Comel betul anak lelaki Emma Maembong! Walau masih kecil tapi jelas terserlah ketampanan dua cahaya mata kesayangan pelakon wanita berkenaan. Mana tidaknya, Emma pun memang sudah diketahui ramai seorang selebriti yang cantik.

IKLAN

Begitu juga suaminya yang kacak dan berpenampilan menarik. Tak hairanlah, rata-rata peminat setia Emma mengakui kedua-dua anak lelaki mewarisi baka yang baik daripada ibu ayah.

Anak lelaki sulung Emma iaitu Shariq Arshan Gabriel genap meniti usia tiga tahun pada 8 November lepas. Bersempena ulang tahun kelahiran putera kesayangan, Emma dan suami Muhammad Shazli Azhar mengadakan majlis keraian buat Shariq.

Terpaling ‘Handsome’ & Comel! Anak Lelaki Emma Maembong Jadi Tumpuan, Macam Anak Kacukan
Kredit Instagram @emma_maembongofficial

Seperti kebiasaan, kecomelan anak kecil ini menjadi tumpuan warga maya selepas momen hari lahirnya dikongsikan Emma di media sosial.

“Happy birthday anak mama sayang. Cepatnya masa berlalu. Tahu-tahu dah tiga tahun. And yes muka dia terkejut tengok ramai sangat orang datang. Shariq Arshan third year Shark Doo Doo Party.”

Artikel berkaitan https://www.nona.my/anggun-sopan-bergambar-di-depan-kaabah-ramai-doakan-emma-maembong-dikurniakan-umrah-mabrur-kekal-istiqamah/

Artikel https://www.nona.my/demi-cantik-sihat-emma-maembong-akui-disiplin-jaga-makan-amal-face-mask-untuk-kulit-gebu/

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail mendirikan rumah tangga bersama juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang anak lelaki.

IKLAN

Putera kedua mereka lahir pada Mei lepas dan diberi nama Shakil Aryan Shah.

Terpaling ‘Handsome’ & Comel! Anak Lelaki Emma Maembong Jadi Tumpuan, Macam Anak Kacukan
Kredit Instagram @emma_maembongofficial
Terpaling ‘Handsome’ & Comel! Anak Lelaki Emma Maembong Jadi Tumpuan, Macam Anak Kacukan
Kredit Instagram @emma_maembongofficial
Terpaling ‘Handsome’ & Comel! Anak Lelaki Emma Maembong Jadi Tumpuan, Macam Anak Kacukan
Kredit Instagram @emma_maembongofficial
Terpaling ‘Handsome’ & Comel! Anak Lelaki Emma Maembong Jadi Tumpuan, Macam Anak Kacukan
Kredit Instagram @emma_maembongofficial
Terpaling ‘Handsome’ & Comel! Anak Lelaki Emma Maembong Jadi Tumpuan, Macam Anak Kacukan
Kredit Instagram @emma_maembongofficial

Menerusi media sosial ibu berusia 31 tahun itu, Emma gemar berkongsi aktiviti dua beradik berkenaan.

IKLAN

Tak dinafikan anak lelaki Emma Maembong macam anak kacukan, berkulit cerah kemerahan, mata bundar dan rambut perang!

Jelas mewarisi keturunan Scotland dari sebelah ibu Emma. Dramatis One Million Dollar Voice ini merupakan anak kesembilan daripada 11 adik-beradik. Chacha Maembong ialah adik Emma yang turut mengikut jejak langkahnya sebagai pelakon.

Semoga rumah tangga aktres ini kekal bahagia di samping anak tersayang hingga ke syurga.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI