Selulit pada umumnya masalah yang dialami di kalangan wanita. Biasanya bahagian badan yang mempunyai selulit adalah pinggul dan paha.

Dahulu tubuh langsing bak supermodel dan selepas sahaja bersalin anak pertama kelihatan selulit di sana dan sini. Selulit adalah kondisi permukaan kulit yang tidak rata dan berkedut-kedut seperti kulit buah oren yang disebabkan oleh jaringan lemak di bahagian permukaan kulit dermis.

IKLAN

Terdapat beberapa faktor yang membuatkan seseorang lebih cenderung untuk mendapat selulit:

(a) Genetik: Genetik seseorang itu berperanan menentukan metabolisme, distribusi lemak tubuh badan dan sistem peredaran darah individu.

(b) Hormon: Ketidakseimbangan hormon dalam badan akan mempengaruhi distribusi lemak pada tubuh badan, dan apabila lemak berlebihan berkumpul pada bahagian pinggul atau paha, seseorang boleh mendapat selulit.

(c) Pemakanan: Mereka yang memilih makanan yang berlemak, karbohidrat, mempunyai kandungan garam atau gula yang berlebihan akan cenderung mendapat selulit.

(d) Gaya Hidup: Selulit terjadi kepada mereka yang kurang bersenam, merokok atau mempunyai tekanan/stres yang tinggi.

Wanita lebih cenderung mendapat selulit berbanding dengan lelaki terutama bagi mereka yang obes. Walaupun selulit terjadi pada bahagian yang sulit dan adalah sejenis keadaan kulit yang tidak merbahaya untuk kesihatan, tetapi ia boleh merendahkan keyakinan daripada segi penampilan fizikal seseorang.

Tertekan Dengan MASALAH SELULIT Yang Bermaharajalela Di Paha, Bagaimana Cara Bijak Mengatasinya?

Terdapat pelbagai rawatan yang boleh digunakan untuk mengurangkan selulit, mengikut gred selulit iaitu:

IKLAN

GRED 1
Tiada selulit apabila berdiri, tetapi apabila bahagian kulit dipicit/dicubit, terbentuk orange-peel-look atau selulit. Rawatan pada peringkat ini akan mendapat hasil yang lebih berkesan.

GRED 2
Selulit dapat dilihat apabila seseorang itu berdiri, tetapi hilang apabila baring.

GRED 3
Selulit dapat dilihat apabila seseorang itu berdiri dan baring.

Jenis-jenis Rawatan

IKLAN
  1. Krim Selulit: Terdapat krim selulit yang mengandungi bahan seperti kafein dan carnithine yang membantu dalam pengaliran darah.
  2. Senaman Selulit: Senaman membantu menguatkan otot-otot dan fibrous tissue yang mengelilingi lapisan lemak bawah kulit.
  3. Mesoterapi: Suntikan yang mengandungi vitamin, minerals, asid amino dan enzim ke dalam lapisan tisu di bawah kulit dapat memecahkan lapisan lemak dan mengurangkan selulit.
  4. Deep Tissue Massage/Shock Wave: Kaedah mengurut/shock wave (mesin getaran) dapat membantu mobilisasikan kandungan lemak dan toksin yang berada di tisu adipos ke dalam saluran sistem limfatik, ini secara tidak langsung menggalakkan pengedaran darah yang lebih elok.
  5. Mesin Laser: Tenaga haba dari laser dapat memecahkan lemak dan fibrous band di bawah kulit dan meningkatkan produksi kolagen.

Adakah selepas rawatan selulit akan hilang selama-lamanya? Jika berat badan bertambah, dan kandungan lemak meningkat maka selulit juga boleh kembali. Maka selepas rawatan seseorang harus cuba mengekalkan berat badan yang optimum.

Langkah pencegahan masalah selulit ini adalah mengamalkan gaya hidup yang sihat iaitu pemakanan yang seimbang, aktiviti fizikal sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali senaman dalam satu minggu, dan rehat yang secukupnya.

Gaya pemakanan yang sihat iaitu diet yang seimbang, lebih kepada protein dan fiber dan kurangkan makanan yang mempunyai kandungan lemak tinggi atau berkarbohidrat. Cukupkan minum air sekurang-kurangnya 8 gelas air mineral/masak (bukan minumam manis) setiap hari.

Tip Bijak

Anda boleh cuba menggunakan minyak zaitun. Caranya, sapu dan urut bahagian selulit dengan minyak zaitun. Walaupun cara ini mengambil masa yang agak panjang namun berbaloi. Hamizatul Maizan Mohamed

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI