Membesarkan anak-anak, anugerah Allah SWT yang tidak ternilai bukan suatu tugas mudah lebih-lebih lagi di zaman yang serba mencabar ini. Menjadi seorang ibu dalam masa yang sama berfungsi sebagai isteri, pekerja mahupun majikan memerlukan pengorbanan yang begitu besar dalam diri wanita.
Ads
Membayangkan tubuh yang sempurna pun kadang-kadang ‘gagal’ melunaskan tanggungjawab sebagai seorang ibu apatah lagi dilahirkan kekurangan fizikal. Namun, wanita yang layak digelar Superwoman seperti Ramlah Md. Jalee ini tidak pernah menganggap kekurangan dirinya sebagai halangan untuk berjaya.
Bercerita tentang pengalaman ibu kesayangan kepada Mimi Fly atau nama sebenarnya Shamimi Amalina ini membesarkan anak-anak, “Dengan keadaan saya yang tidak dapat berjalan dan terpaksa berkerusi roda, memanglah satu cabaran besar untuk menguruskan anak-anak semasa kecil.
Cuma cara saya mendukung anak-anak, memasak, memandu, menaiki tangga dan keluar bekerja berbeza berbanding ibu-ibu lain. Saya terpaksa membawa anak-anak ke rumah pengasuh dengan kereta kerana saya bekerja manakala suami pula seorang ahli perniagaan.
Saya tak pernah salahkan sesiapa dengan keadaan saya seperti ini. Saya percaya, Allah SWT berikan kelebihan dan kekurangan untuk setiap makhlukNya. Dalam kehidupan ini, saya melihat ada keadaan orang yang lebih teruk daripada saya,” terang ibu kepada tiga orang anak ini.
Semangat dan jati diri yang teguh dalam diri wanita kelahiran Negeri Jelapang Padi yang dilahirkan tanpa sepasang kaki ini melayakkan dirinya dinobatkan sebagai penerima Anugerah Ibu Gemilang 2018.
Ads
“Saya membuktikan, walaupun seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU), kesedaran untuk menjaga diri sendiri menjadi paksi agar saya terus berusaha untuk mengharungi kehidupan yang penuh ranjau ini. Saya harus berdikari tanpa mengharapkan sesiapa.
Jika saya tidak menolong diri sendiri, siapa yang sanggup membantu saya buat selamanya? Jadi saya harus kuat dan sentiasa positif,” tutur wanita yang pernah menerima Anugerah Seri Nona, Anugerah Tokoh Negeri Selangor dan Tokoh Hari Pekerja OKU ini.
Ads
Walau dilahirkan ‘tidak sempurna’ tetapi ibu kepada penyanyi yang pernah bersama Kumpulan One Nation Emcees ini tidak pernah menyalahkan takdir dan terus bangkit meneruskan kehidupan.
“Saya juga merupakan penulis skrip bebas untuk drama tempatan. Saya pernah bekerja sebagai penyunting skrip drama di stesen televisyen RTM. Lebih beratus skrip yang ditulis untuk TV, radio dan ada juga drama saya yang menang anugerah,” ungkap wanita yang mempunyai kelulusan Penulisan Kreatif & Deskriptif dari Universiti Malaya ini.
Ramlah juga sempat menitipkan nasihat yang sangat berguna buat semua wanita, “Dalam hidup ini, kita harus ambil risiko. Begitu juga dengan hubungan suami isteri. Perkahwinan adalah perjudian. Bagi OKU seperti saya, kita tak boleh mengimpikan yang indah-indah saja. Setiap perkahwinan ada pasang surutnya tidak kiralah sama ada pasangan itu normal atau OKU. Ia sama saja,” bicara wanita yang tegas dengan anak-anak ini.
Kisah dakwaan curang seorang penyanyi seberang, Virgoun sedang hangat diperkatakan. Pada Mei lalu, Virgoun memfailkan cerai terhadap Inara selepas isterinya membuat pendedahan tentang kecurangan penyanyi berkenaan secara terbuka.
Penyanyi itu mahu menceraikan isterinya kerana mengakui semua kesalahan telah dilakukan sepanjang perkahwinan mereka. Inara khabarnya berjaya membongkar kecurangan Virgoun yang dikatakan menjalinkan hubungan dengan Tenri Anisa.
Virgoun dan Inara mendirikan rumah tangga pada 2014 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Starla Rhea Idola Virgoun, Faithlee As-Sya’ir Virgoun, dan Terang Sharique Virgoun.
Lantas makin dikenali dek kes rumah tangganya, nama Inara Rusli kini semakin popular dan menitip di bibir awam dan lensa media di sana. Namun siapa sebenarnya Inara Rusli ini?
Memiliki sebanyak 2.1 juta pengikut di Instagram, pemilik nama penuh Ina Idola Rusli lahir pada 19 Februari 1993. Sama seperti suaminya, Inara suatu ketika dahulu memulakan kariernya dalam bidang hiburang sebagai seorang penyanyi, dan menganggotai sebuah kumpulan Bexxa pada tahun 2013.
Bukan sekadar penyanyi, Inara Rusli juga merupakan seorang pelakon di bawah pengurusan SD dan memulakan kariernya membintangi telenovela “Mak Ijah Pengen ke Mekah” terbitan salah sebuah stesen televisyen di sana.
Setelah dua tahun menikah dengan Virgoun, Inara Rusli membuat keputusan untuk berhijrah. Inara khabarnya ingin mendalami ilmu agama dan berhijrah ke arah kebaikan.
Jika dulu Inara yang merupakan bekas model yang cukup seksi, kini Inara anggun berhijab dan lebih sopan. Namun dahulu Inara pernah membuat keputusan untuk berniqab, namun kini tidak lagi demi kelangsungan kariernya.
Merupakan anak bongsu dari tiga orang adik beradik, Inara sebenarnya lahir dari keluarga berbangsa Cina dari keturunan suku Han di kawasan pegunungan Guangdong, Fujian dan Guangxi di Tiongkok.
Malah, Inara juga berasal dari keluarga yang berpecah belah (broken family). Orang tuanya bercerai ketika usianya masih sangat muda, sehinggakan Inara terpaksa berhadapan dengan kesulitan tersebut, sekaligus menjadikan Inara seorang ibu yang cukup mementingkan institusi kekeluargaan dan kebajikan anak-anaknya.
Walaupun berhadapan dengan dugaan perkahwinannya, Inara dilihat kekal optimis, positif dan ceria menjalani kehidupannya. NONA mendoakan semoga Inara terus kuat menghadapi cabaran ini demi anak-anak.
Sejak bergelar isteri Remy Ishak ramai yang mula ‘menggali’ siapa sebenarnya Ezza Yusof, wanita yang berjaya menambat hati aktor kacak tersebut. Hampir setahun berkahwin namun Ezza selesa tidak terlalu menonjol di khalayak dan lebih banyak berkongsi mengenai kerjaya serta perniagaan yang diusahakan di platform media sosial.
Pemilik nama Roszaliza Yusof ini dilahirkan pada 24 Mac 1983 dan berasal dari Pahang. Ezza ada kelulusan bidang grafik dan multimedia dan pernah bekerja sebagai pereka grafik sebelum membina empayar niaga 2morrow. Minat mendalam Ezza terhadap pembuatan kasut mula bercambah sejak tahun 2014.
Sehingga ke hari ini, 2morrow sudah berjaya bertapak dalam industri fesyen kasut selama lapan tahun. Bukan satu tempoh yang singkat tu!
Biarpun berstatus isteri selebriti popular namun Ezza enggan menumpang populariti suami. Sebaliknya pengasas dan pengarah kreatif 2morrow ini berusaha keras mengembangkan legasi.
Selain mereka kasut untuk gaya formal dan santai, kasut rekaan Ezza juga menerima tempahan untuk perkahwinan.
Uniknya, setiap rekaan kasut 2morrow ialah cetusan idea Ezza sendiri dan diperbuat dengan penuh kualiti serta handmade.
Ezza sebelum ini pernah mereka kasut untuk beberapa selebriti tanah air termasuk Nad Zainal, Elvina Mohamad, Julia Ziegler dan ramai lagi.
Wanita cantik ini juga dilaporkan mula berkenalan dengan Remy Ishak pada tahun 2013 dan mengikat tali pertunangan pada Mei 2017. Bagaimana pun mereka putus tunang dua tahun kemudian dan cinta kembali bertaut pada tahun lalu.
Ezza sah menjadi isteri Muhammad Zalimei Ishak atau Remy Ishak pada 21 Ogos 2021 selepas kira-kira sembilan tahun mengenali hati budi masing-masing.
Ezza dikatakan mula berkenalan dengan Remy Ishak pada tahun 2013 sebelum mengikat tali pertunangan pada Mei 2017. Bagaimana pun mereka putus tunang dua tahun kemudian. Jodoh mereka disatukan semula pada Ogos 2021.
Semoga Ezza terus mencipta kejayaan sebagai usahawan sekaligus menjadi sumber inspirasi kepada kaum wanita untuk sukses dalam bidang yang diceburi.
Individu berjaya perlu dapatkan rehat secukupnya dan Bellissa Posture Spring Mattress (King) patut jadi peneman waktu tidur. Dapatkan dengan harga promo kod NONGSP5 dengan klik DI SINI.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin tidak perlu diperkenalkan lagi, sejak terpalit kontroversi rumahtangga bersama pengarah tersohor Syamsul Yusof yang pernah menggemparkan negara tahun lalu.
Sewaktu di temu ramah NONA, Puteri Sarah berkongsi pengelamannya berhijab sejak 2013 sehingga kini. Katanya, rezeki yang dimiliki sebelum ini sepeti kehilangan sesuatu, walaupun banyak permintaan dan peluang pekerjaan masih ada yang tidak cukup.
Sebelum Berhijab Sentiasa Rasa ‘Tak Cukup’ Ada Je Yang Kurang!
“Shooting non-stop, sentiasa ada dan banyak duit ketika itu. Tapi saya rasa masih ada yang tidak cukup dan cepat habis,
“Saya faham mungkin rezeki yang saya peroleh ketika itu tiada barakah. Kehidupan saya juga tidak tenang,
“Namun, setelah saya berhijrah dan membatasi apa yang boleh dan tidak boleh. Dulu lebih mengejar duit tetapi tidak sekarang. Walaupun satu job, saya rasa sudah cukup dan memadai.” katanya.
Istiqamah Berhijab Amat Mencabar – PSL
Sarah juga tidak nafikan dia menghadapi cabaran dalam istiqamah untuk berhijab. Tetapi dia percaya ketenangan yang diberikan dari Allah SWT itu satu nikmat yang susah dikecapi.
Jelasnya lagi, Kekuatan dan sokongan dari anak-anak, keluarga, dan orang sekeliling juga amat memainkan peranan penting.
“Kalau saya tak kuat, mungkin senang sahaja saya buka balik tudung. Tapi Sarah pilih untuk kuat dan tanam dalam diri ini satu ujian Allah SWT beri untuk diri ini. Takkan Sarah nak pilih jalan yang lebih menyesatkan diri, betul?
“Saya cakap lagi ‘Allah SWT masih test diri ini’ dan syukur saya semakin kuat dan kuat menempuhi setiap dugaan. Anak-anak juga menjadi salah satu sebab saya terus kuat istiqamah,
“Orang sekeliling juga menjadi salah satu faktor yang mendorong saya kekal kuat. Adanya circle kawan-kawan yang rajin sertai usrah dan kelas mengaji buatkan saya rasa lebih positif,
“Saya sertai kelas mengaji, walau sibuk shooting masih ada masa untuk di selit pengisian ini. Bila adanya sesi ini, itulah saat Sarah rasa dekat bersama Allah SWT.” ujarnya lagi.
Sekadar Info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Cikgu Samm ada kisah sedih sebelum berjaya, "hari pertama ambil SPM ayah meninggal, kesannya cikgu gagal. Sebut sahaja nama Ho Pooi San, pasti ramai...