Rezeki pendidik… Berkat kegigihannya sebagai guru serta pensyarah vokal, Nona tumpang bangga dengan perkhabaran Syafinaz Selamat yang menerima pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk, sebentar tadi.
Pingat untuk penyanyi kelahiran Johor tersebut dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara sempena Hari Wilayah Persekutuan, 1 Februari 2018.
Syafinaz, 45, yang juga seorang konduktor dan guru vokal dan ketika ini terlibat sebagai konduktor dan ‘vocal master’ untuk Koir Permata Seni. Syafinaz juga pernah bertindak sebagai juri program nyanyian seperti Malaysian Idol dan AF Megastar.
Ads
Popular menerusi lagu Ingin Bersamamu, Syafinaz juga adalah pensyarah vokal di Jabatan Muzik Fakulti Seni Persembahan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, pensyarah Akademi Seni Kebangsaan (ASWARA) serta vokal ‘master’ untuk Koir Kebangsaan Malaysia.
Ads
Pingat berkenaan dibuat berdasarkan sumbangan Syafinaz kepada pembangunan Wilayah Persekutuan. Penganugerahan ini bukan sahaja diberikan kepada warga Wilayah Persekutuan namun turut mengiktiraf mereka yang tidak bermastautin tetapi menabur bakti kepada pembangunan Wilayah Persekutuan.
Sementara itu, seramai 39 individu dianugerahkan Johan Mahkota Wilayah (JMW), 71 individu menerima anugerah Kesatria Mahkota Wilayah (KMW), 74 individu menerima anugerah Ahli Mahkota Wilayah (AMW) dan 94 individu menerima Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW).
Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan yang bermula sejak 2008 adalah bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan warga Wilayah Persekutuan yang banyak berjasa membangunkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Sumber: Astro Awani
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Macam tak percaya, ketika usia mencecah 43 tahun dan mempunyai tujuh orang anak… Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa mampu menggenggam segulung PhD! Iyalah, dengan status beliau yang sudah pun bergelar isteri, ibu dan juga pendakwah, agak sukar sebenarnya untuk menggapai kejayaan sedemikian. Namun, Ustazah Norhafizah berjaya membuktikan ia bukanlah satu perkara yang mustahil.
Penganugerahan Doktor Falsafah (PhD) Ustazah Norhafizah dari Akademi Pengajian Islam tersebut berlangsung di Istiadat Konvokesyen ke-58 Universiti Malaya, Sabtu lalu.
Kongsinya, “Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengarah Akademi Pengajian Islam (API), kepimpinan pengurusan dan pentadbiran API, Ketua-ketua Jabatan khususnya Jabatan Akidah & Pemikiran Islam, Penyeliaku Yang Berbahagia Prof Madya Dr Che Zarrina bt Saari dan Yang Berbahagia Dr Khairul Naim, semua pensyarah-pensyarah API yang merupakan tuan guru-tuan guru hebat semuanya.
Staf pentadbiran yang sangat baik hati dan sentiasa manis muka membantu seluruh proses PhD journey ini.. Hanya kepada Allah dirafa’kan doa agar Allah memakmurkan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, memberkati warga API di dunia dan di akhirat.”
Pasti ramai wanita yang terinspirasi dengan figura bernama Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa ini. Beliau bukan sahaja berjaya dalam bidang kerjaya dan pengajian, malah dikurniakan Allah nikmat rumah tangga yang bahagia bersama suami tercinta, Dr Azahar Yaakub dan tujuh anak iaitu empat perempuan serta tiga lelaki.
Keperibadian wanita hebat ini juga mencetuskan rasa kagum kerana Ustazah Norhafizah memiliki rupa paras yang sejuk mata memandang di samping pertuturannya yang penuh kelembutan dan nasihat. Masih terngiang-ngiang lagi suara lembut beliau menyampaikan ceramah di corong radio mahupun di kaca televisyen. Nampak bersahaja namun sampai ke lubuk hati setiap pendengar.
Ustazah Norhafizah mendapat pendidikan peringkat Sarjana Muda di Universiti of Yarmouk, Jordan dalam bidang Sastera Bahasa Arab dan Pengajian Islam sebelum menyambung pengajian di peringkat sarjana di Universiti Malaya di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan.
Bergelar pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur, beliau juga merupakan penulis buku, kolumnis majalah, panel di radio Ikim FM, panel Tanyalah Ustazah, Al-Hidayah, Forum Perdana dan banyak lagi.
Oktober 2018 pastinya meninggalkan memori indah buat Ustazah Norhafizah kerana bukan sahaja menerima anugerah pengajian PhD, bahkan beliau turut dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Daerah Jempol, Negeri Sembilan Darul Khusus 1440 Hijrah bersamaan 2018 Masihi.. beberapa hari sebelum majlis konvokesyen berlangsung.
“Alhamdulillah.. walaupun tidaklah selayaknya kerana pasti di sana ada yang lebih berhak barangkali, tetapi mendapat penghargaan dari daerah kelahiran adalah sangat dihargai. Di daerah Jempol inilah, dibesarkan dengan sepenuh kasih sayang mak abah, keluarga, saudara mara, jiran tetangga, sahabat-sahabat.
Di daerah Jempol lah mulai kenal erti kehidupan, keseronokan zaman kanak-kanak dan remaja. Sejauhmana pun diri ini pergi, daerah Jempol tetap di hati. Alhamdulillah seterusnya terima kasih daerah Jempol atas penghormatan ini. Semoga Allah berkati dan lindungi selalu daerah Jempol.”
Sumber: Instagram Ustazah Norhafizah Musa
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti yang diketahui ramai, hubungan antara penyanyi serta pelawak Mark Adam dan isterinya, Norazah Redzuan (Ezan) macam adik beradik dengan Shuib (Sepahtu) dan arwah Siti Sarah Raissuddin.
Hubungan yang pada mulanya sekadar sebagai peminat dan artis, akhirnya bertukar menjadi sahabat yang sangat akrab. Bukan sekadar dalam industri bahkan dalam kehidupan peribadi, mereka umpama isi dengan kuku.
Gambaran keakraban ini permah dikongsi kepada NONA oleh Ezan (isteri Mark Adam) tentang sikap serta kebaikan arwah Siti Sarah sepanjang mereka bergelar sahabat. Menurut Ezan, arwahlah yang paling gembira bila dirinya mula berhijab dahulu.
Baru-baru ini, Ezan memuat naik satu posting di akaun Instagramnya bagi mengenang pemergian sahabat baiknya itu yang genap setahun mengikut kalender Islam iaitu pada Jumaat 29 Julai 2022 bersamaan 1 Muharram 1444H.
Menurut Ezan, walau setahun sudah berlalu namun kesedihan dan kerinduan yang sering dirasai sesuatu yang tak terungkap dan momen paling berat.
“Hari ini telah genap setahun sudah… inilah tarikhnya mengikut kalender Islam Jumaat 29 Julai 2022 bersamaan 1 Muharram 1444H pemergian Allahyarhamah Siti Sarah Binti Raissuddin.. Terasa masa itu berlalu dengan cepat walaupun sehingga sekarang terasa hati ini masih berat di atas pemergian Mu Jah tetap itu semua sudah ketentuan Allah SWT.
“Walaupun kita semua tahu yang mati itu adalah sesuatu yang PASTI, menghadapi dan menelan segala Kesedihan dan kerinduaan yang kerap hadir ketika mengingat Mu memang sesuatu yang tidak akan terluah mahupun padam dalam ingatan.. Kepergian Mu untuk selama-lamanya menjadi moment paling berat bagi Ku Jah…. Namun, hidup perlu diteruskan. Walaupun perit untuk dilalui..tapi ku kena akur.
“Ya Allah ampuni segala dosanya, kasihani dan sejahterakan dia, maafkanlah kesalahannya, muliakanlah kedatangannya, lapangkanlah kuburnya dengan RahmatMu dan tempatkan lah dia dikalangan orang-orang yang soleha.. Insyaallah Amin
Al Fatihah
Dapat disimpulkan, nilai persahabatan mereka sangat mahal, sahabat dunia akhirat. Kenangan ketika di tanah suci Mekah menjadi momen terindah mereka. Maka, wajarlah mereka ini digelar sebagai sahabat dunia akhirat, buat kebaikan sama-sama dan susah senang pun bersama.
Selain amalan arwah Siti Sarah yang gemar bersedekah, Ezan turut terinspirasi dengan sikap arwah sebagai seorang isteri yang baik dan taat kepada suami.
Semoga roh arwah Siti Sarah sentiasa dicucuri rahmat dan berada di kalangan orang-orang yang beriman. Semoga kebaikannya sentiasa menghidupkan dan menyuburkan setiap jiwa selamanya.
Kredit Foto: Instagram @ezzpowers
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mengorak langkah dan mula mengukir nama sebagai model muslimah, sebelum namanya menjadi tular dek kerana mempunya rupa paras persis pelakon jelita, Mira Filzah.
Nama pelakon yang masih hijau, Qasrina Karim semakin mendapat perhatian di dalam industri seni Malaysia, malah kian memuncak setelah membintangi drama bersiri, berjudul My Famous Ex-Boyfriend yang ditayangkan di slot Megadrama, Astro Ria satu ketika dahulu.
Qasrina yang lebih mesra disapa sebagai Qas bukan sahaja menjadi perhatian orang sekeliling dengan wajah yang manis dan ayu. Ramai yang mengidolakan gadis ini kerana keterampilannya sebagai wanita hijabi yang sopan dan cantik.
Pasti ada dikalangan Nonarians yang ingin mengetahui rutin kecantikan Qasrina, yang sentiasa tampil elegan dan ‘on point’ meski pun sedang sibuk melunaskan tanggungjawab kerjaya. Apa agaknya rahsia Qas ya?
Ketika ditemubual team NONA, Qas menjelaskan bahawa dia tidak pernah culas melakukan rutin kecantikannya, walaupun sibuk. Katanya, itu merupakan satu investment jangka panjang bagi kekalkan kecantikan diri sebagai seorang selebriti dan juga Public Figure.
“Kecantikan ini satu investment jadi saya amat pentingkan penjagaan kulit wajah.
“Walau sibuk macam mana pun, skincare is a must kerana itu satu kepentingan dalam menjaga kecantikan diri.” ujarnya.
Apabila disoal mengenai tip atau bahan alami yang digunakan, Qasrina akui dia mengambil suplemen untuk membantu mengekalkan kemulusan kulit wajahnya seperti vitamin C selain untuk kekal bertenaga.
Malah, dia juga gemar mengambil buah-buahan sebagai bahan semula jadi untuk tubuh badannya.
“Suplemen yang saya ambil adalah Vitamin C, tak perlu tambahan yang lain kerana ia cukup berikan kecergasan buat badan sebab sering rasa penat bila shooting.
“Saya juga suka makan buah-buahan seperti Blueberi, Strawberi dan juga Salad. Ia menjadikan diet seimbang untuk tubuh badan dan kulit wajah!” katanya lagi.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!