Krim tabir suria mempunyai kandungan SPF (skin protection factor) terbaik untuk menyelar terikan cahaya matahari menembusi kulit secara terus. Dengan sapuan krim, sekurang-kurangnya anda melindungi kulit daripada kesan penuaan, kemerahan dan kanser kulit.
Kini kebanyakan produk kosmetik dan penjagaan wajah dilengkapi SPF bagi memberi nilai tambah kepada pengguna. Namun krim tabir suria yang sebenar tetap merupakan pilihan terbaik untuk digunakan dalam rutin harian anda.
8 LANGKAH MUDAH
Sapu ke serata wajah dan tubuh badan
Gunakan satu sudu besar krim (sekurang-kurangnya SPF 25) ke serata wajah dan tubuh badan. Anda boleh menggunakan krim tabir suria yang senang meresap ke dalam kulit dan mempunyai tekstur lebih halus.
Krim pelembap dengan SPF ini juga penting sekiranya anda bekerja di tempat yang sentiasa dikelilingi penghawa dingin. Walaupun tidak terkena pancaran cahaya matahari, kulit anda lebih mudah menjadi kering.
2. Elakkan krim terus ke wajah
Picitkan kuantiti krim yang diingini pada telapak tangan. Jangan biasakan memicit sejumlah besar krim secara terus ke wajah. Sapu dengan perlahan supaya krim ini mudah meresap ke dalam kulit secara sekata.
Ads
Cuba bayangkan bagaimana krim SPF anda nak meresap ke dalam kulit sekiranya ia diletakkan secara direct pada wajah, tentu bercapuk nanti!
3. Krim SPF dulu, baru krim pelembap
Pastikan kulit wajah bersih dan kering terlebih dahulu. Sapuan tipis krim tabir suria pada wajah dan biarkan seketika sehingga ia meresap. Kemudian, oleskan krim pelembap. Lebih mudah sekiranya krim pelembap anda sudah mempunyai SPF yang sesuai utnuk kulit wajah.
Ads
4. Gunakan setiap hari
Krim tabir suria perlu digunakan setiap hari. Bukan seminggu sekali seperti anda skrub wajah. Anda terdedah kepada cahaya matahari, malah cahaya dari komputer dan skrin telefon juga boleh menembusi jauh ke dasar kulit, menggalakkan kesan penuaan lebih awal.
Malah, anda juga digalakkan menyapu krim ini setiap dua jam sekali agar ia dapat membantu penjagaan kulit dengan lebih baik.
5. Sebelum bertemu matahari
Krim tabir suria yang mengandungi kimia memerlukan masa untuk meresap ke dalam kulit dan berfungsi dengan baik. 20 minit sebelum anda keluar rumah, sapu krim terlebih dahulu.
Ads
6. Gunakan zinc oxide untuk pelindung matahari
Zinc oxide dan titanium dioxide adalah mineral yang boleh melindungi sinaran UV menembusi kulit, membolehkan ia berfungsi lebih cepat berbanding krim tabir suria yang mempunyai bahan kimia di mana ia perlu diserap untuk menukar cahaya kepada tenaga haba pada kulit.
7. Ulangi sapuan setiap 2 jam
Terdapat krim tabir suria yang kadangkala bersifat tidak stabil apabila terdedah kepada matahari. Jadi anda perlu mengoles kembali setiap dua jam agar kulit sentiasa dilindungi, sama seperti membersihkan mulut!
8. Touch-up dengan solekan mineral
Jika anda keluar untuk makan tengah hari, aplikasi krim pada awal pagi sudah tidak relevan. Untuk touch-up, gunakan bedak yang menggunakan asas mineral dengan SPF. Kebanyakkan zinc atau titanium dioxide mempunyai SPF 18 atau 20.
Dari zaman anak dara sampai sekarang macam tak berubah wajah Mas Anizan. Sememangnya pelakon popular era 90an ini bertuah kerana dikurniakan rupa paras cantik sempurna. Bahkan dalam usia mencecah separuh abad, kejelitaannya seakan tidak pernah pudar.
13 November lalu genap 50 tahun usia ibu tiga cahaya mata ini. Meskipun anak-anak sudah meningkat dewasa dan ada yang sudah pun mendirikan rumah tangga, namun Mas Anizan tetap kelihatan menawan dan awet muda!
Tidak hairanlah, dia masih mendapat tawaran berlakon hingga ke hari ini.
Berkongsi momen sambutan ulang tahun kelahiran ke-50 di media sosial, Mas Anizan tampil anggun dalam persalinan kasual putih dan peach. Jelitawan ini diraikan di sebuah hotel mewah di ibu negara dengan kehadiran tiga anak tersayang.
Lebih bermakna, anak perempuannya iaitu Mas Aliza yang kini menetap di Doha kerana mengikuti suami yang bertugas sebagai juruterbang berkesempatan pulang ke tanah air demi menyambut hari lahir ibu.
“Alhamdulillah another year older. May Allah make me happy. May Allah protect me and keep me safe. Aamiin.”
Masih ingat lagi momen pertama kali bertemu Mas Anizan atau nama sebenarnya Mas Anizan Mohd Shahid ketika sesi fotografi penghias muka depan Nona November 2015. Ternyata dia sangat disenangi, ramah dan menjaga tutur kata.
Bersandarkan raut wajah lembut, mesra dan berbudi bahasa membuatkan dia disenangi rakan-rakan artis.
Berkongsi amalan kecantikan kepada Nona, Mas Anizan dalam nada rendah diri berkata, “Alhamdulillah, syukur di atas kurniaan dan pinjaman yang telah diberikan. Semua wanita di luar sana pasti turut sama sukakan kepada kecantikan. Begitu juga saya. Tetapi tidaklah terlalu cerewet.
Untuk menjaga kecantikan wajah, saya hanya mengamalkan pemakaian produk kulit yang asas seperti cleanser, toner, serum, moisturizer dan eye cream. Selain itu, tidur yang cukup juga adalah amat penting.
Kecantikan tidak hanya tertumpu kepada penjagaan wajah sebaiknya penjagaan badan juga harus dijadikan keutamaan. Selepas melahirkan Ariana, saya sudah jarang mengunjungi spa kecantikan. Sebaliknya lebih selesa untuk memanjakan diri ala spa di rumah.”
Mas Anizan sebelum ini pernah berkahwin dengan ahli perniagaan Allahyarham Datuk Ali Bapoo pada tahun 1993 dan dikurniakan dua anak iaitu Mas Aliza dan Muhamad Masli Daniel.
Menerusi perkahwinan kedua, dia mempunyai seorang anak perempuan iaitu Ariana Marissa yang kini berusia sembilan tahun.
Tidak dinafikan, anggun jelita Azizah Ariffin. Walau sudah meniti usia 50an namun pesona dan stamina personaliti televisyen ini tetap memikat pandangan. Difahamkan jelitawan ini sedang menikmati percutian ke Eropah di samping keluarga tersayang.
Memuat naik pemandangan indah dan tempat-tempat menarik di Eropah, Azizah yang bakal menginjak usia 54 tahun turut berkongsi suasana dan persekitaran negara pelancongan tersebut bersama followers. Macam-macam info yang dikongsikannya.
Meski sudah meningkat usia namun pembaca berita TV AlHijrah ini kekal awet muda. Jika dilihat perkongsian ibu jelita ini, tidak mustahil dia berjaya mengekalkan stamina dan kecantikan diri kerana aktif bersukan.
Azizah juga seorang wanita yang mengamalkan gaya hidup sihat dan menitik beratkan soal pemakanan. Menurutnya, kesihatan jantung merupakan faktor utama untuk kekal sihat.
Berikut antara tip penjagaan kesihatan jantung yang dikongsikan Azizah.
Keep it clean. Hentikan tabiat merokok dan jauhi dari perokok. Nikotin dalam rokok tu boleh mengecutkan salur darah dan mengurangkan pengaliran oksigen ke jantung dan seluruh badan. Ia juga punca terhasilnya banyak radikal bebas yang jadi punca banyak penyakit termasuklah sakit jantung
Keep it healthy. Amalkan pemakanan sihat dan seimbang. Amalkan pinggan sihat, suku suku separuh. Kurangkan garam, gula, makanan tinggi transfat sebaliknya jangan lupa masukkan lemak sihat seperti minyak zaitun dalam diet seharian anda.
Sebab apa ya kena ambil minyak zaitun ni, sebab minyak zaitun kaya dengan omega 3 & 6. Badan kita tak dapat hasilkan Omega 3 & 6 ni jadi kita perlu ambil dari sumber makanan. Peranan Omega 3 & 6 ni ia membaik pulih sel membrane kita, termasuklah sel di kawasan jantung.
Kekal aktif. Senaman senaman senaman. Hanya 30 minit dan 3 kali seminggu. Jangan malas bergerak tau. Senaman dapat menguatkan otot jantung kita, mengendurkan pembuluh darah, menurunkan paras gula dalam darah dan menaikkan paras kolestrol baik HDL kita.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Majlis resepsi seindah fairytale! Begitulah pujian tetamu yang hadir pada malam resepsi Khalid dan Ainul. Tampil elegan dan gaun Cinderella rekaan Hatta Dolmat, kecantikan Ainul Aishah memang benar-benar memukau mata!
Berusia 37 tahun, anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini selamat mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan hati, Khalid Redzuan, Ahad lalu.
Ainul atau nama sebenarnya, Ainul Aishah Azizun berkongsi momen indah majlis ijab
kabulnya bersama ahli perniagaan itu menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di
Instagram.
Sambil menyatakan rasa syukur, pelakon drama Semerah Cinta Humairah itu turut
mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang meraikan majlis raja seharinya.
“Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, atas berkat doa semua urusan majlis kahwin kamidipermudahkan dan berialan dengan lancarnya.
I am so thankful for everything, i am finally a wife to the most loving man.
I am lucky to be around my beloved families & friends on my special day.
This memories will last forever in my heart & i would like to say thank you to everyone involved in making my wedding a very special one.” Ainul Aishah
Sementara itu, Khalid turut menitipkan dedikasi
sama menerusi laman Instagram miliknya.
“Two families joined by love. Thank you all for the generosity, love and support you have all shown in making this day finally happen. We truly appreciate you.” Khalid
Imbas kembali, Ainul dan Khalid menjalinkan
hubungan cinta sejak April 2017. Kemudian pasangan sama cantik sama padan ini mengikat tali pertunangan pada Mac tahun lalu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!