Bagi yang pernah jadi pencinta drama telenovela dari Venuzuela mesti pernah tengok drama Mis Tres Hermanas. Ini wajah terkini ‘Lisa Estrada ‘ yang dilakonkan oleh Scarlet Ortiz.

IKLAN

Memang drama ini pernah mencipta fenomena apabila ditayangkan sekitar tahun 2000 itu dahulu. Terus terbayang pelakon utamanya yang cantik dan manis memegang wataknya sebagai Lisa Estrada, seorang jururawat yang mempunyai tiga adik beradik perempuan.

Wajah Terkini ‘Lisa Estrada’, Kekal Cantik Di Usia 48 & Ada Seorang Anak  
Foto: Instagram @mis_novelas_favoritas

Memiliki rambut panjang, hitam dan lebat serta barisan gigi yang cantik telah menjadi pujaan tidak kira lelaki mahupun wanita.

Penyanyi dan pelakon cantik ini rupanya masih bergiat aktif dalam bidang seni dan sering berkongsi aktivitinya di laman media sosial milik peribadinya. Inilah wajah terkini ‘Lisa Estrada’ ini.

Wajah Terkini ‘Lisa Estrada’, Kekal Cantik Di Usia 48 & Ada Seorang Anak  
Foto: Instagram @ortizscarlet

Walaupun sudah meniti usia 47 tahun namun kecantikannya langsung tak pudar dan bagai tak dimamah usia. Melihat lakonannya dalam telenovela Mis Tres Hermanas seakan masih sama seperti wajahnya sekarang, langsung tak berganjak.

Masih kekal dengan rambut panjang, hitam dan lebat serta senyuman manis yang sentiasa terukir di wajah. Apalah agaknya rahsia kecantikan wanita ini.

Wajah Terkini ‘Lisa Estrada’, Kekal Cantik Di Usia 48 & Ada Seorang Anak  
Foto: Instagram @ortizscarlet

Menyingkap tentang kehidupannya kini, Scarlet Ortiz sudah pun memiliki seorang anak yang diberi nama Barbara Brianna Bürkle Ortiz, kini berusia 12 tahun.

Jangan tak percaya, suami kepada Scarlet Ortiz ini turut sama membintangi telenovela Mis Tres Hermanas dan memainkan watak lelaki jahat yang ada hati dengan Lisa Estrada.

IKLAN
Wajah Terkini ‘Lisa Estrada’, Kekal Cantik Di Usia 48 & Ada Seorang Anak  
Foto: Instagram @ortizscarlet

Nampaknya watak lelaki ‘jahat’ berjaya menambat hati wanita ini di alam realiti. Namun, watak jahat yang dipegang oleh aktor kelahira Jerman itu hanya di dalam telenovela itu sahaja.

Melalui perkongsian wanita yang lahir di Caracas, Venuzuela ini di media sosial milik peribadinya, jelas tergambar kehidupan bahagia bersama suaminya Yul Burkle.

IKLAN
Wajah Terkini ‘Lisa Estrada’, Kekal Cantik Di Usia 48 & Ada Seorang Anak  
Foto: Instagram @ortizscarlet

Wanita tinggi lampai ini memang sejak berusia 9 tahun telah terlibat dalam dunia lakonan. Walaupun begitu, Scarlet Ortiz tidak pernah meninggalkan pendidikannya.

Wanita yang juga aktif sebagai model ini berjaya menempatkan diri di Central University of Venuzuela, mengambil jurusan psikologi. Namun, Scarlet Ortiz tidak dapat meneruskan pengajian kerana terikat dengan kontrak pertandingan Ratu Cantik Miss Venuzuela yang disertainya pada tahun 1992.

Baca juga; Bapa Bayi Kembar, Kacak & Ketinggian Peribadi Putera Mahkota Dubai Ini Tarik Perhatian! 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majalah Nona (@majalahnona)

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI