
Di sebalik kejayaan komposer terkenal ini ada seorang wanita cekal dan bijak merencana karier suami. Kehadiran Liza Ilias nyata memberi sinar kebahagiaan buat Ajai. Dia bukan hanya seorang isteri yang taat malah tangkas mengurus jadual seni suami tersayang. Di samping bersama-sama mengusahakan syarikat milik mereka iaitu Wake The Baby (WTB).
Tahun ini usia perkahwinan Ajai dengan isteri tercinta Liza atau nama penuhnya Norliza Ilias mencecah 17 tahun. Meskipun sudah lebih sedekad hidup bersama namun kemesraan di antara mereka jelas terpancar. Bahkan ke mana saja pergi, isteri kesayangan ada di sisi bekas anggota kumpulan Exists itu.
Ajai & Liza Ilias Bahagia Layari Rumah Tangga

Nona baru-baru ini berpeluang bertemu pasangan selebriti ini dalam sebuah acara hiburan. Diaju mengenai keharmonian rumah tangga, Liza sambil mengukir senyuman membuka bicara.
“Alhamdulillah, nak masuk tahun ke-17 perkahwinan kami. Bulan 8 ni insyaAllah kalau panjang umur dah 17 tahun. Saya rasa yang paling penting, semua bermula daripada leadership. Leader saya siapa? Ajai.
Dia orang yang sangat toleransi tinggi. Orang-orang kreatif ni kan orang kata dia sensitif, tapi sensitif yang bertempat dan dia tak suka memanjang-manjangkan perkara.”
Tambahnya lagi, “Apa yang dia tak suka, dia bagitahu time tu. Of course pada mula-mula kita berkahwin, kita akan ada rasa macam kecil hati, perempuan biasalah sensitifnya. Tapi kita lama-lama faham, kita try follow cara dia dan dia pun try follow. Perempuan ni macam-macam kerenah jadi kena fikirkan, dia nak adapt kita pun kena macam-macam tolarate dengan cara kita.
Jadi toleransi tu paling penting dan the other thing is trust lah sebab dalam industri ni macam-macam kan. Kena ada persefahaman dan kepercayaan yang tinggi dalam diri masing-masing.”
Karier Seni Ajai Diurus Isteri
Liza Ilias sah bergelar isteri Mohamad Faizal Maas atau Ajai pada 15 Ogos 2009. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Danisha. Sementara menerusi perkahwinan terdahulu Ajai, dia mempunyai seorang anak perempuan iaitu Ayu Nazirah.
Menyentuh perkembangan kerjaya, Liza yang sebelum ini pernah bertugas sebagai pegawai Maestro Talent Management kini menggalas tanggungjawab sepenuhnya sebagai pengurus suami tercinta. Difahamkan dia mempunyai pengalaman dalam dunia pengurusan selebriti sekitar lebih 3 dekad lalu.

View this post on Instagram
“Saya masih di bawah Wake Me Baby Records iaitu syarikat rakaman, event di bawah kelolaan bersama dengan Ajai. Ada a few more project yang on going antaranya dengan UTV, Usanita Entertainment. Ajai pun baru habis merakamkan lagu terbaru untuk Hafiz Suip dan dalam masa sama, dia ada special project juga.
InsyaAllah kalau tak ada aral melintang, dalam bulan 5 atau 6 kita akan keluarkan album akustika Ajai.”

Ujar Liza Ilias lagi, “Saya dah berkecimpung dalam industri hiburan sejak tahun 1995, dari Warner Music ke Astro dan sekarang company sendiri. Kita dah berurusan dengan ramai artis. Yang daripada besar, international dan yang baru nak naik. Suami saya, bila saya bekerja, I am the staff and there is always a barrier. Bila kita kat rumah, kita jadi profile lain dan itu adalah tanggungjawab saya.”
Semoga rumah tangga yang dibina suami isteri romantis ini berkekalan sampai syurga bersama anak-anak tersayang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!





