Ambil Keberkatan Ramadan, NURIDA SURAYA Berjaya Khatam Sempena Nuzul Al-Quran!

Bulan Ramadan pastinya menjadi bulan yang paling dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. Malah, kedatangan bulan suci ini juga mendorong lebih ramai orang berlumba-lumba membuat kebaikan.

Tidak terkecuali, isteri kesayangan pereka fesyen terkemuka Rizman Ruzaini, Nurida Suraya Mohd Suhaimi atau mesra disapa Suraya.

Tumpang gembira bila terbaca posting wanita cantik ini yang berjaya khatam Al-Quran. Lebih manis, ia berlaku dalam bulan Ramadan dan Nuzul Al-Quran. Berita tersebut dikongsikan Suraya di Instagram miliknya.

Credit Instagram @nuridasuraya
Credit Instagram @nuridasuraya / Di samping suami & anak tersayang
Credit Instagram @nuridasuraya
Credit Instagram @nuridasuraya

Memuat naik gambar dirinya yang lengkap berjubah merah sambil memegang Al-Quran, kongsi Suraya, “Syukur alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, berjaya khatam Al-Quran pada hari Nuzul Al-Quran. Alhamdulillah.”

Sebagai suami, perkhabaran itu turut mengundang perasaan teruja dan gembira buat Rizman. Menghargai usaha isteri tersayang yang mendalami dan menghayati kitab suci tersebut ketika Ramadan, Rizman menghadiahkan pelbagai jenis bunga-bungaan segar berwarna putih khas buat Suraya. Sweet

sangat!

Nota yang disertakan dalam jambangan bunga tersebut juga tertera nama anak mereka, Rizqaa.

Credit Instagram @nuridasuraya
Credit Instagram @nuridasuraya
Credit Instagram @nuridasuraya

Bahagianya hati seorang isteri apabila setiap usaha yang dilakukan mendapat penghargaan dan perhatian insan tercinta.

Suraya yang berusia 32 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur merupakan pengasas Rizman Ruzaini Beauty (RR Beauty) dan Rizman Ruzaini Cosmetics.

Credit Instagram @nuridasuraya
Credit Instagram @nuridasuraya
Credit Instagram @nuridasuraya

Sehingga kini, RR Beauty mempunyai rangkaian produk seperti eyebrow, eyeliner,

maskara, foundation, moisturizer, lipstick, eyeshadow dan eyelash curler. RR Beauty juga mempunyai produk supplemen Fruity Shapez.

Semoga kisah kejayaan dan pencapaian Suraya dalam memajukan perniagaan serta menuju ke arah kebaikan menjadi suntikan inspirasi buat semua

IKLAN
Share