Bergelut Emosi Diri, ‘Kisah Hidup’ ADELE Raih 60 Juta Tontonan Dalam Masa 2 Hari

19 November depan, penyanyi bersuara emas ini bakal melakar satu lagi sejarah dalam hidupnya apabila melancarkan album yang dinanti-nanti oleh seluruh peminatnya. Khabarnya album yang bakal keluar ini mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan.

Adele sering mengadaptasi kisah hidupnya untuk mencorakkan penyampaian dalam lagu sehingga membuatkan lagu-lagunya dekat di hati peminat. Album yang bakal dilancarkan ini juga berkisar tentang kehancuran rumah tangganya bersama bekas suami, Simon Konecki.

Foto: Instagram @adele
Foto: Instagram @adele

5 tahun melayari bahtera rumah tangga dan hasil perkahwinan wanita yang mempunyai nama sebenar Adele Laurie Blue Adkins ini bersama bekas suaminya telah dikurniakan seorang cahaya mata, Angelo.

Bercerai secara rasminya pada tahun lalu, Adele mengakui dia mengambil masa lama mencari kekuatan dirinya semula. Justeru, itu juga faktor utama dia tidak hasilkan lagu selama bertahun-tahun.

Foto: Instagram @adele
Foto: Instagram @adele

“Saya rasa hilang arah tuju serta terlupa diri ada anugerah untuk hasilkan muzik. Saya terperangkap seketika dalam ketakutan dan benar-benar memberi kesan besar kepada diri. Ya, memang sangat sulit untuk merealisasikan album itu,” kata Adele.

Malah penyanyi yang berusia 33 tahun ini baharu sahaja melancarkan lagu baharu, Easy On Me. Muzik video rasmi Easy On Me di YouTube juga mencapai lebih 60 juta tontonan dalam tempoh dua hari.

Foto: Instagram @adele
Foto: Instagram @adele

“Ada sesuatu harapan dalam lagu ini meskipun sarat dengan kesedihan. Tidak henti saya menangis ketika menulisnya serta menyanyi ketika proses rakaman,” kata Adele. Sesuatu pencapaian yang luar biasa dan nyata berbaloi usaha penyanyi ini melawan emosinya ketika menyiapkan album tersebut.

Foto: Instagram @adele
Foto: Instagram @adele

Adele juga dikagumi apabila berjaya melakukan transformasi diri dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Berlandaskan misi mahu mengubah diri untuk kehidupan yang lebih sihat membuat Adele telah mengikuti sebuah program diet yang dikenali sebagai Sirtfood.

Ternyata amalan wanita ini telah memberi manfaat kepada dirinya sendiri membuat ramai wanita menjadikan Adele sebagai idola.

IKLAN
Share