Jenama Nurraysa sememangnya cukup sinonim di kalangan penggemar kosmetik. Sinonim dengan tagline Kosmetik Mesra Wuduk, kisah di sebalik jenama ini wajar dijadikan inspirasi buat individu yang ingin mengorak langkah dalam dunia perniagaan.

Bermula Secara Kecil-Kecilan, NUR AINI ZOLKEPELI Kini Sudah Punya 18 Jutawan Di Bawah Jenama NURRAYSA

IKLAN

Mana tidaknya, pengasasnya, Nur Aini Zolkepeli melihat peluang dan ruang untuk memulakan perniagaan dengan hanya bermodalkan RM500 yang dipinjam dari suami tersayang.

“Ketika itu, saya merupakan seorang suri rumah yang ingin membantu meningkatkan pendapatan suami. Kebetulan pendapatan suami sebagai operator mesin tidak mencukupi untuk menyara kehidupan, jadi saya memasang tekad untuk membantunya menjana pendapatan,” ujar Nur Aini ketika ditemui di sesi fotografi bersama majalah NONA.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2014, syarikat kosmetik dan kecantikan, Nurraysa Global Sdn Bhd rancak mengukuhkan nama serta menghargai usahawannya terutama di kalangan suri rumah dan wanita memandangkan Nur Aini memasang niat murni untuk membantu kaum wanita untuk menjana pendapatan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga.

Bermula Secara Kecil-Kecilan, NUR AINI ZOLKEPELI Kini Sudah Punya 18 Jutawan Di Bawah Jenama NURRAYSA
“Saya memengang prinsip hidup untuk memberi manfaat. Saya ingin membantu ramai wanita terutamanya suri rumah menjana pendapatan dari rumah. Ia mengimbas kembali memori bagaimana saya bermula di mana pada mulanya niat saya untuk membantu keluarga menambahkan pendapatan.

Tetapi Allah membuka rezeki yang lebih luas dan sekaligus dapat membantu dan memberi manfaat untuk ramai orang,” ujar Nur Aini yang memegang konsep bersedekah dan berkongsi rezeki sebagai amalan terbaik dalam perniagaan.

Bermula Secara Kecil-Kecilan, NUR AINI ZOLKEPELI Kini Sudah Punya 18 Jutawan Di Bawah Jenama NURRAYSA

Walaupun perniagaan yang diusahakan bersama suami tersayang kini berada pada landasan terbaik, wanita ini tidak pernah berhenti menimba ilmu perniagaan untuk memajukan lagi bisnes dan membantu lebih ramai wanita memperolehi pendapatan sampingan.

“Alhamdulillah satu kesyukuran bagi saya apabila dapat membimbing dan melahirkan 16 orang jutawan pada tahun ini dengan secara keseluruhan 18 orang telah berjaya menjadi jutawan Nurrasya,” ujarnya lagi.

IKLAN

Bermula Secara Kecil-Kecilan, NUR AINI ZOLKEPELI Kini Sudah Punya 18 Jutawan Di Bawah Jenama NURRAYSA

Menyentuh soal berkongsi rezeki, Nur Aini dan syarikatnya Nurraysa Global Sdn Bhd tidak pernah lupa menghulurkan bantuan kepada pihak yang memerlukan bantuan baik dari segi kewangan dan bantuan-bantuan lain. Jenama penerima NONA BEST HALAL COSMETICS AWARD ini memegang prinsip berkongsi rezeki bukan sahaja bersama kakitangan, malah insan-insan yang memerlukan bantuan.

Antara perkara yang di laksanakan termasuklah pembahagian beras setiap bulan untuk fakir miskin dan rumah anak-anak yatim, pembahagian wang zakat untuk penduduk sekitar Kuantan, Pahang serta menghulurkan bantuan kemanusiaan untuk mangsa banjir dan sebagainya.

IKLAN

Nur Aini juga memasang niat untuk menjadi inspirasi untuk para wanita berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Sebagai wanita yang telah  beberapa tahun bergelumang dengan dunia perniagaan, Nur Aini melihat beberapa faktor yang sering menghalang wanita untuk berjaya.

Bermula Secara Kecil-Kecilan, NUR AINI ZOLKEPELI Kini Sudah Punya 18 Jutawan Di Bawah Jenama NURRAYSA

“Ramai orang di luar sana ingin berniaga tetapi ada yang belum bermula dan hanya berdiam diri. Apabila melihat billboard di tepi jalanraya, mendengar iklan di radio dan menonton kisah mereka yang berjaya di kaca televisyen, ramai yang cemburu akan kejayaan tersebut.

Pada pandangan saya, zaman sekarang cabaran hidup semakin mencabar,kos sara hidup semakin meningkat, Ada yang sanggup berkerja lebih dari satu pekerjaan sehari dan sebagainya.

Nasihat saya untuk para wanita, gunalah setiap peluang untuk menambah pendapatan. Gunakan akses teknologi untuk mencari peluang berniaga tanpa modal, percuma dan diberikan latihan untuk berjaya. Semuanya mudah, hanya di hujung jari. Oleh itu, jom bangkit kaum wanita dan tingkatkan ekonomi keluarga dan negara,” ujar Nur Aini  menutup perbualan.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI