Ads

Terima Jemputan Sebagai Duyufurrahman, Tomok & Ayu Abas Berangkat Ke Tanah Suci Bagi Menunaikan Haji!

Tomok & isteri, Ayu Abas Berangkat Menunaikan Haji
Tomok & isteri, Ayu Abas Berangkat Menunaikan Haji

Setiap umat Islam pastinya menanti-nantikan panggilan untuk mengerjakan ibadah haji yang merupakan pelaksanaan Rukun Islam kelima itu menjelang bulan Zulhijjah. Bersempena bulan mulia itu, Tomok dan Ayu Abas menerima khabar gembira apabila terpilih sebagai Duyufurrahman musim 1447 Hijrah 2026 Masihi.  

Terdahulu Tomok yang juga penyanyi dan usahawan berkongsi video di media sosial memaparkan dia dan isteri tercinta menyertai Kursus Perdana Haji di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Video istimewa itu dimuat naik pelantun lagu Sejarah Mungkin Berulang tersebut hanya beberapa hari sebelum mereka meninggalkan tanah air.  

Tomok & Ayu Abas Tunai Haji

Terima Jemputan Sebagai Duyufurrahman, Tomok & Ayu Abas Berangkat Ke Tanah Suci Bagi Menunaikan Haji! Terima Jemputan Sebagai Duyufurrahman, Tomok & Ayu Abas Berangkat Ke Tanah Suci Bagi Menunaikan Haji! Terima Jemputan Sebagai Duyufurrahman, Tomok & Ayu Abas Berangkat Ke Tanah Suci Bagi Menunaikan Haji!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tomok (@tomokofficial)

Perkongsian berkenaan nyata meraih perhatian peminat dan rakan-rakan artis. Rata-rata mereka menzahirkan rasa syukur dan mendoakan agar Tomok dan Ayu Abas atau nama penuhnya Siti Rahayu Abas memperoleh haji mabrur.  

Ads

Pasangan ini berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji pada 7 Mei 2026. Menerusi hantaran Ayu Abas di media sosialnya sebelum berlepas ke sana, ibu kepada tiga cahaya mata tersebut meluahkan rasa syukur dapat melaksanakan Rukun Islam kelima itu di samping suami tercinta.  

Alhamdulillah. Dijemput menjadi tetamu Allah bersama suami. Tiada yang lebih kami harapkan selain doa agar perjalanan ini dipenuhi keberkatan dan rahmatNya. InsyaAllah.” 

Sementara itu, kakak kepada Tomok iaitu Ismaliza Ismail yang menemani adik tersayang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tidak ketinggalan menitipkan kesejahteraan Tomok dan isteri sepanjang berada di sana kelak. 

Terima Jemputan Sebagai Duyufurrahman, Tomok & Ayu Abas Berangkat Ke Tanah Suci Bagi Menunaikan Haji! Terima Jemputan Sebagai Duyufurrahman, Tomok & Ayu Abas Berangkat Ke Tanah Suci Bagi Menunaikan Haji!

Ads

Suami Ayu Abas, Tomok Makin Berjaya

Pastinya tahun ini menjadi tahun terindah buat Tomok nama penuhnya Shah Inderawan Ismail kerana dikurniakan rezeki menjadi salah seorang daripada jemaah haji. Apatah lagi, dia menginjak usia 42 tahun pada 17 Mei 2026.  

Artikel https://www.nona.my/ibu-bawa-saya-pergi-pertandingan-nyanyian-tomok-kenang-memori-waktu-kecil-cetus-impian-jadi-penyanyi/

Sepanjang menjadi anak seni dan mendirikan rumah tangga, pelbagai pencapaian membanggakan diraih Tomok antaranya membuka cawangan perniagaan francais seperti Chatime dan Sweet Churros.  

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ayu_abas

Terima Jemputan Sebagai Duyufurrahman, Tomok & Ayu Abas Berangkat Ke Tanah Suci Bagi Menunaikan Haji! Terima Jemputan Sebagai Duyufurrahman, Tomok & Ayu Abas Berangkat Ke Tanah Suci Bagi Menunaikan Haji! Terima Jemputan Sebagai Duyufurrahman, Tomok & Ayu Abas Berangkat Ke Tanah Suci Bagi Menunaikan Haji! Terima Jemputan Sebagai Duyufurrahman, Tomok & Ayu Abas Berangkat Ke Tanah Suci Bagi Menunaikan Haji!

Selain kejayaan dalam bidang akademik apabila berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif, Universiti Utara Malaysia (UUM) pada November 2023. Difahamkan dia juga sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana. 

Tomok sah bergelar suami kepada Ayu Abas pada 1 Julai 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Arrianshah Akid, Andrashah Iman dan Siti Khadijah. 

Semoga urusan ibadah haji pasangan ini dipermudah, memperoleh haji yang mabrur serta selamat pulang ke tanah air.  

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim Anggun Usia 53 Tahun

Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim Anggun Usia 53 Tahun, Suri...

Keanggunan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim sering meraih perhatian rakyat. Meskipun sudah meniti usia 50an namun penampilan baginda tidak mencerminkan umur sebenar. Malah Raja Permaisuri Perak ini sentiasa kelihatan awet muda dan bertenaga!