Perancis, secara rasmi dipanggil Republik Perancis merupakan sebuah negara yang terletak di Eropah Barat. Di sepanjang ibu kota metropolitan ini terdapat deretan kafe menyediakan pelbagai pencuci mulut istimewa Perancis yang dinikmati bersama secawan espresso mahupun latte. Manisan popular dan sering menjadi sebutan dan turut digemari di seluruh dunia! NONA berkongsi resipi Creme Brulee yang boleh dilakukan sendiri di rumah. Selamat mencuba!
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan putar sehingga timbul buih.Tuangkan campuran adunan ke dalam mangkuk kecil. Letakkan mangkuk dalam dalam dulang berisi air sehingga separuh mangkuk casserole.Bakar lebih kurang 40 minit, kemudian keluarkan dari dulang. Masukkan pula dalam peti sejuk sekurang-kurangnya dua jam. Sebelum dihidangkan taburkan gula di atasnya kemudian panaskan gula menggunakan torch sehingga gula menjadi keperangan atau menjadi seperti karamel.
Kehidupan keluarga diraja Britain ini sememangnya sering mencuri tumpuan seluruh dunia. Daripada kehidupan peribadi kaum kerabat keluarga diraja ini dan juga fesyen yang ditampilkan oleh mereka termasuk Ratu Elizabeth II sendiri.
Ratu Elizabeth II ini telah mencipta sejarah dunia apabila menjadi raja pemerintah tertua di dunia iaitu selama 68 tahun. Baginda telah ditabalkan sebagai Ratu pada 1952 ketika berusia 25 tahun. Seperti yang kita tahu, Putera Charles merupakan pewaris takhta kerajaan ini.
Pada 21 April yang lalu Ratu Elizabeth II telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-94. Namun, sambutan pada tahun ini agak berbeza daripada tahun-tahun yang sebelumnya yang meriah dengan tembakan hormat akibat penularan pandemik COVID-19.
Namun, apa yang menariknya ialah apabila Ratu Elizabeth II telah sudi berkongsi resipi istana cara membuat pancake. Jarang kita dengar atau lihat Ratu Elizabeth II ini berkongsi resipi. Mesti ada keistimewaannya pancake ini. Ratu England ini menggelarkannya, Queen Elizabeth II’s Scotch Pancakes. Jom kita tengok resipi istimewa ini.
Queen Elizabeth II’s Scotch Pancakes
Bahan-bahan;
3 cawan (400g) tepung pelbagai guna
2 sudu teh soda bikarbonat
3 sudu teh cream of tartar
1/4 sudu teh garam
2 biji telur
1/4 cawan gula
1 1/2 cawan (350 ml) susu
2 sudu besar mentega (cairkan)
Cara membuat;
1. Pukul telur, gula dan separuh daripada bahagian susu bersama sehingga kembang.
2. Masukkan tepung dan gaul sebati. Kemudian masukkan lebihan susu tadi.
3. Masukkan soda bikarbonat dan cream of tartar, gaul sebati. Kemudian masukkan mentega.
4. Panaskan kuali dan cairkan sedikit mentega di atasnya.
5. Senduk 2 atau 3 sudu adunan ke atas kuali dan pastikan tidak bersentuhan.
6. Apabila adunan di bahagian atas nampak berbuih terbalikkannya.
7. Pancake siap apabila warnanya bertukar keperangan.
8. Hidang dengan sirap, buah-buahan atau jem kegemaran anda.
Sumber: 10daily.com.au
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hidangan asam pedas sememangnya amat popular di kalangan masyarakat Malaysia. Jika menyebut sahaja menu asam pedas, pasti kecur air liur membayangkan kuhnya yang pekat, rasanya yang pedas tetapi lengkap dengan rasa masam yang seimbang. Ditambah pula penggunaan bunga kantan dan daun kesum, aroma hidangan ini menjadi semakin enak apatah lagi untuk sajian tatkala berbuka puasa.
Bagi Datin Sri Zuraila Yassin atau lebih mesra disapa Datin Sri Ilyka, menu asam pedas sememangnya menjadi kegemaran keluarganya apatah lagi ketika di bulan Ramadan.
“Asam pedas merupakan antara menu yang sering saya sediakan untuk keluarga. Tetapi saya akan mempelbagaikan jenis asam pedas antaranya termasuklah asam pedas menggunakan ayam. Antara ikan yang menjadi pilihan untuk asam pedas termasuklah ikan merah dan ikan pari.
Selain menu asam pedas, saya juga gemar memasak sambal udang, rendang daging atau ayam, masak lemak cili api ketam bersama nanas dan sebagainya. Pendek kata, saya gemar memasak sendiri hidangan untuk keluarga,” ujar Datin Sri Ilyka mesra.
1.Bersihkan ayam terlebih dahulu dan asingkan. Sementara itu, rebus cili dan toskan airnya.Kemudian kisar sehingga ia menjadi lumat. Kisarkan juga bahan-bahan tumisan seperti halia, kunyit, bawang putih dan bawang merah.Campurkan ke dalam bahan-bahan kisar.
2.Panaskan minyak. Kemudian masukkan bahan-bahan tumisan dan tumis sehingga pecah minyak. Tambahkan sedikit minyak sekiranya tidak mencukupi.
3. Pastikan lada yang digoreng di atas dapur sentiasa di kacau agar ia tidak hangit dan melekat di permukaan kuali.Tambahkan sedikit garam secukup rasa. Kemudian masukkan air asam jawa.
4.Masukkan bunga kantan diikuti daun kesum.
5.Masukkan ayam ke dalam periuk.Gaulkan sehingga sebati. Biarkan air dari ayam tersebut keluar dan mesra di dalam kuali.
6.Tambahkan sedikit lagi air asam jawa.Tutup dan biarkan sehingga ayam menjadi empuk.
Berkongsi tips bagaimana menyediakan hidangan asam pedas yang sedap, menurtu wanita kelahiran Johor ini, tidak susah untuk menyediakan hidangan asam pedas sekiranya teknik memasak hidangan tersebut dilakukan dengan betul.
“Tidak susah memasak asam pedas ni.Apa yang penting, pastikan lada yang digoreng hendaklah sentiasa di kacau agar ia tidak hangus dan berkerak di dasar kuali. Kemudian barulah dimasukkan garam untuk proses memasaknya lengkap.
Selain itu,masukkan ayam. Pastikan selepas memasukkan ayam, tutup periuk seketika agar stok dari ayam tersebut dapat dihasilkan kerana ia adalah elemen utama menghasilkan kuah terhadap asam pedas ayam ini. Jika tidak cukup kuah, tambahkan air. Perasakan garam dan gula secukup rasa dan pastikan asam pedas mempunyai rasa pedas dan masam yang seimbang.”
Menyentuh mengenai persiapan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba, Datin Sri Ilyka bakal meraikan Aidilfitri di kediamannya terlebih dahulu di Shah Alam sebelum berkunjung ke kediaman ibu mentua yang terletak di Ampang, Selangor.
Kebetulan rumah ibunya di Puncak Alam, jadi tidak menjadi masalah untuk dirinya pulang berhari raya bersama keluarga tetapi perlu mengekalkan penjarakan sosial demi memastikan kesihatan orang tua dan kanak-kanak di dalam keluarganya berada pada tahap terbaik.
“Tahun ini pastinya suasana Aidilfitri amat berbeza jika dibandingkan dengan Aidilfitri tahun-tahun sebelumnya. Sebolehnya elakkan ahli keluarga kita dari dijangkiti COVID-19. Jadi, budaya kunjung-mengunjung, bersalam-salaman di Aidilfitri perlulah dielakkan bagi memastikan wabak ini dapat dicegah. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Aidilfitri dan Stay Safe untuk semua rakyat Malaysia, ” ujar Datin Sri Ilyka seraya mengakhiri perbualan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hidangan manisan seperti kek sememangnya sering menjadi pilihan untuk mengakhiri hidangan utama. Bertambah enak jika gabungan aneka kekacang menjadi pelengkap manisan bersama tersayang. Kepelbagaian khasiat kekacang menjadikan hidangan ini lebih enak dan menambat selera.
Kekacang dan legum diambil sebagai sumber protein menggantikan daging. Ia juga membantu menstabilkan paras glukos dalam darah, menyeimbangkan tindak balas elektrolit dalam tubuh dan meningkatkan kadar metabolisme serta fungsi tubuh dan otak.
BAHAN-BAHAN:
3 biji telur
3 biji kunign telur
110gm gula aising
60gm tepung gandum
60gm serbuk badam
110gm mentega
170gm coklat gelap
CARA MEMBUAT:
Pukul telur, kuning telur bersama gula aising sehingga ia menjadi kembang. Masukkan pula tepung gandum diikuti serbuk badam. Gaulkan sehingga ia menjadi sebati. Cairkan coklat gelap dan masukkan ke dalam adunan tadi. Gaulkan sehingga sebati. Kemudian cairkan mentega dan masukkan ke dalam adunan dan pastikan ia diadun sehingga sebati. Masukkan adunan ke dalam acuan yang sesuai dan bakar pada suhu 190C selama 15 minit. Keluarkan dan sedia untuk dihidangkan bersama sos coklat.
BAHAN-BAHAN:
19gm oatmeal
90gm kelapa kering
200gm kacang badam
90 gm cip coklat
30gm ceri merah
60gm gula perang
160gm madu
10gm serbuk kayu manis
CARA MEMBUAT:
Campurkan kesemua bahan kecuali cip coklat. Gaulkan sehingga adunan menjadi sebati. Ratakan di atas dulang pembakar dan masukkan ke dalam ketuhar dan bakar selama 10 minit. Keluarkan dari ketuhar dan taburkan cip coklat dan gaulkan sehingga sebati.Masukkan semula ke dalam ketuhar dan bakar selama 15 minit pada suhu 170C.Keluarkan dari ketuhar dan potong ketika ia masih panas supaya ia tidak pecah. Setelah sejuk, rendamkan ke dalam coklat gelap yang telah dicairkan dan sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
3.HAZELNUT DOME MOUSSE CAKE
BAHAN UNTUK HAZELNUT SPONGE KEK:
9 biji telur ayam
500gm tepung campuran kek
80gm air
80gm minyak
BAHAN UNTUK HAZELNUT MOUSSE CREAM
4 biji telur ayam
70gm gula kastor
200gm krim putar
20gm serbuk gelatin
150gm jam perisa hazelnut
CARA MEMBUAT
Untuk menyediakan kek span kacang hazel, pukul telur bersama campuran tepung kek bersama air. Pukul sehingga kembang. Kemudian masukkan minyak dan kacau sehingga sebati. Masukkan adunan ke dalam acuan dan bakar selama 15 minit pada suhu 180C. Setelah masak, keluarkan dan biarkan ia sejuk seketika.Untuk menyediakan Hazelnut Mousse Cream pula, pukul krim putar sehingga naik dan asingkan seketika. Pukul telur dan gula sehingga kembang.Kemudian masukkan krim yang telah dipukul terlebih dahulu dan kacau sehingga sebati. Masukkan jam perisa kacang hazel yang telah dicairkan ke dalam adunan dan kacau sebati. Masukkan serbuk gelatin yang telah dicairkan. Potong ia mengikut acuan dan lapiskan bersama kek span hazel. Simpan di dalam peti sejuk sehingga keras sebelum dihidangkan.
4.PINE NUT PIE
BAHAN UNTUK DOH:
200gm mentega
100gm gula kastor
1 biji telur
330gm tepung gandum
10gm susu tepung
BAHAN-BAHAN UNTUK INTI:
3 biji telur
75gm gula
125gm madu
45gm mentega(dicairkan)
75gm krim putar
200gm kacang pine
CARA MEMBUAT:
Untuk bahan A, gaulkan mentega bersama gula kastor sehingga sebati.Kemudian masukkan telur dan gaul sehingga sebati. Masukkan pula tepung gandum dan susu tepung. Kacau sehingga sebati. Masukkan ke dalam acuan pai pilihan anda. Untuk menyediakan bahan B pula, pecahkan telur ke dalam bekas dan masukkan gula, madu dan kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan pula krim dan gaulkan sehingga sebati.Akhir sekali masukkan mentega yang telah dicairkan ke dalam adunan. Masukkan pula kacang pine ke dalam aduan dan bakar di dalam ketuhar pada suhu 180C selama 25 minit.
BAHAN-BAHAN A:
425gm kacang walnut(dicincang)
75gm mentega
75gm gula
BAHAN-BAHAN UNTUK KEK KEJU:
800gm krim keju
100gm gula kastor
70gm sirap maple
50gm kacang walnut
3 biji telur
CARA MEMBUAT:
Gaulkan kesemua bahan A dan masukkan ke dalam bekas pembakar kek dan ratakan. Bakar selama 15 minit pada suhu 180C.Kemudian pukul krim keju bersama gula sehingga sebati dan masukkan telur sebiji demi sebiji.Masukkan pula kacang walnut dan sirap maple ke dalam adunan kek dan kacau sebati. Setelah siap, masukkan adunan keju ke dalam acuan kek di atas bahan A dan bakar selama lebih kurang 50 minit pada suhu 160C.
6.BISKUT KACANG PISTACHIO
BAHAN-BAHAN:
125gm mentega
125gm gula kastor
3 biji telur
300gm tepung gandum
5gm baking powder
5gm garam
130gm kacang pistachio
1 sudu kecil kacang pistacio
1 sudu kecil esen vanilla
BAHAN UNTUK SOS KARAMEL:
200gm gula 150gm mentega
250ml krim
CARA MEMBUAT:
Pukul mentega bersama gula sehingga sebati.Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji.Masukkan tepung gandum, serbuk penaik dan garam.Gaulkan sehingga sebati. Bentukkan doh dan bakar di dalam ketuhar pada suhu 180C selama 25 minit. Apabila sudah masak, keluarkan dan biarkan ia sejuk seketika. Untuk menyediakan sos karamel pula, panaskan periuk kemudian masukkan gula dan kacau sehingga ia kekuningan. Masukkan mentega dan kacau seketika. Kemudian masukkan krim dan kacau sehingga pekat didalam api yang perlahan.
RESIPI DISEDIAKAN OLEH: MOHD SHAFIK ABDULLAH (PASTRY CHEF) & AZRAM RIZAL (EXECUTIVE CHEF) HOTEL HOLIDAY VILLA SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Idy Chan kembali mencuri perhatian pada usia 66 tahun apabila penampilannya yang anggun dan awet muda tular di media sosial. Ketahui kisah pelakon ikonik Bibi Lung yang memilih kehidupan sederhana selepas bersara.