterapi. Hanya dengan langkah yang mudah iaitu mencampur air mawar dengan santan kelapa. Kombinasi kedua-dua ini akan membuat kulit menjadi lebih halus dan lembut. Tuang suku cawan air mawar dengan santan cair ke dalam tab mandian yang tersedia air suam. Gaul hingga rata dan berendam. Sangat nikmat!

Suri Rumah Atau Kerja Pejabat, Perlu Manjakan Diri, Buat Sendiri Kat Rumah Saja
Gambar hiasan. Foto: Instagram @uyainaarshad

BIBIR MERAH BAK DELIMA
Bibir merah merekah bak delima secara semula jadi menjadi idaman semua wanita. Tidak perlu mengoles gincu untuk mendapat bibir yang sebegitu. Tidak ramai wanita yang mempunyai bibir cantik secara semula jadi. Namun, itu bukan alasan untuk tidak mampu memiliki bibir idaman. Cara yang ringkas dengan bahan yang mudah diperolehi. Hanya dengan madu dan limau nipis. Gabungan kedua-dua bahan ini boleh mencerahkan dan melembapkan bibir secara semula jadi. Madu boleh memerahkan bibir kerana sifat madu yang dapat melembapkan bibir dengan mempertahankan oksigen dan air pada kulit bibir.

RAWATAN KAKI
Perubahan cuaca dan cara pemakaian kasut yang salah mungkin menjadi faktor kepada kulit kaki yang kasar dan merekah. Anda boleh merawat kaki di spa khusus untuk merawat kaki. Tetapi bagaimana pula jika tidak mempunyai masa untuk berkunjung ke spa? Boleh cuba cara ini. Rendam kaki ke dalam bekas yang diisi air suam serta ditaburi garam. Lebih baik jika menggunakan garam bukit. Kemudian buang kulit kasar dengan batu apung. Setelah selesai sapu pelembap. Nah selesai!

IKLAN
Suri Rumah Atau Kerja Pejabat, Perlu Manjakan Diri, Buat Sendiri Kat Rumah Saja
Gambar hiasan. Foto: Instagram @izaraaishahofficial

KULIT WAJAH BERSERI
Pernahkah terfikir untuk membuat pencuci muka sendiri. Mungkin sekali dengar umpama sesuatu yang tidak terjangkau dek fikiran. Tetapi, sebenarnya membuat sendiri pencuci muka bukan sesuatu yang mustahil. Madu boleh dijadikan sebagai pencuci muka untuk kegunaan harian. Lebih istimewa madu ini tidak perlu ditambah bahan lain atau pun perlu mengikut sukatan tertentu.

Hanya dengan menyapu madu keseluruh wajah, dibiarkan seketika dan bilas dengan air yang bersih. Madu boleh membersihkan kulit dan dalam masa yang sama memberi lembapan kepada kulit. Madu juga boleh digunakan untuk semua jenis kulit. Jika mahu membersih wajah yang tebal dengan solekan hanya perlu meletak madu di atas tuala muka yang bersih dan taburkan sedikit serbuk penaik. Lap muka dengan tuala dan bilas dengan air yang bersih. mudahkan?

IKLAN
Suri Rumah Atau Kerja Pejabat, Perlu Manjakan Diri, Buat Sendiri Kat Rumah Saja
Gambar hiasan. Foto: Instagram @rozitachewan1

MELEMBAPKAN KULIT
Buah avokado juga boleh membantu memberi lembapan kepada kulit wajah. Hancurkan buah avokado yang telah dilenyek dengan susu segar seperti menjadi krim. Sapu di seluruh bahagian wajah dan urut dengan lembut terutama di kawasan poin-poin untuk menegangkan otot wajah. Lakukan selalu dengan konsisten untuk mengawal lembapan di bahagian kulit wajah.

Suri Rumah Atau Kerja Pejabat, Perlu Manjakan Diri, Buat Sendiri Kat Rumah Saja
Gambar hiasan. Foto: Instagram @missfazura

SINGKIR NODA HITAM
Kaedah rawatan semula jadi atau tradisional ini boleh digunakan bagi masalah noda hitam yang nipis. Putih telur boleh digunakan untuk membuang noda hitam di wajah. Sapu putih telur di wajah umpama topeng. Putih telur mengandungi zat yang mampu merangsang pembaharuan kulit. Fungsi ini boleh menyingkirkan sel kulit yang mati di wajah. Jenis putih telur yang paling berkesan untuk menghilangkan noda hitam di wajah adalah telur ayam kampung.

Baca juga; Terserlah Seri Ibu Mengandung, ‘Mommy-To-Be’ UYAINA ARSHAD Bakal Masuk Trimester Ketiga

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majalah Nona (@majalahnona)

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI