Ads

Warisi Bakat Mendiang Ibu Yang Juga Guru Vokal, Mariah Carey Kini 56 Tahun & Ada Anak Kembar!

Mariah Carey Genap 56 Tahun & Ibu Anak Kembar
Mariah Carey Genap 56 Tahun & Ibu Anak Kembar

Nama Mariah Carey bukan lagi asing bagi peminat seni hiburan sekitar tahun 90an. Apatah  lagi dia pernah dinobat sebagai penyanyi pop Amerika paling berjaya pada era tersebut. Bahkan lagu-lagu dendangannya masih menjadi pilihan peminat di serata dunia hingga ke hari ini.  

Tidak dinafikan, populariti Mariah Carey masih kukuh dalam industri muzik antarabangsa meskipun dia sudah pun meniti usia 50an. 27 Mac lalu, superstar ini genap meniti usia 56 tahun. 

Artikel https://www.nona.my/bekas-suami-kesal-bercerai-melinda-french-gates-move-on-bahagia-hidup-single-dengan-3-anak-aktif-kebajikan/

Mariah Carey Masih Popular Usia 56 Tahun

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mariah Carey (@mariahcarey)

Warisi Bakat Mendiang Ibu Yang Juga Guru Vokal, Mariah Carey Kini 56 Tahun & Ada Anak Kembar! Warisi Bakat Mendiang Ibu Yang Juga Guru Vokal, Mariah Carey Kini 56 Tahun & Ada Anak Kembar! Warisi Bakat Mendiang Ibu Yang Juga Guru Vokal, Mariah Carey Kini 56 Tahun & Ada Anak Kembar! Warisi Bakat Mendiang Ibu Yang Juga Guru Vokal, Mariah Carey Kini 56 Tahun & Ada Anak Kembar!

Menelusuri latar belakang anak seni ini, Mariah dilahirkan pada 27 Mac 1970 di New York. Bapanya, Alfred Roy ialah jurutera aeronautik kelahiran Venezuela. Sementara ibunya pula, Patricia Carey merupakan guru vokal dan penyanyi opera yang berasal dari Ireland. 

Patulah Mariah Carey memiliki suara lunak merdu. Warisi bakat ibu rupanya! 

Selebriti bertaraf dunia ini juga mempunyai dua adik-beradik iaitu Morgan dan Alison. Khabarnya, zaman kanak-kanak Mariah tidak seindah rakan sebaya kerana dia tidak mempunyai ramai kawan. Bahkan kedua-dua ibu bapanya berpisah ketika dia baru berusia tiga tahun. 

Ads

Seawal usia 4 tahun Mariah sudah mula mempelajari teknik vokal daripada ibu tersayang. Tamat persekolahan pada tahun 1987, dia berhijrah ke New York untuk mengejar cita-citanya sebagai penyanyi. 

Warisi Bakat Mendiang Ibu Yang Juga Guru Vokal, Mariah Carey Kini 56 Tahun & Ada Anak Kembar! Warisi Bakat Mendiang Ibu Yang Juga Guru Vokal, Mariah Carey Kini 56 Tahun & Ada Anak Kembar! Warisi Bakat Mendiang Ibu Yang Juga Guru Vokal, Mariah Carey Kini 56 Tahun & Ada Anak Kembar!

Sebelum menjadi penyanyi terkenal, Mariah pernah bekerja sebagai pelayan restoran. Karier nyanyiannya bermula apabila dia menjadi penyanyi latar kepada Brenda K Starr pada lewat tahun 80an. Difahamkan Brenda menghantar demo nyanyian Mariah kepada CEO Sony Music Entertainment ketika itu, Tommy Mottola. 

Dek kerana sering bekerjasama, Tommy dan Mariah memutuskan untuk berkahwin pada tahun 1993. Bagaimana pun rumah tangga yang dibina hanya kekal selama lima tahun dan bercerai pada 1998. 

Anak Kembar Mariah Carey Kini 15 Tahun

Dia kemudian menjalin hubungan cinta bersama selebriti komedi Amerika, Nick Cannon dan berkahwin pada tahun 2008 namun berpisah pada 2014. 

Ads

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan cahaya mata kembar iaitu Moroccan Scott Cannon dan Monroe Cannon berusia 15 tahun. 

Warisi Bakat Mendiang Ibu Yang Juga Guru Vokal, Mariah Carey Kini 56 Tahun & Ada Anak Kembar! Warisi Bakat Mendiang Ibu Yang Juga Guru Vokal, Mariah Carey Kini 56 Tahun & Ada Anak Kembar! Warisi Bakat Mendiang Ibu Yang Juga Guru Vokal, Mariah Carey Kini 56 Tahun & Ada Anak Kembar!

30 April lalu, kedua-dua anak kembar Mariah Carey ini meraikan ulang tahun kelahiran ke-15. Sejak berpisah dengan Nick Cannon, pelantun lagu My All ini cekal membesarkan permata hati kesayangan. Malah, Moroccan dan Monroe juga sangat menyayangi ibu mereka.  

Titip Mariah ketika hari lahir anak tersayang, “Happy Birthday, Roc & Roe! I love you so much, love mom.” 

Sepanjang pembabitan sebagai penyanyi, Mariah pernah menandatangani kontrak bernilai USD80 juta bersama Virgin Records pada 2001 sekaligus menjadikan dia artis rakaman yang mendapat bayaran paling tinggi di Amerika. 

Ads

Biarpun terkenal dan kaya, Mariah tidak terlepas mengalami jatuh bangun sebagai anak seni. Dia dikatakan mengalami detik sukar dan kemurungan melampau serta dirawat di hospital. 

Warisi Bakat Mendiang Ibu Yang Juga Guru Vokal, Mariah Carey Kini 56 Tahun & Ada Anak Kembar! Warisi Bakat Mendiang Ibu Yang Juga Guru Vokal, Mariah Carey Kini 56 Tahun & Ada Anak Kembar!

Pada tahun 2018, buat pertama kali Mariah membuat pendedahan kepada PEOPLE yang dia sebenarnya didiagnos menghidap Bipolar Disorder sekitar tahun 2001 dan berjuang melawan penyakit tersebut. 

Kehidupan Mariah kini beransur baik dan setakat tahun 2021, album Mariah Carey sudah terjual lebih 200 juta di seluruh dunia dan menjadikan dia penyanyi ke-21 terkaya di dunia dengan nilai kekayaan mencecah USD 320 juta. 

Album nyanyiannya termasuk 4 single turut berjaya menduduki carta Billboard Hot 100. 

Mariah merupakan peminat fanatik Marilyn Monroe dan sanggup membeli piano milik artis tersebut dalam lelongan berharga USD600 ribu. 

Dalam pada itu, dia turut menamakan anak perempuannya sempena nama pelakon tersebut.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim Anggun Usia 53 Tahun

Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim Anggun Usia 53 Tahun, Suri...

Keanggunan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim sering meraih perhatian rakyat. Meskipun sudah meniti usia 50an namun penampilan baginda tidak mencerminkan umur sebenar. Malah Raja Permaisuri Perak ini sentiasa kelihatan awet muda dan bertenaga!