Hujung minggu ini sudah pasti banyak terima jemputan open house. Sementelah lagi cuti panjang Hari Wesak. Tampil menawan saat memenuhi jemputan open house atau rumah terbuka rakan taulan dengan gaya solekan sebegini.

Ads
Tampil Menawan Hadir ‘Open House’ Dengan Solekan Bak Bidadari 
Gambar hiasan. Foto: Instagram @anzalnanasir88

Gaya dramatis mampu melahirkan mood yang cantik dan sempurna. Selain membuat wajah mempunyai karakter, solakan gaya dramatis menjadikan penampilan berbeza jika dibandingkan pada hari-hari biasa serta tampil menawan bak bidadari.

Tampil Menawan Hadir ‘Open House’ Dengan Solekan Bak Bidadari 
Gambar hiasan. Foto: Koleksi Majalah Nona

Setiap bentuk wajah yang berbeza memerlukan teknik pembentukan wajah bagi menutupi setiap kekurangan. Garis-garis pada alis, mata, hidung dan bibir perlu disentuh untuk mendapatkan bentuk wajah yang diingini. Namun, teknik tertentu perlu dipelajari dan warna juga memainkan peranan dalam memperindahkan wajah seseorang.

Tampil Menawan Hadir ‘Open House’ Dengan Solekan Bak Bidadari 
Gambar hiasan. Foto: Instagram @izaraaishahofficial
  • Bagi gaya solekan begini guna berus untuk menyapu bedak asas. Bagi menyempurnakannya guna span lembut yang dilembapkan dengan sedikit air. Tekan hujung span dengan bedak asas mengikut tona kulit dan tekap di wajah yang sudah dibersihkan. Guna teknik contour bagi pembentukan wajah di bahagian yang mahu ditonjolkan seperti garis-garis pada alis, mata, hidung dan bibir. Kemudian sapu bedak bedak debu dengan berus khusus agar solekan tampil sempurna dan sekata.

    Tampil Menawan Hadir ‘Open House’ Dengan Solekan Bak Bidadari 
    Gambar hiasan. Foto: Koleksi Majalah Nona

  • Solekan mata adalah perkara utama dalam solekan. Mata boleh berubah bentuk hanya dengan kuasa solekan. Bagi mendapat efek mata yang lebih besar boleh mencuba pengalit mata selain daripada rona hitam. Pilihan rona seperti hijau, biru atau coklat memberikan efek mata yang berbeza. Pakai pembayang mata yang berona terang di bahagian tulang kening untuk memberi kesan mata yang lebih galak. Jangan lupa pakai penyamar noda di bawah mata untuk menyembunyikan lingkaran hitam bawah mata.
  • Bentuk bibir boleh berubah dengan solekan. Bagi yang mahu solekan bibir nampak lebih seksi, lukis bentuk bibir lebih besar sedikit daripada asal. Lukis dengan pensil yang berona lebih gelap daripada biasa. Kemudian oles dengan gincu yang rona merah bagi efek lebih dramatik. Bagi gincu yang tahan lama, ketap bibir anda dengan kertas tisu kemudian oles sekali lagi gincu ke bibir.

1. Fenty Beauty Eyeliner

Tampil Menawan Hadir ‘Open House’ Dengan Solekan Bak Bidadari 
2. Gucci Rouge À Lèvres Mat

Tampil Menawan Hadir ‘Open House’ Dengan Solekan Bak Bidadari 
3. Anastasia’s Beverly Hills Latest Primrose Palette

Ads

Tampil Menawan Hadir ‘Open House’ Dengan Solekan Bak Bidadari 
4. Rare Beauty Always an Optimist Primer Illuminating Primer

Ads

Tampil Menawan Hadir ‘Open House’ Dengan Solekan Bak Bidadari 

Baca juga; Sambutan Glam Raya Dengan Pesona Elegan, Solekan Polos Bangkit Mood Aidilfitri 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majalah Nona (@majalahnona)

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI