Baru-baru ini, tular di media sosial gambar-gambar perkahwinan mega DDNK atau Datuk Dr Mohd Nazri Khan bersama isteri, Datin Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari yang nyata mengejutkan ramai pihak. Tak ada angin, tak ada ribut, DDNK dah pun menamatkan zaman dudanya bersama pilihan hati, yang dipercayai pelajarnya sendiri.
Selepas hampir dua minggu pakar saham tersebut mendirikan rumah tangga bersama wanita yang dicintai, nampaknya pasangan merpati dua sejoli ini tidak menunggu lama menghabiskan masa untuk berbulan madu.
Ads
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Nazri di laman TikToknya, kelihatan beliau bersama isteri kelihatan bahagia berbulan madu di atas sebuah kapal layar mewah yang bernama Serena, walaupun tidak dapat dipastikan lokasi bulan madu mereka.
@datodrnazrikhan Kita adalah kapal yang berlayar di lautan luas yang telah banyak kapal karam di dalamnya , mohon doa semoga kita tidak tersesat di dalam lautan ini #ddnk♬ Penghujung Cinta – Pasha
Ads
Seperti apa yang dilihat di dalam video tersebut, DDNK turut memberikan sebuah kek dengan perkataan ‘Happy Honeymoon’ serta sejambak bunga ros merah diberikan oleh pakar saham yang berusia 47 tahun itu kepada isteri tercinta.
“Kita adalah kapal yang berlayar di lautan luas yang telah banyak kapal karam di dalamnya, mohon doa semoga kita tidak tersesat di dalam lautan ini,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan mahligai dibina DDNK dan isteri kekal bahagia hingga ke Jannah. Meskipun jarak usia mereka berdua agak jauh, namun jelas keserasian mereka berdua, malah isterinya juga amat manja dan mesra sekali di samping DDNK.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ya Allah Kau lindungilah kami semua Ya Allah. Apa pun yang berlaku Allah Maha Baik. Kita tetap hendak besarkan rasa syukur kepada Allah SWT. Rahmat Allah jauh lebih besar. Dan kalau Allah uji kerana kita mampu.
Berikut perkongsian dari pendakwah terkenal, Ustazah Fatimah Syarha.
FASA-FASA KEHIDUPAN
Kehidupan ini memang sentiasa menguji kita. Kita bermula dengan fasa lemah dahulu. Fasa daripada kita bayi yang tidak tahu apa-apa. Kemudian Allah Yang Maha Pemberi Rezeki (Ar-Razzaq) siapkan segalanya untuk kita. Makan minum kita terjaga dengan izin Allah SWT. Pakaian dan keperluan juga terjaga, juga dengan izin Allah Taala. Kemudian kita masuk pula ke fasa kuat. Daripada remaja sampai usia 65 tahun kita berada di fasa kuat. Apabila kita kuat maka ujian pun makin kuat. Sebab Allah mengiktiraf kekuatan kita.
Allah tidak akan bagi apa yang kita tidak mampu. Yang kita mampu Allah akan bagi. Sebab Allah hendak naikkan lagi level kita, tahap kita di sisi Allah SWT. Maka apa pun yang Allah beri semuanya baik belaka. Allah sangat baik, sangat sayang kita. Kita juga nanti akan masuk ke fasa lemah. Ketika itu kita tidak perlu lagi risau kerana dahulu pun kita asalnya berada di fasa lemah iaitu kanak-kanak dan bayi. Allah jaga kita dengan sangat baik. Akan datang pun kita akan kembali ke fasa lemah, dengan izin Allah. Maka jangan risau. Allah sangat baik, Allah sangat menjaga.
PERSIAPAN
Dan di zon kita sekarang ini, apa yang hendak kita siapkan? Boleh jadi sebelum ini fasa kita adalah zon selesa. Sebab segalanya ada, segalanya dapat, segalanya terkawal dan selamat. Kemudian Allah membawa kita dari zon selesa masuk ke zon ketakutan. Takut rezeki tidak cukup, takut apa yang akan berlaku, takut sampai bila, takut raya di mana, tidak dapat ke masjid ketika puasa dan macam-macam ketakutan.
Tidak mengapa kerana ini normal dalam kehidupan. Kita akan diuji takut, ia normal. Kita harus bawa cepat-cepat diri kita dari zon takut ke zon ilmu. Doa yang kita minta antaranya ilmu yang bermanfaat. Kita akan dapat mengawal emosi, uruskan ujian. Sebab apa sahaja yang berlaku kita tidak boleh saling menuduh. Kita belajar daripadanya.
Kita tingkatkan skil daripadanya. Ini adalah zon pengetahuan. Dan kalau kita terus terusan belajar kita akan masuk ke zon berkembang dan bercambah. Apa pun yang berlaku dalam hidup kita sebelum ini semuanya akan menjadi aset yang sangat berharga untuk membina pengalaman, pencapaian baru, objektif baru ianya dapat meluaskan lagi zon selesa kita.
Di fasa mana pun, diuji bagaimana pun kita tetap selesa dengan Allah SWT. Allah SWT mengajar kita untuk sentiasa besarkan rasa syukur kerana ia terapi. Dalam Al-Quran Allah menyebut “Dengan nikmat Tuhanmu sebut sebutkanlah”.
TAQWA & SEDEKAH
Yakin dan percaya bahawa Allah Yang Maha Membantu, Maha Memberi dan Maha Menyayangi sentiasa dekat dan bersama dengan kita. Bagaimana kita hendak luahkan kepada Allah bahawa kita ini hambaNya yang sangat mensyukuri?
Pertama, jaga taqwa kepada Allah SWT. Dan Allah sebut dalam Al-Quran “Siapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah akan bagi jalan keluar.” Allah hendak beri rezeki daripada sumber yang tidak disangka sangka. Rezeki adalah apa sahaja yang bermanfaat seperti kekayaan, kesihatan dan kebahagiaan, anak soleh dan solehah, dapat tersenyum, ilmu baru, dapat menikmati hari ini, itu semua itu rezeki.
Kita juga hendak banyakkan sedekah. Kata Nabi SAW, ketika ditanya oleh para sahabat apakah sedekah yang paling afdhal. Lalu kata Nabi SAW, sedekah yang paling afdhal ialah ketika kita sihat, ketika rasa kikir (kedekut) dan ketika berangan angan hendak kaya. Kita keluarkan sedekah kepada yang memerlukan. Ketika itu Allah memandang sedekah kita sebagai sedekah paling afdhal. Subhanallah!
ZIKIR
Hendak meluaskan lagi hubungan kita dengan Allah, bukan sekadar dengan perkara-perkara yang fardhu tetapi juga perkara-perkara sunat. Kita hendak buat sebanyak-banyaknya. Misalnya hubungan dengan zikir pagi dan petang, Al Mathurat. Ataupun Hisnul Muslim.
Baca maksudnya, tenangkan emosi, jiwa kita dengan memahami apa perkataan Allah. ‘Whatsappp’ Allah, ‘mesej’ Allah supaya jiwa kita kuat melalui apa jua ujian. Subhanallah!
Maka ingatlah, kata Allah dalam Al-Quran “Hari-hari itu Allah akan tukar (macam roda) sekejap di atas sekejap di bawah. Hari-hari yang kita lalui pun sama. Hari ini sihat, esok mungkin sakit. Kemudian sihat dan sakit semula. Atau, hari ini rezeki melimpah esok rezeki sempit.
Dunia semuanya sementara. Yang kekal hanyalah wajah Allah SWT. Alhamdulillah Ya Allah apa pun yang berlaku, senang mahupun susah, sakit ataupun sihat apa jua berlaku yang penting “Saya ada Allah dalam diri saya. Dan saya sangat bahagia dengan kehidupan ini. Alhamdulillah”.
Kredit foto: Instagram Ustazah Fatimah Syarha
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
NIVEA, jenama penjagaan kulit No.1 di dunia menerima pengiktirafan dari “Malaysia Book of Records” baru-baru ini untuk ‘Penyertaan Terbesar dalam Cabaran Anti Bintik Hitam’ yang mana ribuan rakyat Malaysia memberi testimoni positif terhadap ujian dan bukti revolusi NIVEA LUMINOUS630. Lebih dari 90% pengguna sebenar produk bersetuju dengan kandungan terobosan LUMINOUS630 yang sangat efektif dalam melawan bintik hitam.
Dalam ucapan penerimaan anugerah, Encik Ng Hock Guan, Pengurus Serantau untuk Beiersdorf Malaysia & Singapura mengucapkan ribuan terima kasih dengan mendedikasikan anugerah dan pengiktirafan kepada semua pengguna sebenar NIVEA LUMINOUS630 di Malaysia.
“Kami berasa gembira menyaksikan kejayaan pengalaman ribuan pengguna sebenar dengan NIVEA LUMINOUS630 yang berevolusi ini! Penerimaan anugerah dan pengiktirafan daripada “Malaysia Book of Records” merupakan pencapaian yang penting buat kami – mengukuhkan lagi apa yang kami tahu dan percaya dengan kejayaan dan solusi yang efektif terhadap bintik hitam yang terdapat didalam NIVEA LUMINOUS630! Pengiktirafan ini adalah kerana ramai pengguna yang telah menguji dan membuktikan keberkesananya melalui ulasan yang positif dan ini merupakan satu pencapaian yang besar untuk NIVEA di Malaysia”.
Pada majlis itu, Dr Shazril Shaharuddin dalam perkongsiannya memberikan pandangan yang lebih mendalam tentang sains di sebalik NIVEA LUMINOUS630. Bintik hitam merupakan salah satu cabaran penjagaan kulit yang dihadapi oleh jutaan orang di seluruh dunia dan ramai yang bergelut untuk mencari penyelesaian yang berkesan. “Tyrosinase inhibitors” merupakan penyelesaian yang paling biasa dan selamat serta digunakan secara meluas di pasaran.
NIVEA LUMINOUS630 adalah hasil dari 10 tahun kajian yang mendalam dan melalui proses pengujian 50,000 molekul oleh saintis kulit di Jerman.NIVEA LUMINOUS630 Anti Dark-Spot Serum merupakan ciptaan anti bintik hitam terobosan yang dirumuskan untuk mengurangkan bintik hitam, garis halus dan meningkatkan keserian dalam masa 2 minggu tanpa merosakkan kulit.
Turut hadir pada majlis ini adalah Harith Iskander bersama Bernard Hiew sebagai pengacara dan juga rakan artis seperti Fattah Amin, Nabila Razali dan Danny Koo yang berkongsi pengalaman peribadi mereka tentang bintik hitam dan NIVEA LUMINOUS630. Ribuan rakyat Malaysia telah menguji dan membuktikan keberkesanan NIVEA LUMINOUS630.
Rangkaian penuh NIVEA LUMINOUS630 Anti Dark-Spot Serum kini boleh didapati disemua cawangan Watsons dan secara dalam talian di kedai rasmi NIVEA. Rangkaian ini terdiri daripada penjagaan kulit siang dan malam, serta produk rawatan mata.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kita biasa mendengar tentang penyakit gout iaitu sejenis penyakit yang disebabkan asid urik yang berlebihan di dalam badan. Akibatnya, seseorang itu akan mengalami bengkak terutama melibatkan anggota kaki hingga sukar berjalan. Namun apabila memperkatakan tentang Tophy, pasti ramai yang seakan terpinga-pinga.
Menurut Dr Abdul Rahim, Thopy adalah penyakit gout. Seperti yang sedia maklum, gout adalah penyakit arthritis disebabkan oleh hyperuricemia iaitu plasma urate/urik asid dalam darah melebihi 420 mol/L (7.0mg/dL). Asid urik ini terhasil daripada pemecahan makanan yang tinggi purin atau protein. Ia berkumpul di bahagian sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi serta menyebabkan rasa sakit.
Apabila gout menyerang di sendi-sendi lutut, pergelangan kaki dan lengan, siku, jari tangan dan kaki serta tapak tangan, ia akan bengkak. Pada ketika ia membengkak inilah dipanggil Thopy yang berisi garam atau kristal urik asid yang mengakibatkan anggota badan terlibat berwarna merah, panas selain amat sakit sampai tidak boleh bergerak atau jalan. Tidak dinafikan juga hingga ada yang demam!
Semuanya kerana pemendapan asid urik yang membentuk hablur / kristal garam seperti jarum yang tajam dan membuatkan sendi bengkak & sakit.
RAWATAN
Sumber: Facebook Dr. Abdul Rahim
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!